Followers

Tuesday, July 22, 2014

Sempat Tak Sempat, Kena Sempat Juga

Assalamualaikum


KALAU ikutkan hati memang tak sempat nak update blog sebab jadual sangat padat. 

Alhamdulillah. Itu petanda masih sihat dan kuat. Jadi, larat tak larat, kena buat juga. Di antara tahajud dan terawih, saya masih berjuang lagi hingga ke titisan jem nanas yang terakhir. Demi memenuhi senarai tempahan yang panjang. 

Mata ni liar saja pandang jam dan kalendar. 

Rasa jemu dah mula menyelinap dalam hati ni sebab teringat bab lain yang masih belum settle. Baju raya, itu dan ini. Sebenarnya saya bukanlah jenis buat persiapan macam nak beraya sakan. Zaman 'teruja nak beraya sampai tak ingat' tu dah berlalu. Langsir, perabot...mana ada tukar. pakai yang lama juga. Cuma beli beberapa pasu bunga Rose Jepun jer untuk touch-up laman.


Bab lain tu, semua sepersalinan saja. 

Tapi, dalam kalut menyiapkan order, kita ikuti juga perkembangan Gaza dan MH17. 

Kesiankan! 

Kalau tenguk nasib manusia kat dunia di luar sana, memang tak habis bersyukur. Sesusah mana pun orang Malaysia, kat negara lain lagi tragik. Jadi selagi larat, tulang empat kerat ni kena dikerahkan juga buat sesuatu untuk memanfaatkan hidup. 



Apapun, untuk bab biskut raya ni.....dah muktamad! Hari ini last day. No more baking. 

Semua bahan yang berbaki tu kena dihabiskan juga by today -  sebelum Asar. Hanya ada beberapa dulang saja lagi yang belum disiapkan. 


Jadi terima kasih diucapkan kapada kawan-kawan yang baik hati dan sudi menempah tart nanas cupcakekasih. Bagi yang baru teringat nak menempah biskut raya, whatsapp 017-2840900

...tapi ambil selepas raya sajalah ya. 

Masih relevan untuk jamuan rumah terbuka. Memang saya pun ada senarai tempahan untuk doorgift. Cantik sangat kalau ubah selera, bagi tart nanas kat tetamu untuk majlis nikah kawin sebab ada orang tak suka coklat, dodol, wajik, atau telur rebus. So kita tukar dengan tart nanas. Majoriti suka!



Saya sendiri pun peminat tart nanas.

Dulu-dulu, semasa zaman sibuk bekerja, saya tak order biskut raya selain tart nanas saja. Biasanya siapa saja hulur sample tart nanas, saya tak akan rasa dulu tapi terus order. Seronok tenguk, ada macam-macam bentuk dan rupa. Saya akan letak satu balang tart nanas dalam kereta. Jadi, kalau dalam keadaan jalan yang sesak barat bila nak pergi assignments tu, maka tangan ni akan sibuk membuka balang tart. Ngap ngap! Sedap!

Sekarang ni, bila kita sendiri dah reti buat tart nanas, tak pula boleh ngap ngap sesuka hati sebab nak memenuhkan balang customers dahulu. Setiap biji adalah sangatberharga. Sapa pun tak boleh usik. Selalunya yang suka mengendeng ialah si Adam. Especially masa musim World Cup hari tu. Kita tidur, dia berjaga sorang-sorang tenguk TV kat dapur. Mulut tu mesti nak mengunyahkan! Jadi emak bagi warning siang-siang, jangan usik my golden tart! 

Tapi saya dah allocate tart yang reject-reject tu kat dia. Tak patut!!! 

....apa boleh buat. 
Bukan senang nak gentel-gentel inti nanas sebesar batu cincin Lord of The Ring tu!
...kan!



Berbalik cerita mengadun tart nanas ni, mujurlah Allah tu memakbulkan doa saya yang terasa helpless sangat seorang diri kat dapur dengan segala tepung gula dan pinggan mangkuk yang menimbun. 

Pernahlah juga hati ni terdetik, kalau dapat maid dari syurga...alangkah bagus!

Tup tup, satu hari, kawan saya Soba (si tukang urut yang hebat) tu call, tanya saya nak pakai maid tak? Hai! pucuk dicita ulam mendatang. Senang cerita sebab caj yang dikenakan pun sangat berpatutan - dari 8.00 am - 6 pm cuma RM80 saja. 

Eh! boleh sangatlah Jah. Jadi sapa nak maid harian, call Sobah 017-3768546

Lega sungguh hati ni sebab ada tukang gosok baju, basuh bilik air and mop satu rumah ni di saat-saat genting ni.

Dan yang penting, maid ni ok. Baik. Tak banyak mulut. 

Hari pertama dia datang, kena berdiri dekat 5 jam juga sebab menggosok baju yang menimbun tu. Lega betul! Settle satu bab. 

Selesai kemas rumah, saya suruh dia gentel inti nanas pula. Dekat 10 kilo digulikan Yanti, untuk batch pertama. Cepat saja dia menghabiskannya. Lega sungguh sebab kalau nak minta tolong anak anak ni banyak sangat umpannya.....

...kita kena janji belanja aiskrimlah, beli buku kat Kinokuniya, nak main HP lama sikitlah! Macam-macam!

....dengan maid, tak payah banyak cerita. Apa saja kita letak depan dia, cepat saja diselesaikannya.

Alhamdulillah. 


Jadi....diam tak diam, dapat juga saya menyiapkan tempahan. Kalau tidak sebelum ni berdebar-debar juga. Dah terlanjur berjanji dengan customers, mestilah ditunaikan. Penat memang penat, tapi kalau tak buat apa pun penat juga. Mujur anak anak tak meragam seleranya dalam bulan puasa ni. Dapat nugget and cereals pun dah ok. Itulah juadah berbuka and bersahur dorang. 

Jadi bolehlah emak sibuk kat dapur dengan tempahan. Kalau saya tak ambik order ni, memang alamat goyang kaki sajalah. Mana larat nak pergi dengar tazkirah saja 24/7!  Nanti kalah pula ustazah Norhafizah Musa.... hehehehe


Begitulah kisahnya!

Ni saja nak share gambar dengan Dr Halina Haji Sirat selepas kuliah Dhuha di masjid Annur pada Ahad lepas. Topik yang bagus, pasal kisah rumahtangga. Relevan dengan audien. 


Ini pula gambar kenangan dengan sahabat dari JB, Oh Oeya yang sanggup turun USJ sebab nak borong tart nanas komer. Dia bertolak jam 3 am dari sana dan sampai sini dah cerah. Selepas selesai urusan, saya bawa Oh Oeya ke rumah Zarina Zainuddin pula. Nak beli kuih raya juga. Memang Zarina ni ligat cari duit. 

Tapi yang pentingnya sekarang ni dia sedang membiasakan diri bertudung litup. "Ina kena kuat ni kak Jun. Bukan senang nak berhijrah...! Ina tak nak separuh jalan!"

Begitulah....

Semoga Zarina ku sayang istiqomah. 




Hah...dah alang-alaang datang jauh-jauh tu....bergambor puas puas Oeya. 



begitulah kisahnya.
 p/s: yang penting sticker akak comel. Gambar kucing gebu. Suka sangat!

Akhir kalam, selamat memecut laju di saat akhir Ramadhan ini. Tahun depan belum tentu kita dapat menikmati limpahan rahmat pada bulan yang mulia ini.

Wasalam

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hihihihi.. Kak Jun, betul3 sangat tu.. mcm sy dgn cheese tart.. duluuu.. masa belum pandai buat, tak berkira pasal makan.. sejak dah pandai buat & jual, sebiji cheese tart cukup berharga takut tak penuh container, kalau anak & suami mintak, bagi yang reject2 aje.. hehehehe.

Awww.. beruntungnya Oeya!!

BAKING FOR KING

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007