Followers

Monday, July 14, 2014

Siapa Menang Siapa Kalah

GAZA TETAP BERDARAH


Assalamualaikum



TAK PEDULILAH 
siapa menang bola
memang tak minat 
dan tak suka orang yang terlampau lorat
gila bola 
macam itulah nyawa dunia akhirat
mujurlah dah tamat

Sebenarnya bukan benci permainan tu
tapi kalau terkinja-kinja sangat hati siapa tak gerutu
cerita pasal bola...amboi nombor satu
kalau pasal solat, mengaji 
apa pun tak tau
kerana bola sanggup berjaga macam burung hantu
padahal ini Ramadhan Kareem, depa buat tak tahu
pahala ibadah, qiam tahajud dan lain-lain
berlipat kali ganda bukan main-main 

kalau budak muda remaja tu, nak kata apa?
tapi yang heran, tua renta pun sama juga
kesian tenguk kalau yang dah beruban 
pun sama berjemaah bola kat kedai mamak
azan Subuh pun depa tak dengar
si bapak dok jerit ,'gol' si anak terlalak-lalak


Begitulah kisahnya

kat dalam rumah ni pun ada kaki bola
tapi mujur semua dah tau batas syarat mak bonda
cubalah kalau berani langgar pantang
mau perang 
pedulilah apa orang nak kata 
si emak garang
janji kat dalam rumah ni tak lintang pukang

mujurlah Adam dengar cakap 
bola bola juga
petang kena mengaji dengan emak
kalau tidak mata emak terbeliak

Takpa....
biar lambat asal selamat
biar titik jangan tumpah
dunia dah nak kiamat
neraka jangan ditempah



Begitulah kisah
...antara Ramadhan, bola, Syria dan Gaza



Naik ngeri
tenguk berita kat Newsfeed FB
Seolah-olah dunia terbelah dua,
di satu bahagian - Gaza dibom, 
Syria dah koyak rabak
tapi manusia yang tak terkena bala 
dok syok bersorak-sorak



berbulu mata menenguk status keyboard warrior
dalam dok LIKE page Gaza berdarah
tapi dalam masa sama 
masih juga nak update status pasal dunia bola yang meriah

Selagi boleh berpesta
...berpestalah!

orang cerdik macam 
Neelofa, Mizz Nina dan Felixea Yeap
saja yang bertuah
dapat hidayah, terus berhijrah...

Berubah!

pulun kutip pahala
macam esuk dunia dah tak ada
itulah yang sebaik-baiknya
jangan cakap soal tak tahu
sekarang ni berita, cerita dan fakta bergerak laju
jangan cakap pasal belum dapat seru
al-Quran dah turun lebih 1400 tahun lalu

dalam hati berdoa
semoga hati kami sekeluarga Istiqomah





.....meruntun hati baca tafsir ayat al-Israq 4:5:6, dengan jelas Allah berfirman bani Israel akan buat kerosakan (kezaliman) dua kali (di bumi Palestine), menyebabkan bangsa ini menjadi sombong bongkak. Tapi apabila tiba masanya Allah swt akan menghancurlan mereka. Kali pertama, Allah swt krimkan Sultan Sallahudin Al-Ayubbi.....

....kini kita tunggu saja detik yang satu lagi.


Akhir kalam.... #prayforgaza #prayforsyria #ramadhankareem








1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tak sabar menunggu detik itu, kak Jun.. tapi hati tetap bimbang..

semoga dimudahkan urusan Kak Jun sekeluarga. Dalam rumah sy walaupun ada kaki bola tapi taklah sampai tepekik terlolong.. atau lepak di kedai mamak. Tetap selesa tengok bola sambil baring dengan kain sarong, haha. Satu suara pun tak keluar, aman.. damai..

BAKING FOR KING

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007