Saturday, December 31, 2016

Utan Cafe Golf Range

Salam

Memang habit saya, kalau nak cari tempat jamu selera di luar kawasan tempat tinggal kami, maka saya akan cari info kat Internet. Setakat ni memang tak menghampakan kerana ramai food bloggers yang rajin kongsi kongsi gambar dan kongsi alamat restoran yang menyajikan makanan lazat dan berbaloi dikunjungi.

Jadi kali ni saya pula nak share satu lokasi restoran yang menyajikan hidangannya memang sungguh menyelerakan. Rambang mata tatkala menatap menunya.

Ada jenis bakar membakar, nasi dan lauk-pauk, mee dan pasta. Tempatnya terletak di celah kehijauan pokok yang tinggi merimbun serta ada padang hijau untuk peminat golf berlatih pukul bola.

Macam mana nak ke Utan Cafe? Tak jauh Majlis Perbandaran Nilai, berhampiran simpang Enstek. Kalau kita datang dari Subang Jaya, Shah Alam dan yang sewaktunya melalui highway Elite, drive terus menuju Nilai dan susur ke kiri menghala ke Majlis Perbandaran Sepang. Ada traffic light kat situ. Kalau ke kanan akan ke Bandar Enstek dan Bagan Lalang. Kalau ke kiri kita akan menuju ke Utan Cafe, kira-kira 5 minit saja dari simpang ni.

Dah dua kali kami makan di restoran ni dan memang tak menghampakan!  Kali pertama kami makan malam dan beberapa hari lalu, kami cuba makan tengahari pula. Mak aiii, semua makanan yang kami pilih sangat sedap dan harga pun berpatutan.


Ini hati lembu masak kicap yang sangat lembut sekali isinya. Masam manisnya just nice!👌


Ini pula daging itik salai. Berebut-rebut kami menyicipnya ~ juicy sangat isinya. Boleh cuba lagi lain kali.

Ini pula gulai lemak telur ikan yang sungguh mengujakan perasaan kerana lemak pedasnya membuatkan rasa telur ikan segar lebih terangkat!



Ini pula udang goreng butter dan sepinggan kepah yang membuatkan kami tersandar kesedapan.

Alhamdulillah. Thank you Allah. 

Tak larat nak cerita dah...kekenyangan ni. Akhir kalam, jumpa di Utan Cafe ya👍

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nampak memnag sungguh menyelerakan kak Jun.. burpppp!