Monday, January 23, 2017

Kek Hantaran 2017

Salam, 
Tiba-tiba rasa suka untuk menghias kek datang semula dan inilah dua kek yang sempat saya hias sebagai pembuka tirai tahun ni. Dua dua untuk meraikan pengantin baru. 




Kek dilapisi frosting buttercream berperisa lemon. Memang sedap sebab rasa masam tu mengurangkan kemanisan yang menggigit lidah. Inilah kek yang paling cepat saya hias. Dalam tempuh 2 jam lebih jer, siap semuanya. Alhamdulillah.

                               

Dekorasi kek ni berbunga gumpaste warna hitam dan putih krim ini masih diminati walaupun selepas hampir 10 tahun berlalu. Dulu terasa susah sangat nak buat segala bunga dan hiasan royal icing pada sekeliling kek tu. Sekarang ni tak pula rasa macam tu! 😉

Ok, kalau ada yang nak menempah kek macam ni boleh whatsapp saya: 
017-2840900.

Subang Jaya

Harga kek bergantung jenis kek, saiz dan hiasan. Bermula RM200.

Wassalam

No comments: