Followers

Sunday, June 29, 2014

Siapa Cepat Dia Dapat

Assalamualaikum

SELURUH RUMAH masih sunyi. Hari pertama Ramadhan, kami bangun seawal jam 4 pagi. Saya yang pertama tersedar sebab itu memang rutin. Mata ni automatik saja akan celik. 

Alhamdulillah. 

Seronoknya kalau badan sihat, celik mata boleh terus buat apa yang patut. Sejak balik Umrah ni dah dua kali saya sakit demam sampai nak bangun pun payah. Kedua-duanya kerana diarhea. Perut ni memang sensitif. Kalau dah kena ceri beri, memang tak boleh jauh dari tandas. Sakit memulas satu macam. Jadi apabila dah sihat walafiat, terus ligat. Buat kerja tanpa merungut-rungut. 

Memang kita ni akan lebih meghargai sihat kalau kita tau betapa susahnya kalau terlantar sakit. Badan saya ni kalau dah sakit memang menjadi sangat fragile, nak berdiri pun tak larat. 

Maklumlah, badan bukan makin muda.
....tau!
umur pun dah meningkat! 
Kalau nak tidur, pejam saja mata, 
terfikir juga ajal aku ni dah dekat?

Kalau masa muda, sakit senang baik. 
Sekarang ni senang sakit, lambat nak sihat.

Tapi bila dah sihat, mula tak mau dok diam sebab saya selalu rasa guilty kalau terlalu lama dok goyang kaki, mengadap laptop. Padahal bukan ada juri nak bagi markah pun. Diri sendiri sajamyang menilainya. Tapi rasa bersalah tu memang dah tak boleh nak buat apa. Kalau nak tidur siang lagilah tak reti. Selagi mata ni belum demand nak lelap sekejap, macam macam benda yang saya buat.

Bersempena Ramadhan dan Syawal, saya dah meligat dengan agenda menjahit dan baking. Jubah raya untuk saya, Arina dan Kasih dah siap. Officially saya ada tiga jubah baru, Arina dan Kasih dah siap sepasang. Jadi cadangannya nak jahit lagi dua pasang seorang. Tudung, telekung untuk solat tarawih semua dah ready. semuanya saya buat berdikit-dikit sejak balik dari Mekah tempuh hari. 

Jadi sekarang ni mode baking dah menyala-nyala. Sebaik saja saya kebah demam dan diarhea lenyap, maka pada Rabu lalu, saya terus mengadun tart nanas!



Nanas beli hari Sabtu lepas, encik Suami tolong kupas.
...jadi sambil kemas rumah dan basuh kain, kita parut dan masak inti nanas. 
Sekejap je selesai 20 biji nanas, untuk batch pertama tart idaman Malaya.






Selesai buat inti, kita sejuk dan simpan dalam peti sejuk dulu supaya segala rasa manis masam dan perisa sebati. Kemudian saya minta tolong Arina dan Kasih gentel inti. Jadilah bebola nanas seberat 8 gram setiap satu.

Ya, setiap inti saya timbang. Bukan kedekut, takut terbagi lebih nanas kat customers.
...takda maknyanya!

Tapi, saya timbang sebab nak dapat ketulan tart nanas yang sama cantik dan sama padan. Barulah sejuk mata memandang.




Selalunya saya akan set masa kerja.

Kalau saya kata lepas Zohor nak buat sedulang, maka semua barang yang nak digunakan saya ketepikan awal-awal. Doh saya uli sebelah pagi. Perap bagi sebati dan selepas selesai solat, saya akan dok diam-diam buat kerja sorang-sorang sambil dengar program disukai kat radio atau I-Pad.

Saya tak suka diganggu. Handphone berbunyi puns saya tenguk dulu nombor siapa yang naik! Kalau emak atau encik suami call,
...ok saya jawab. 

Tapi kalau yang lain-lain tu, lebih baik Whatsapp.



....in sya Allah, kalau semua berjalan lancar, by 5 pm dapatlah sedulang dua ketulan emas tart nanas dan sedia dibakar selepas selesai solat Asar. Biasanya tangan saya ni kecut sebab semasa menerap tart ni entah berapa kali saya basuh tangan. Tak suka rasa lekit-lekit. Leceh nak concentrate! 




...begitulah kisahnya.

Puas hati apabila dapat apa yang dihajati. Bukan nak buat banyak mana pun, tapi sekadar untuk mengisi sebuah hari dan juga memenuhi permintaan kawan-kawan dan regular customers. Memang setiap tahun mereka bertanya, jadi kita buat saja. Siapa,cepat dia dapat. Harap-harap Allah beri kesihatan yang baik dan dapatlah saya pulun buat kerja yang menanti. 

Kepada yang nak menempah tart nanas saya yang memang confirm cair dalam mulut....
...sila whatsapp 017-2840900

Harga sebekas RM35 untuk 50 biji.

...jangan risau, saya pakai telur yang ada grade, telur pun dibasuh sebiji demi sebiji. Mentega pun yang mahal - bukannya buttercup atau yang sewaktu dengan cap itu. 

Tempahan terhad sebab kita buat kerja sorang-sorang...jadi tak mau pulun sakan, sampai sakit pinggang! Kan?!

Ok, akhir kalam, semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa ini dengan tenang dan diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan iman!

Wassalam




1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

alah.. rindunya.. tapi tataw nak harap siapa pulak tahun ni... :((

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007