Tuesday, January 31, 2017

Jom Rasa Kek Viral

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hajat saya nak belajar cara menyediakan kek yang sedap dengan kos yang sangat sederhana akhirnya tercapai juga. Saya berguru dengan siapa lagi kalau bukan Chef Asma. Bagi saya, alang-alang belajar biarlah dengan pakar sebab kita boleh dapat menimba sebanyak-banyaknya ilmu kerana Chef Asma bukan baru sebulan dua menjadi tukang masak profesional. Dia pernah bekerja di hotel, di istana Brunei, atas kapal dan juga kini sebagai pensyarah kulinari dan juga usahawan yang terlalu gigih berusaha mengembangkan minat dan perniagaannya ini ke tahap tertinggi.

Jadi kalau kita tanya apapun, in sya Allah Chef Asma boleh jawab. Walaupun selepas waktu kelas, Chef tetap melayan pertanyaan pelajar dan pelanggannya. Asalkan kita tak melampaui batas sudahlah! Tau masa dan waktu sesuai utk bertanya. 

Itulah yang menyebabkan saya terasa amat selesa berguru dengan chef Asma. Kelas kek budget ni adalah module baru yang chef perkenalkan utk 2017 selepas kek Seriyal mula viral di Kelantan. Apabila belajar sendiri cara menbuat kosting dan masak kek budget ni, memang betul menguntungkan walaupun sebiji dijual dengan harga RM9.90.

Chef Asma ajar cara menyediakan 10 biji kek. Dari mula buat kosting sampailah siap dimasak dan dihias. Hasilnya boleh dibawa balik, untuk jamu anak suami. Memang puas hati.

Alhamdulillah.

In sya Allah, saya akan menjual kek budget seriyal ini dengan harga antara RM12 -RM20 sahaja.

Kalau ada berminat nak beli untuk makan sendiri atau nak jadi ejen silalah hubungi saya di talian 017-2840900 atau lawati IG saya @jun_kuzaifah

Ok, sampai jumpa lagi.
Wassalam

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wah3.. lincahlah kak jun godak tepung lepas ni