Assalamualaikum
SARAPAN apa hari ini? Talam lapis dengan teh tiga lapis? Oh! Itu kegemaran saya dulu tu. Kat USJ ni ada satu restoran, namanya restoran Ubi Kayu, yang menghidangkan segala macam juadah kuih Melayu. Sedapnya bukan main dan saya selalu terapi minda di situ. Hidangan wajib ialah segala serimuka, kasui dan talam labu. Tapi kuih lapis putih merah jambu tetap nombor satu. Kalau dapat pula dengan teh tiga lapis bersira gula kabung, amboi sedapnya you.
Tapi dek kerana kesukaan kepada yang berlapis-lapis ni, akhirnya perut pun berlapis termasuk juga dagu. Terus stop. Hah kalau lapis lapis kat bahagian tu memang saya tak suka. Jadi saya pun muhasabah diri, terus bertukar kepada Ahmad Tea (tanpa gula). Walaupun cuba kurang makan benda manis sangat, tapi pagi ini saya dengan sukacitanya menikmati kek Lapis Prune hasil air tangan sendiri. Kalau lapis ini memang saya suka.

Sukanya hati saya kerana ini adalah percubaan kali ketiga. Kali pertama mencuba, saya gagal dengan jayanya. Betapa geramnya saya rasa kerana membakar kek itu saja sudah mengambil seluruh hari saya. Dari pagi sampai ke petang. Mula dari menyediakan bahan-bahan, sampai kek siap dimasak. Lama bukan mai. Selepas itu saya tobat sekejap. Tapi setiap kali saya masuk blog kawan-kawan yang berjaya melapis kek dengan kemas dan cantik, keterujaan datang semula.
Percubaan kedua juga tak berapa nak menjadi. Ada beberapa kesilapan yang saya lakukan dan makan masa berbulan-bulan juga untuk saya kembali yakin untuk mencuba buat kali ketiga. Bak kata orang tu, tak puas hati selagi saya tak boleh improve dari segi masa membakar kek, juga tekturnya.
Jadi semalam selepas membelek-belek lagi beberapa resepi yang lain, saya nekad nak redah jer masak kek lapis ini buat kali ketiga. Saja nak menghabiskan masa dan sayang pula kat prune yang sudah saya beli sejak sekian lama. Dah nak capai tarikh lupus pun.
Dan, alhamdulillah kali ini hasilnya sangat menggembirakan saya. Rasanya memanglah sedap. Tapi yang membuatkan saya sangat happy sangat kerana kali ini tempuh membakarnya lebih tak lama. Lebih kurang sejam saja. Wah, memang saya berterima kasih sangat kat Hazrina79 yang sudi kongsi resepinya di myresepi.com.
Saya rasa inilah resepi yang bagus dicuba untuk baker amatur macam saya. Mudah difahami dan mudah juga membuatnya dengan bahan-bahan yang sudah sedia ada di depan mata. Kalau sewaktu percubaan pertama dahulu saya bersiap sedia macam nak menghadapi final exam, tapi kali ini saya rileks jer. Boleh blogwalking lagi sampil menunggu setiap lapisan kek masak, dan sedar tak sedar, habis semua adunannya....ngam-ngamnya saja dengan size loyang seperti saranan penyumbang resepi ini.

Jadi saya dengan bangganya mengambil gambar kek ini dengan beberapa posisi menarik tapi nak tunggu cahaya matahari pagi juga baru lawa sikit. Apapun, selamat mencuba diucapkan kepada sesiapa yang berminat nak test skill tu. Selepas ini baru saya berani nak mencuba resepi kek lapis yang dari blog tukang masak profesinal tu. Kali ini saya nak cuba buat lapisannya lebih nipis lagi.
Bahan-bahannya:
375gm mentega
250 g gula castor (saya bubuh sendiri sebab resepi asal tak ada)
10 biji telur gred A
200 gm tepung Hong Kong (tepung kek/superfine pun boleh)
1 sb ovellete
4 sb susu pekat manis
4 sb serikaya
50g badam kisar halus
1 sk baking powder
1/4 cawan jem strawberry (ini saya tambah sendiri)
1 sk esen vanilla
Semangkuk Prune yang sudah dihiris kecil-kecil (ini saya agak sendiri)
Cara-cara
- Panaskan oven.
- Pukul mentega bersama gula castor sehingga kembang dengan kelajuan biasa.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan ovellete dan susu pekat manis dan pukul lagi.
- Masukkan srikaya dan badam kisar pula. Pukul sebat.
- Satukan tepung Hong Kong dan baking powder. Ayak. Dan masukkan dalam adunan telur mentega tadi. Kaup balik menggunakan sudip kayu
- Akhir sekali masukkan esen vanilla.
- Sediakan loyang 7" x 7". Sapu marjerin di keliling loyang dan lapis dengan kertas minyak di bahagian dasarnya saja.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Satu bahagian adunan perisa vanilla saja.
- Satu bahagian lagi dicampurkan dengan jem strawberry dan warna merah jambu.
- Mula melapis: Pertama >> masukkan 4 senduk adunan perisa vanilla (senduk size sederhana/saya pakai senduk gulai) Ratakan.
- Bakar suhu 180 C; api bawah selama 4 minit. Kemudian api atas pula selama 4 minit juga. Ini bergantung oven masing-masing. Apabila cukup masanya, lapisan atas akan masak dengan warna perang keemasan (very light).
- Melapis lagi dengan kaedah sama seperti yang pertama tapi sebelum menuang adunan, tekan sikit permukaan lapisan pertama tadi dengan alat penekan kek lapis. Biar segala gelembungnya rata dan kemas. Masak lapisan kedua hanya menggunakan api atas saja.
- Tuang lapisan ketiga, adunan vanilla, ratakan dan tabur hirisan prune.
- Masak 4 minit juga dan teruskan selang seli dengan lapisan strawberry jem.
- Saya tabur prune untuk setiap dua atau tiga lapisan vanilla.
- Hasilnya sangat memuaskan hati.
- Ini ada raw copy dan saya akan edit lagi from time to time (as usual) sebab sekarang dah nak kena memulakan tugas pagi ini. Ada kelas kek Princess, permintaan khas daripada Azlin untuk sambutan harijadi anaknya esuk.
- Akhir kalam, selamat mencuba.
6 comments:
As salam Kak Jun.
Hehe.. 'gagal dengan jayanya' :D
Dah bertahun tak buat kek lapis..
Kemas je lapisan Kak Jun :)
Salam, Kak Jun..
Cantiknya lapisan demi lapisan tu, kalau saya mesti bersimpang-siur & huru hara dapur dibuatnya.. hihi. Teringin juga nak melapis tetapi mental ngan emosi kena perkukuhkan dulu, bak kata Kak Jun, karang sy dah mcm org nak ambil exam pulak.. haha.. Boleh angau kalau tengok lama2 kek lapis kak Jun ni, huaaaaaaaaa
Word verification hari ni.. reties.. urmmm... memang retis lah, Kak Jun ku ini..
amboi dah beralih 'angin'..lapis melapis pulak?
clap clap tahniah kak jun! anda berjaya ;-))
kak jun..bile nak makan makan nih?? rindu dah ni :D
Salute KAk Jun..!! memang kelass kek lapis tu - terliur dah ni ... tapi nak saya mencuba buatnya - tunggu mood datang dulu :-)
Bila nak tukar tajuk ni, Kak Jun? Kita dah rindu dengan celoteh Kak Jun, cepat sikit post tau, hik hik hik ;-)
Post a Comment