Followers

Friday, January 18, 2013

Pantas Ringkas

Assalamualaikum
PAGI Jumaat penuh berkat. Ramai kawan-kawan yang tersenyum-senyum ke pejabat. Maklumlah hari terakhir untuk sebuah minggu sibuk. Esok lusa cuti. Happy! 

Bagi saya pula, penghujung minggu biasanya tak habis habis dengan kek. Alhamdulillah. Rezeki depan pintu, dipersilakan masuk. Saya suka mengadap kek pengantin. Seronok buat bunga gum paste. Kali ini kek Cupcakekasih akan terbang ke Sarawak. Saya pernah ke Kuching sekali saja, itu pun dah lama. Sekitar tahun 1993. Punyalah lama, dah berkurun pun. Bukan kerana melancung, tapi untuk shooting fashion untuk majalah Jelita. Antara tugasan pertama saya sebaik sahaja menyertai Jelita. Modelnya Nina Juren Hanif, yang juga anak saudara kepada YM Sultan Perak. Sekarang ni dah jadi Datin Nina. Begitulah kisahnya. Memanglah masa itu tenaga kuat, angkat beg berbelas kilo pun tak apa. Usung satu dunia.....! Cerita lama.

:-))


Sayanglah kek ni sebab kualiti gambar sangat tidak memuaskan. Ambil sebelah malam macam inilah. Lighting tak cukup menarik!

Ok, sekarang cerita pasal kek. Malam tadi sebiji kek sudah pun bertemu pemiliknya yang sangat cantik, Nareem. Selamat pengantin baru. Kek berbalut fondant biru. Memang warna ni sangat popular di kalangan pengantin. Biru lembut firus atau dipanggil juga Tiffany blue. Sejak 2008, dah beratus-ratus kek saya adun, dan semakin lama saya semakin faham rentak gaya selera bakal pengantin.


Kalau yang order tu pengantin perempuan, mesti email diterima panjang lebar. Kalau pengantin lelaki, tak kisah. Main order saja. Janji cantik.


Gambar ni agak kelabu asap sikit, kena tambah satu lagi lighting baru cerah (gambar atas). Hari ini dan esuk saya akan berkurung dalam bilik deco ni untuk kek pengantin yang akan ke Sarawak tu.Setakat ni dah banyak kali juga kek saya menyeberangi lautan luas.....ada ke Miri, Bintulu, Brunei, Sandakan dan Singapura.

:-))

Hujung bulan ni kelas bunga gum paste dengan kawan dari Brunei. Penyertaan sudah ditutup sebab dah cukup peserta. Kalau nak kelas ni juga, tunggu bulan Februari dan Mac. Tiga tempat sahaja. In Syaa Allah.


Kena timbang siap-siap tepung dan gula dan dipaketkan elok-eok, tulis tarikh sekali. Jadi, bila nak pakai, cuma timbang mentega dan pukul saja mana yang patut. Jimat masa, jimat tenaga. Kurang sikit masa bertungku depan oven tu!


Akhir kalam,  selamat menghitung hari, detik dan saat untuk semua pengantin baru. Saya juga sibuk menghitung hari. Sekarang dah mula menjahit segala manik dan jemeki kat baju sendiri. Macam mana rupa kek pengantin Alia nanti....belum diputuskan lagi. Tapi apapun, baju mak pengantin yang paling penting. Jahit sendiri, jadi bolehlah kita nak letak bling bling berapa kati yang dihajati. Mungkin baju Melayu bapak pengantin kita recycle saja daripada musim raya yang lepas....he he he. Janji berbaju! Ok tak?


Apapun, di penghujung catatan kali ni, saya nak minta maaf sebab tak dapat jawab telefon. Maklumlah, tangan penuh tepung. Kadang-kadang nak cari handphone pun tak jumpa sebab dah terselit entah kat dalam kampit gula mana gamaknya. Kadnag-kadang dah pening sangat mencarinya, kena call nombor sendiri, dengar dering baru boleh dijejaki. Layar hp tu pun dah tak rupa orang dah. Kelabu saja, sememeh dengan tepung gula. Nak jual 2nd hand kat Lelong.com pun tak laku agaknya :-)
 
Begitulah kisah dari dapur kecil Cupcakekasih. Sekarang ni musim 'tengkujuh', sibuk sangat, jadi tak dapat bersantai kat blog lama-lama sangat! Dompet lencun! Gitu.

:-)


Wasalam
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

zuwaidah said...

Salam Kak Jun. Saya boleh belajar time management Kak Jun yang tertib teratur. Suka sangat. Kak Jun memang teliti orangnya.
Tak sabar nak tengok baju mak pengantin bling-bling, kena la juga jahit skit bling-bling kat baju pak pengantin hihihi...sesuai gitu.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehe.... tak leh bayanglah cadangan Kak Zu tu kalau baju pak pengantin pun bling-bling jugak, hehehehe. Nampak macam dah semakin dekat harinya, semakin rancak dah persiapan dibuat. Kak Jun jaga kesihatan, begitu juga Pak Pengantin, harap semoga segalanya dipermudahkan..

BAKING FOR KING

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007