Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, January 31, 2013

Hello Hello...

Assalamualaikum,

MUSIM cuti yang lalu, Kasih dan Arina minta sangat nak melawat Hello Kitty Town. Kami pernah ke Selatan setahun, dua lalu. Tapi masa tu belum wujud lagi 'bandar' kucing comel ni. Jadi, emak ayah ikutkan sajalah, walaupun tak minat nak pergi berasak-asak ke tempat macam ni.


Hampir tiga jam juga kat dalam bangunan berhias kartun Hello Kitty ni. Tiketnya RM50 seorang. Kalau nak tanya saya, berbaloikah? Jawabnya, tempat ini cuma sesuai untuk kanak-kanan berusia 4 - 11 tahun saja. Kalau dah besar remaja tu, tak payahlah kot sebab penat emak ayah menunggu saja. Nak masuk setiap rumah kena berbaris panjang. Kalau musafir bolehlah solat jama' atau pun datang awal pagi dan menjelang Zohor dah selesai tour seluruh tempat. Tapi yang pentingnya tak sebesar mana, cuma penat saja sebab tak ada tempat duduk untuk melepak-lepak. 


Makan minum pun mahal kat dalam bangunan tu dan tak sekenyang mana pun. Jadi, sebagai persediaan, kalau nak ke tempat macam ni, cukuplah hanya seorang dewasa saja yang menemani anak. Kalau anak masih bertatih tu tak payah kot sebab kat dalam tu sangat sesak. Saya lebih risau kalau baby dapat jangkitan virus saja. Lagipun anak sekecil itu bukan faham pu. Depa cuma tahu nak tidur dan susu saja. Apapun, itu cuma pendapat saya saja. 


Dan bersama-sama ini saya kongsi gambar di rumah Hello Kitty. 













Setakat berdiri...ambil gambar....itu saja. Kenangan yang berlebihan....namanya. 
Sekali ini saja ya Kasih....Arina.


Akhir kalam, 

wassalam

7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betul, kak Jun.. memang mahal & tak berbaloi rasanyakan..

Suara Kalbu said...

Salam Kak Jun,

Dulu masa remaja, ida memang minat gila dengan Hello Kitty ni. Sekarang dah tua :-)

Due date bersalin ida 17 Jun 2013 tapi maybe awal lagi mengikut kata doktor sebab ida ada komplikasi HBP dan kencing manis so kena operate

zuwaidah said...

Hello Kitty! Tak singgah pun ke situ masa cuti di johor baru2 ni. Tak tahu nak gi mana pun, memanjang sesat. Banyak perubahan betul di Johor Bahru! Kami asyik ke Danga Bay saja tiap2 malam masa cuti tempoh hari utk memuaskan hati budak syiqin ni.

Jun Cupcakekasih said...

Yaya tak merengek nak berhello kitty ke?

Jun Cupcakekasih said...

Mana tuanya ida. BoLehman lagi nak feeling feelings.....selamat menghitung hari bersalin ya.....

Jun Cupcakekasih said...

Ingatkan kak jun jer yg asyik sesat masa kat jb. Zu pun sama......senasib kita

zaity zaliza said...

Betul kata kak jun. tapi sebab anak2 saya umur dari 7 hingga ke 15 tahun memang bebaloi gak lah sebab memang puas mereka bermain di tkt atas tempat thomas tu. kalau kat tingkat hello kitty tu memang penat beratur. kami pilih2 jer masuk kat situ.