Followers

Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Emas Secupak Tart Sebalang

Salam semua,

Sejak pagi menghabiskan kerja editing dan alhamdulillah, proposal yang perlu dikirimkan ke meja pengarang itu sudah pun siap. Barulah tenang sikit hati ini dan kembali pula dengan kerja di dapur -- menyudahkan tart nanas.


Ralit sungguh membuatnya. Mulut tak berbunyi, cuma fikiran saja menerawang jauh sambil jari asyik menekan-nekan doh dalam acuan. Cantik sungguh melihat tart ini tersusun gebu-gebu, sekali pandang macam ketulan emas. Tapi kalau betul ketulan emas, amboi....panjang langkahlah saya ya. Maklumlah, harga emas sekarang bukan main melambung tinggi.

Kali terakhir saya menjamu mata dan mengosongkan dompet sekitar bulan May lalu. Waktu itu emas sekitar RM150 lebih saja satu gram. Habis semua duit kek yang saya kumpul sejak Januari tahun 2011 ni, untuk tiga gelang yang manis-manis. Tak berkelip mata encik Suamiku melihat kilauan di pergelangan tangan isterinya. Maklumlah, isteri solehah, tak mau minta-minta. Kalau ada, beli saja senyap-senyap. Kalau orang tanya, kata saja `my Darling Hubby bagi....surpirse surprise'. Ha...macam itulah, baru rukun damai rumah tangga. Bukannya sebab encik Suami tak boleh beli, tapi kita tahu dia sudah perhabiskan duit untuk keluarga. Tak tinggal apa dah, kecuali gigi dan gusi saja. So, kaedahnya - your money is my money, my money is money (he he he...bertanduk2 pulak menjelang Zohor ni). Apapun, kita ni perempuan. Bukannya kejam. Tapi, hidup wajib ada penampan, untuk masa depan.


Kalau berlaku apa-apa, kita masih ada 'pengerasnya'. Jangan lupa pesanan ini... dan beritahu kat anak-anak perempuan kita. Maklumlah harga emas bukan main cepat naik. Last week saya saja gatal-gatal nak cuci mata kat PK Subang Parade. Oh! Harga sudah cecah RM170 lebih segram. Dan kata si jurujual, beberapa bulan lagi pasti cecah RM200. Cepat-cepat. Jangan buang duit beli segala Prada, Gucci, Dior dan Fendi. Beli emas! Tak pernah susut nilai. Kereta, baju perabot...semua susut nilai. Hatta, nilai cinta pun begitu....paling cepat menyusut tau! Tapi emas dan bling bling? Oh! Tidak darling.


Apapun, berpijak di bumi nyata, kembali ke dapur saya, hati pasrah....tak mungkin tart berubah menjadi emas. Tapi menjadi duit...oh itu sudah tentu. Dan jika dikumpul-kumpul, boleh juga ditukar emas. Sebalang 50 biji, RM28 saja. Sedapnya bukan main. Rasa satu, terus order 20 balang. Terima kasih kepada sahabatku yang tercinta, Anita Jamal yang memang tak sombong dan tak lokek. Sudi dia kongsi resepi ini dengan saya. Seumur hidup, saya dah makan bermacam-macam jenis tart nanas, tapi resepi Anita Jamal ini juga yang paling meruntun jiwa saya. Kalau mahu resepinya saya kena minta kebenaran dulu dari tuan empunya badan ya.


Jadi, berbalik kepada cerita tart ini. Saat saya menggentel tadi pun, sms terus masuk, mahu order...mahu order. Ingatkan saja suka-suka tayang kat blog, tapi rezeki Ramadan. Alhamdulillah. Mujur ada pembantu. Dalam dok berangan-angan Mat Jenin, dapat juga saya buat beberapa dulang. Bakar 25 minit saja. Dah siap.



Dan bab menggentel inti jem nanas ni, saya serah kat pembantu saja untuk menyudahkan. Hah! Larat tak larat, buat sajalah ya Marni. Jangan tegar. Mahal tau harga kamu tu. RM5,000 cuma untuk dibawa masuk ke Malaysia. Mujur tidak kena kapur lagi RM4,000. Siap agen beli telefon genggam untuk dia. Hem, tak apa, pembantu pun ada perasaan. Nak ngomong sama suami di tanah Jawa. Kalau tidak tak mungkin dia betah!


Tapi, sekarang sudah halal. Lega hati saya yang selama ini berbekam. Hebuh-hebuh pasal makanan halal dan haram, manusia pun ada juga tag serupa ya. Wajib di'halal'kan. Mujurlah saya ramai kawan yang sudi membantu. Terdetik saja di hati, tiba-tiba masuk sms, bertanya mengenai pemutihan. Mau buat atau tidak. Eh! Mestilah mau sebab masa berurusan dengan agen dulu kita ingat semua sudah ok. Rupa-rupanya, tak ada MOU. Susah nak urus di sana. Aduh! Sudah melayang duit beribu-ribu. Kalau cincin emas tu, sudah pasti dapat yang besar banget...mengalahkan Lord of The Ring (kan Anita kan?)


Apapun, dengan bantuan kawan, selamatlah wang RM4,500. Tak susah rupa-rupanya. Majikan cuma bawa saja pembantu ke pejabat Imegresen. Selepas diambil cap jari dan diambil gambar, passport pembantu di cop. Tak sampai 30 minit. Settle. Alhamdulillah. Jadi urusan berbangkit selepas ini akan diusul oleh KDN. Jika ada yang mahu ikut jejak, jangan lupa bawa gambar pembantu, enam (6) keping). Lega betul saya. Kawan yang menelefon tu pun bukannya guna cable. Dia pun marhain macam saya juga. Sama-sama kena beratur.




Betullah kata orang tu. Berkawan biar 1000, berkasih biar satu. Jangan setia membabi buta dan jangan juga perdagang cinta kerana harta. Tapi cinta perlu duit ya bah! Takda duit, cinta pun habis kena kuit, terhumban bawah 'bukit'). Apapun, takziah diucapkan kepada Elia, bekas tunang penjaga gol pasukan bola (entah negeri mana tu), kerana tragedi kisah kasihmu. Sedih aunty baca kisah Elia kat blog tu. Tak apa, ada hikmahnya. Lihat Ina Naim, bukan main bahagia sekarang. Hanya waktu yang dapat merawat luka di hatimu.


Akhir kalam, saya kongsi juga resepi kuih buah Melaka kegemaran saya ni. Sedap betul, bila kita gigit, gula kabung tu pecah dalam mulut. Hem....! Sejak remaja saya suka makan buah Melaka ni, tak sangka rupa-rupanya nak berjodoh dengan orang Tangga Batu. Sangkaku dulu sama senegeri....hai, itulah kerja Tuhan (kan Jasni kan!...i know you read this Jazz).








Inilah resepi yang maha susah itu.

Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
1 cawan air daun pandan (4 helai pun ok)
sedikit garam
Gula Melaka dipotong dadu (secukupnya)
Kelapa parut secukupnya

Cara
1. Ambil mangkuk menguli, masukkan tepung pulut.
2. Masukkan garam.
3. Tuang air daun pandan, sedikit demi sedikit, sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat pada jari-jemari runcingmu itu.
4. Gentel bulat seperti guli dan masukkan gula Melaka. Kemaskan rupa bentuk buah Melaka tu ya agar air gulanya tak tiris.
5. Panaskan air dalam periuk anggaran 4 cawan. Apabila menggelegak, masukkan buah Melaka dan masak sampai setiap biji kuih ini timbul. Ceduk dengan penapis kecik (penaspis teh pun ok) dan toskan.
6. Gaul sedikit garam dalam kelapa parut dan golekkan buah Melaka tadi agar semua tersalut kepala parut. Hidangkan....!

Harus ku buat lagi petang ini.

Wasalam *(uneditted version)

Sunday, September 13, 2009

Menghitung hari...membilang jari

....dan lebih-kurang seminggu sahaja lagi kita semua akan meraikan lebaran atau lebih mesra kita panggil Aidilfitri.

Hem...raya bagi saya sama saja. Definisi meriah beraya bagi saya ini ialah apabila anak-anak gembira menyambutnya dan kita ni cuma meminjam semangat mereka sahaja. Mujurlah ada dua anak kecil lagi...jadi yang mereka yang sering mengingatkan kita betapa seronoknya hari raya itu. Memang gembira hati kita melihat mereka bertukar baju dan mencuba kasut baru (pada hal kasut dan baju tu bertukar selalu). Nak balik beraya di kampung pun tak dapat lagi semudah dahulu lagi kerana sekarang ni saya kena tenguk keadaan kesihatan emak.

Sejak akhir-akhir ini emak sudah tidak secergas dahulu...selalu lenguh sana sengal sini . Sakit pening tu dah jadi asam garamnya. Jadi saya pesan kepada Arina supaya jangan merengek-rengek minta balik beraya ke Kota Lama kerana kalau opah tak sihat, dia yang akan ke Kuala Lumpur. Mujurlah tahun lalu emak mahu beraya di kampung....jadi dapatlah kami adik beradik semua beraya di kampung laman kami yang sangat damai itu serta manziarah pusara ayah di pagi raya. Tak tahulah bila lagi kemeriahan kelmarin itu akan berulang lagi. Terasa masih basah lagi diingatan keseronokkan berkumpul adik-beradik -- riuh rendah satu kampung :-))

Jadi, bagi memeriahkan suasan beraya di rumah sendiri, saya menyibukkan diri di dapur dengan cake dan cookies.


Dalam sibuk-sibuk membuat tart dan chocolate chips...sempat juga saya penuhi impian Ain yang mahu sebiji kek berbentuk tuksedo ini untuk dihadiahkan kepada cik suaminya bersempena hari jadinya yang ke-29. "Selamat hari jadi Izwan." Terlepas sudah hajat saya untuk merias kek berbentuk jaket lelaki ini dan insyaallah, selepas ini saya mahu design yang lebih meletup lagi.

Tips: Jika hendak membuat kek berbentuk jaket atau tuksedo, seelok-eloknya memggunakan kek melebihi 2 kilo dan bakar dalam loyang lebih besar dari 9" kerana lebih mudah hendak membentuk bahagian kolar dan laple tuksedo.





Berbalik cerita sambutan raya....semalam saya berjaya memenuhi janji kepada diri sendiri untuk menyiapkan semua biskut raya. Saya mulakan operasi sejak selepas subuh dan menjelang berbuka sudah tersedia tujuh lapan jenis. Alhamdulillah.

Dan mujurlah saya ada tiga anak dara yang sangat ringan tulang (nak jadi anak saya tak boleh malas-malas -- itulah yang saya selalu bebel kat Alia, Arina dan Kasih. Berbulu mata tenguk anak dara tak tak reti buat kerja -- pengakuan tulus dari saya :-))



Jadi, bab bakar biskut...semua saya buat sendiri. Kemudian saya akan minta tolong Alia selesaikan bab packaging. Dan Alia pun memang tak allergic masuk dapur...jadi senanglah kerja kami (p/s: tahun ini Alia sudah berjaya eksperimen biskut coklat cip yang sangat sedap....sebiji rasa macam Famous Amos).






Kasih pulak offer untuk buatkan kertas untuk lapik cookies dalam balang. Daripada dia conteng kertas tak tentu hala, lebih baik kita bagi dia kerja...betul tak?






And...Arina pula selesaikan tugasan menggunting semua kertas separator itu. Puas hati dia kan sebab selama ini dah berapa banyak kertas yang diguntingnya untuk membuat kraf yang tak menjadi itu...:-))






Inilah my humble cookies....rupanya biasa saja. Tapi sangat sedap. Saya pinjam resepi Chef Anuar.

Bahan-bahan:

200 g mentega
80 g gula aising
1/2 tsp pes lemon
1/2 tsp esen vanilla
sebiji telur merah
279 g tepung gandum
300 g coklat masakan dicairkan (optional)

Cara membuatnya

1. Putar mentega, bersama gula aising, pes lemon dan esen vanilla sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan kacau rata menggunakan sudip kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Isikan adunan dalam kelongsong (piping bag) dengan nozle close star tip bersaiz L.
5. Picit adunan di atas dulang bakar di yang sudah disapu mentega. Buat bentuk yang disukai.
6. Bakar pada suhu 160 darjah selsius ><>
7 Biar biskut dan celup dalam coklat masakan yang sudah dicairkan itu (optional)







Ini satu lagi biskut yang sangat sedap....saya ambil dari himpunan resepi sifu kesayangan saya -- Chef Asma. Malam nanti saya akan sambung semula....bagi resepinya. Ini nak break kejap...nak masuk dapur sediakan juadah berbuka.

....// tbc