Assalamualaikum
Sekarang ni kepala saya macam ada kabut. Berasap-asap saja. Jarum terus berdetik.
Dua jam mengadap laptop ni, baru dapat lima perenggan...ideanya sikit jer, penerangan saja yang panjang lebar. Jadi, sementara nak tunggu ilham datang, kita update blog lagi...walaupun proposal untuk program Astro tu belum siap lagi. Teringat dulu dulu, idea pasti mencurah-curah di saat saat akhir. Apa lagi kalau kita tenguk Editor dah asyik ulang alik keluar masuk bilik dia tu...maknanya apa? Maka lajulah jari ni mengetuk-ngetuk komputer.
Merpati dua sejoli, sama cantik dan sama manis berseri-seri,
selamat menjadi suami isteri, semoga kekal sampai ke mati
Gambar ihsan laman ni
selamat menjadi suami isteri, semoga kekal sampai ke mati
Gambar ihsan laman ni
Tapi dalam dok kalut-kalut ni, teringat juga perbualan dengan my friend semalam yang dah bertahun-tahun bertunang, yang pernah tertunda majlis akad nikahnya (lama juga) sebab banyak sungguh hal berbangkit. Akhirnya, Insyaallah, bulan depan, seminggu dua sebelum Ramadan menyingkap tirai, maka my friend ER akan naik pelamin juga. Hem, honeymoon di bulan Ramadan. Kena banyak bersabar nih! :-))
Apapun, jadual saya, nampaknya seperti tahun-tahun lepas juga. Selepas Raya ketiga, permintaan kek hantaran sudah pun bersusun-susun. Dah boleh agak dah macam mana rupa dapur saya tu. Dan kali ini, harap-harap dapatlah pekerja part time yang boleh tolong bersihkan segala periuk belanga.

Berbalik hal kenduri kahwin ni, pagi tadi (19 Jun 2012) Ustaz Datuk Abu Hassan Din menegaskan bahawa acara bersanding itu harus diadakan demi memperkenalkan pasangan pengantin baru kepada sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat....(bagi mengelakkan sebarang prasangka dan fitnah). Majlis pernikahan juga wajib dihebah-hebahkan)
Dan kata Ustaz Abu Hassan lagi, berdasarkan nas dan hadith (saya tak quote sini sbb tak sempat salin), kalau kita dijemput ke majlis walimatulurus/terima kad jemputan, maka kita WAJIB menghadiri majlis itu. Jika sengaja tak datang, maka jawabnya, berdosa...kecuali (ya, ada pengecuali juga ya):
"kita yakin...di majlis perkahwinan itu nanti ada perkara-perkara mungkar seperti hidangan arak, tari menari, nyanyian (berkaraoke) dan yang sewaktu dengannya..."
Dan menyentuh bab persandingan tadi, harus diadakan menurut tatacara Islam, penuh kesederhanaan. "Janganlah sampai si pengantin lelaki pun bergaya sakan dengan gelang dan rantai, kerongsang menyilau kat songkok dan pengantin perempuan pulak, mekapnya...tu dia....nah!"
Jadi, maksudnya di sini, jangan berlebih-lebihan, sampai melanggar segala hukum hakam. Saya ni cuma menyampaikan saja....suka pula nak tulis. Jadi, sesiapa yang berlapang dada, bolehlah share juga.
Dan, terlanjur bercerita bab kahwin ni, saya ingin mengucapkan salam juga kepada my friend, Puan R yang sudi email saya, membangkitkan hal nikah kawin dan persandingan ni. Macam berjanji-janji pula dengan Ustaz Abu Hassan (maknanya ulas topik sama). Apa jua kemusykilan, nampaknya Pak Ustaz Abu Hassan Din sudah pun menjawabnya.
Saya copypaste email Puan R untuk sama-sama kita timbangtara:
As Salam K Jun,
Mengharapkan k Jun dan keluarga dalam keadaan sihat dah sentiasa mendapat rahmah dan perlindungan nya.
Something is bothering me at the moment and I've decided to write a
short one to you. For the past 2 weeks, I have been attending 6
weddings (yelah cuti sekolah orang dok pakat ramai2 bina masjid ), 4
darinya jemputan dari pelanggan yang saya buat doorgift untuk majlis
mereka, mewah sungguh orang sekarang, memang pejam mata je bila
berbelanja kawin ya...well...baik untuk business macam K June &
saya....hard work but worth every sweat .
Namun dalam
kemeriahan pasangan melangkah kealam baru menyahut fitrah dah sunnah
RasulAllah, I can't help but notice that pengantin melupakan solat
zuhur... setakat ni memang semua pengantin yang I hadir majlisnya tak
solat zohor. Walau macamana saya cuba bersangka baik, tapi hakikatnya
memang confirm zohor ditinggalkan ,
I'm sure you know what makes me say that, yang
perempuan senang jer sbb sampai masuk Asar pun tetap dgn make up yang
sama. Saya rasa ini dah jadi fenomena biasa, tapi sedih kan bila
difikirkan , you are embarking into a new blessed journey and perkara
paling utama dalam hidup diabaikan,jadi apa yang diharapkan dari
pelayaran yang baru nak bermula?..awal2 lagi iblis dah ketawa terbahak2
senang sunggung kerja dia sekarang untuk hanyutkan bahtera...
Solat adalah perintah yang Rasul kita terima terus
dari Allah melalui peristiwa israk , bukan seperti ibadah2 lain yang
diwahyukan melalui Jibrail...namun siapalah kita untuk menegur atau
mengubah , tak layak langsung , hanya mampu protest dalam hati dan
inilah selemah2 iman...semoga Allah pelihara keturunan kira dari
melakukan kesilapan yang sama...
-------------------------
Kepada Puan R, memang saya sangat mengalu-alukan pandangan Puan R ini, untuk dikongsi bersama-sama semua pembaca. Memang hal ini sungguh jelas dan ketara. Dan saya pun pernah cuit cuit hal ini dalam post terdahulu.
Bercakap soal mekap ni, biasanya pengantin memerlukan masa 2 jam untuk bersolek. Jadi kalau waktu bersanding ditetapkan sekitar 1.30 pm (biasanya selepas azan Zohor, maknanya pengantin perempuan kena mekap sekitar jam 11.30 pagi) Dulu-dulu saya juga pernah menjadi tukang mekap pengantin.....satu waktu dulu...(cuba tanya Zubir, wartawan Hiburan BH tu, sapa mekap dia untuk sesi fotografi. Cun sangat isteri Zubir nih), jadi saya tau berapa jam masa diperlukan untuk bersiap mapan....sebelum persandingan.
Jadi, bab pengantin tak solat tu, memang biasalah sebab kalau nak sapu foundation, concealer dan bedak tu pun dah makan masa berjam-jam takkan depa nak sapu buang semua macam itu saja. Kalau nak ulang mekap, maknanya kena bayar at least another RM450.
Itu belum lagi bercakap mengenai pantis kening, shading sana sini dan pakai bulu mata palsu. Jadi, sudah terang...tak perlu lagi bersuluh...berjam-jam lamanya. Betullah apa yang Puan R telah (teka) itu. Umumnya atau kebanyakannya...atau majoriti...memang pengantin terlepas zohor demi sebuah majlis persandingan yang gilang-gemilang.

Tapi, bagi melapangkan sikit dada...kita anggap saja si pengantin perempuan tu tengah datang haid. Jadi, tak boleh nak solat. Ok, Boleh diterima juga. Tapi, si pengantin lelaki tu apahal? Baru beberapa jam bergelar suami, sudah 'hanyut ke laut juga".
Hem...begitulah alkisahnya. Baru satu bab.
Bab duit belanja kenduri kahwin pula macam mana? Last Friday saya bertemu ER. Bincang pasal kek kahwin. Dalam dok pilih-pilih bentuk kek dan tema dekorasi, si ER pun bercerita pasal baju pengantinnya.
"Baru pergi jumpa si Hatta ni kak Jun. Tenguk baju nikah."
"Berapa?"
"RM14 ribu."
Alamak, terus terkuak rahang mulut saya ni. Jatuh ke bawah. Sesaat itu juga teman teringat tiga anak dara teman kat rumah. Kalau tahun 2012, harga baju nikah paling koman RM14 ribu. Agak-agaknya lima, enam tahun atau 10 tahun lagi, macam mana pula?Naik dua kali ganda? Mak aii....kena bergadai?
Hem, saya cuba congak congak untuk mendapat bayangan sebenar jumlah RM yang pengantin/keluarga pengantin kena belanja sekiranya mengidamkan demi sebuah majlis persandingan yang sungguh meletup, macam Scha dan Awal dan Lisa Surihani dan Yusry....(???)
Dalam hati...wajib ke ikut jejak selebriti?
Dalam hati...wajib ke ikut jejak selebriti?
....jarum jam terus berdetik. Kita terpksa sambung selepas proposal saya tu siap.
captions: Tafsiran saya mengenai gambar ini?
Kalau bakal suami beriya-iya pilih cake toppers macam ni untuk majlis potong kek 10 tingkat uolls tu, maknanya, siaplah ya. Besar kemungkinan si bakal suami tu pegang konsep begini:
"Duit you duit I, duit I, duit I".
Maknanya segala macam bil itu, masuk dalam beg tangan isteri.....kau kena bayar semuanya, termasuk bil hospital bersalin dan segala susu dan lampin. Duit suami? Dia guna untuk tukar sport rim kereta, beli segala maknika gadget , upgrade hp canggih tu....dan berabih untuk hobby dia saja. Jangan dapat suami yang hobinya mencari cinta sudahlah, lagi parah jawabnya!
Maka, pleaselah wahai anak-anak gadis sekalian....jauhi lelaki yang tidak berwawasan.
Masa korang tengah bercinta tu, masa semuanya berbau wangi...tengah manis tu, cuba you all buat buat tanya, bagi soalan cepu emas, "Sayang, agak agaknya you nak anak berapa orang? Anak kita nanti nak sekolah kat mana? You suka ambil insuran tak?
Ataupun...."you suka I pakai baju macam mana? Warna apa? Corak apa?
Kalau semuanya dia jawab, "tak kisaahhhhhh. Apa apa ajer" Alamatnya...besar kemungkinan si isteri akan menjadi macam patung cendana kat atas tu ya.
Dan satu hal lagi, cuba buat buat tanya kat BF tu, "you you, I tak retilah doa nak ambik wudhu', lupa. You tau? Cuba baca." Kalau dia jawab, "nantilah....or....alah...itu pun tak tau, tanpa memberi jawapan yang solid. Maka fikir-fikirkanlah soal masa depan kita dan anak-anak.

Hei...jangan ketawa ya....sebab saya dah pernah interview tok kadi dan pendaftar Nikah Kahwin...untuk rencana "40 Dalil Kenapa Lelaki Tak Layak digelar Suami."
Jawapannya? Memang makan hati!
Jawapannya? Memang makan hati!
Cake toppers yang saya tak suka ni boleh diambil dari: sini
Akhir kalam, selamat menjamu selera, wassalam.

5 comments:
hi Kak Jun. ya betul jugak kebanyakan bila kenduri kawin, tgk dlm kad jemputan, ketibaan pengantin dan bersanding jam 1.30petang. Memang betul laaaa..mesti tersasar solat tu. Kita sangka baik nooooooo.
Tq kak sudi je jenguk blog buruk saya... Banyak sangat pengantin zaman skrg ni yang kalau kita tengok tidak mengikut shariat kita.. Saya jugak turut tak terkcuali...naif nye masa tu...
Salam, Kak Jun... 10, 20 tahun dulu, seingat saya kebanyakan pengantin bersanding pukul 3 petang, biasanya sempatlah untuk bersolat zuhur sebelum disolek. Dan 30 40 tahun dulu, mak saya bagitahu.. pengantin bersanding pukul 3 pagi, insyaAllah.. dah siap solat semua waktu tinggal tunggu waktu subuh.
Sekarang ni pulak, pukul 4 petang jemputan dah tamat, dah siap kemas khemah pun..
Kak Jun, menjawab kekeliruan Kak Jun, saya orang Johor, husband orang Kedah, hehe.. :-))))
jun_terima kasih sudi singgah blog saya yg tak sebarapa tu. pada sayalah jun, kalau family si gadis yg disunting demand hantaran tinggi, cuba tanya soalan ini...Berbaloikah? Pelajaran tinggi, rupa cantik tapi kalau bab agama 0..bolehkah impikan rumahtangga yg diberkati..melahirkan anak2 soleh yg membantu kita nanti di alam barzakh. anak2 saya lelaki semua, risau juga tersalah pilih..
Kak Jun, nak awen! erkkk?!!.. :D (gurau je)
Sari orang Johor, Oeya pun orang Johor, orang Johor manis-manis ayu tau Kak Jun.. hi hi ;-)
Post a Comment