Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, January 7, 2013

Di Bawah Langit Madinah

Assalamualaikum

KURANG 24 jam dari sekarang, sahabat yang satu ini, Yati, akan menikmati cerah mentari Madinah. Alangkah indah. Bukan untuk sehari, dua, atau sepekan. Tapi, untuk beberapa tahun mendatang, In Syaa Allah. Bertuah. Memang bertuah. 

Sekejap lagi, Yati sekeluarga akan 'terbang' ke bumi yang menjadi destinasi paling diimpi-impi umat Islam seluruh dunia. Memang bertuah Yati. Hanya itu yang asyik saya ucapkan sebaik sahaja Yati menceritakan tentang kemungkinan susun atur takdirnya itu, kira-kira setahun lalu. Kini, semua menjadi kenyataan. Kami, kawan-kawan, tumpang gembira. Teruja. Walaupun semalam, semua pamit Yati dengan linangan airmata.

Dalam sedih untuk sebuah perpisahan, kami semua gembira. Bagi saya, secara peribadi -- inilah destinasi yang saya impi-impi. Kalau dapat sehari dua ke sana pun sudah terasa bagai mendapat syurga, apalagi untuk menjadi warganya. Kata Yati, doanya dimakbulkan Allah swt. Sejak bertahun, dia beranga-angan untuk ini. Alhamdulillah. Kami semua mendoakan Yati selamat sampai, dan selamat menikmati hidup di bumi yang pernah menjadi gelanggang dakwah Rasullulah swt yang dikasihi....dirindui. 


Sebenarnya, Yati ke sana kerana encik Suaminya, Azhar, telah `dinobatkan' sebagai Pengurus Besar, di sebuah hotel yang sungguh gadang, cantik dan paling penting...hanya sepelaung saja dari masjid Nabawi. Begitu cerita takdir pasangan ini. Saya tumpang suka. Tapi tidak berani hendak membayangkan angan sama seperti dikecapi mereka. Terlalu besar....mampukah? Tapi, takdir kita bukankah milik Allah swt. Kita masuk syurga pun kerana rahmat Allah. Doa itu senjata mukmin. Aminnn!

Apapun, seronok melihat senyuman Yati. Tentu bahagia, setiap hari, pemandangan di luar jendela adalah berlatarkan Masjid Nabawi. Berdiri dari sudut mana pun, Masjid Nabawi menjadi saksi. Kalau mahu solat 24/7 di masjid agung ini pun, tidak lagi perlu bercatu waktu. Jadi, wajarlah kami semua teruja untuk Yati.

"Jun nanti datang rumah Yati tau."

Cewah, Yati mempelawa macam kita ni duduk sekariah saja. Padalah sempadan tanah beribu batu yang menjadi pemisahnya. 

"Kalai mai nanti, jangan dok hotel...dok rumahYati. Berapa lama pun takpa. Jangan pakai visa umrah. Pakai visa ziarah....ziarah saudara."

Aduhai, tak terucap terima kasih.  Kecil tapak tangan, doa saya tadahkan. Menerima undangan pun sudah cukup membuat diri ini terasa istimewa, apa lagi Yati mengaku bersaudara. ThanksYati. Syukran Ya Allah. 



Sesiapa yang kenal Yati mesti faham dengan tingkah anak jati Alor Star ini yang sangat peramah dan cepat mesra. Kata Yati dulu dia suka baca artikel saya dalam Jelita, "tak sangka satu hari nanti Yati boleh kenai Jun. Sukanya kita!" Ya. Itulah Yati.

Polos saja.



 
Sebenarnya saya mengenali Yati melalui Hajah Anita Jamal. Mereka seuniversiti. Anita pula saya kenal melalui alam maya, tapi sebab serasi, sama-sama faham 'bahasa kek', jadi lekat sampai hari ini.  Ramai kawan Anita sudah menjadi kawan saya juga,  bercambah-cambah dalam FB. Semua peramah...sesuai sangatlah dengan kita.

:-))

 
captions: Petang Ahad penuh kenangan. Hi-Tea di Concorde Inn dan kesempatan berkenalan pula dengan Hajah Connie. Semalam bilik Yati macam ada kenduri, tetamu silih berganti. Kira-kiranya, sebaik sahaja Yati sampai dari Alor star dan dan check-in kat hotel, semua kawan menyerbunya! Nak pamit Yati dan menagih rindu sebab selepas ini entah bilalah lagi dapat bertemu. Pix:  me, Miss Tweet tweet, Anita dan Hajah Connie...yang sangat awesome!


Begitulah kisahnya.

Akhir kalam, selamat berangkat Yati...yang mesra dipanggil Tweet Tweet. Sampaikan salam saya kepada baginda Rasullullah.  Nanti kita bertemu di FB pula. 

Wassalam.






Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Jun.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Untungnya Yati hanya Allah yg Maha Mengetahui. Semoga Kak Jun juga sentiasa di dalam keberuntungan dalam bentuk yg lain pula.. Aminnn.

Eh, ulat bula 'myjodoh' yang melekat kat tepi tu dah jatuh ya?? dah jadi rama2 atau dah bertemu jodoh?? hehe

nurazzah8 said...

Assalamu'alaikum wrt,
Salam Perkenalan dan salam sejahtera,
wahh..rupanya tuan punya blog orang terkenal...rasa bertuah kerana dapat jadi orang pertama tinggal komen di entri ini..

Memang tak terucap dek kata-kata perasaan jika dapat bermastautin di bumi Madinah... pengalaman mengerjakan haji pada hujung tahun 2007 sangat menggamit perasaan ..terkenang Mesjid Nabawi...dan yang paling indah, semasa dapat mengunjungi Raudhah ... rindu kan Rasulullah ...

Roseliza Mokhtar said...

K Jun bolehlah cuba2 apply kerja buat kek & pastry kat hotel Madinah...since ada org dalam...hehe..mana tau kot dpt...best tu..

SuteraTerengganu Silk said...

bestnya....

kak ina kl (1) said...

alhamdulliah dapat rakan yang berhijrah ke sana

bukan kamu ajer..saya pun hari-hari pikir majlis kawin anak lelaki walaupun orang kata lama lagi

Jun said...

Ulatbulu tu dah jadi rama2.dah dpt ditanggalkan

zuwaidah said...

Salam Kak Jun, subhanallah....kalau betul la itu Suriati Shuib dan suaminya Azhar Mohammad, memang tidak syak lagi mereka itu rakan saya semasa bekerja di hotel pelangi beach resort langkawi dan juga di pens traveloge perlis. Subhanaallah....terharu saya Kak bila baca ni. Saya dah lama lost contact dengan Yati, dia dulu senior saya di UiTM Arau. Pernah berhubung seketika tetapi terus lost contact.
Boleh saya nak add Yati dlm fb saya? Kalau Kak Jun tak keberatan.