Followers

Saturday, April 19, 2014

Kopi Dua, Telor Satu

Assalamualaikum

....jemput tenguk, kopi dua, telur satu!


MENIKMATI pagi Sabtu dengan encik Suami. Arina dan Kasih memang tak mau ikut sebab dia orang pun nak claim their magic moments, lazy weekend - dengan melayari Internet sepuas-puasnya. Maklumlah kalau hari Isnin sampai Jumaat, si emak langsung tak bagi usik sebarang gadgets. Macam warden asrama. Ini peraturan yang sudah dimaktubkan oleh si emak. Jadi sama ada suka atau tidak, pada setiap Ahad malam, selepas Isyak, Arina dan Kasih akan bagi balik laptop dan handphone kat si Emak. 

Titik. 

Kalau tak buat macam ni, memang tak ada disiplinlah jawabnya. Asyik melekap kat dalam bilik, sebab ralit dengan alam maya dan games. Betul tak? 



captions: "...dah cuba tempat lain, tapi hati tetap serasi dengan the Loaf. Good food, good service and good people".


And I just love moment macam ni...pagi sunyi. Now breakfast time dengan cik Ki. Dan balik nanti saya nak continue bercucuk tanam sikit. 


Sejak sebulan dua ni, saya dok melangut tenguk FB kawan-kawan yang gila bertanam bunga -- especially Japanese Roses. Memang teruja sungguh dan akhirnya saya terjebak sama nak berkebun bunga di laman yang sekadar sekangkang kera itu.

Apron dan oven kita simpan dulu. Bagi rest lama sikit. 

Hajat nak buka kelas macam dulu tu masih tersemat dalam jiwa, cuma bara saja yang dah suam-suam kuku. Semalam kawan saya, Kak D telefon, tanya pasal kelas baking dan decorating. Dia baru berhenti kerja. 

....tergelak besau den mendengar pertanyaannya.

Bukan apa...memang kronologinya begitu. Maksud saya, memang kalau orang yang baru berhenti kerja, akan tercari-cari benda baru yang depa nak explore. Maklumlah dah biasa kerja....dah terbiasa sibuk. Tiba-tiba masa banyak sangat di tangan, jadi tak tahu nak buat apa. 

Memang dah faham sangat dah ni. Bukan Kak D sorang, saya dulu pun macam tu juga.

Di peringkat awal persaraan, memang kita rasa satu macam saja kalau asyik duduk goyang kaki, jadi mulalah tercari-cari hala tuju baru. Anak dah besar, duit pun adalah sebukit dua (bukan saya, orang lain
ah tu) dan si Suami sibuk. Maka apa lagi, cari hobilah. Kalau yang nak mencuba dunia kraftangan atau memasak, itu kira ok. Nampak hasilnya. Rumah makin terhias dan meja penuh dengan makanan. Satu rumah senyum. Mujur ada dunia alam maya, jadi boleh kongsi segala gambar dengan kawan-kawan. Kita pun sportinglah sikit, kalau tak nak komen, like like saja gambar kawan kita tu. Tak rugi apa pun. Infact, kalau kena gaya, nanti kawan kita tu datang opis, bawa saknika benda juadah kongsi dengan kita yang rajin like gambar dia, untuk penguat semangat, kata orang tu. Ha, Kenduri hari hari kita Jah.

Kronologi seterusnya....apabila dah penat masak, dan dah tak ada orang nak makan dah tapi semangat nak mencuba resepi baru terus membuak-buak, maka si polan akan mula nak menjual pula. Ha, masa ni semangat akan semakin menyala-nyala sebab duit masyukkkk.....macam empangan pecah Beb! 

Zaman saya rajin dulu, serius cerita, satu hari pernah masuk dalam akaun ribu riban....kalah sebulan gaji manager! Mapan. Ha, empangan pecah pun tak laju macam itu. Kan! Cer kira kalau sebulan dah berapa ribu lemon? Ni saja cerita sebab nak bagi semangat kat adik kakak yang baru nak mencuba dunia bisnis online. Tapi apa pun, kena ingat, bukanlah hari-hari dapat durian runtuh macam tu! Pokoknya, hasil memang ada dan buahnya memang lebat. Rendang. 

Tapi harga yang perlu dibayar pun mahal juga....saya hilang privacy, hilang masa tidur, hilang masa bersosial, hilang masa berjimbaran dengan keluarga, rumah menjadi lintang pukang, habis hilang segala konsep etnik, english deco dan segala-galanya, menjadikan rumah berterabor macam konsep store! 

Jadi, orang macam saya ni, apabila benda yang dahulu melegakan jiwa akhirnya bertukar menjadi bebanan yang menyesakkan dada, maknanya kena pause dulu. Ambil masa bertenang. 

...begitulah kisahnya, lebih kurang.

Satu lagi nak cerita, akibat menguli fondant yang beratus-ratus kilo itu, selama lima, enam tahun...akhirnya, badan saya dah menjadi 'tua sangat sebelum waktunya'. Belikat ni jadi ketat sangat dan minggu lepas saya menghabiskan masa tiga hari suntuk dengan Sobah, just mengurut satu badan sampai lebam. 

Baru lega. Nak rukuk sujud pun dah kembali laju macam dulu-dulu....macam tenaga anak dara! hu hu!




...begitulah coretan pagi Sabtu. Ni dah kopi cawan kedua. Kita minum dulu.

Akhir kalam, wassalam!


2 comments:

Farah said...

yumm the breakfast looks good, selamat hari sabtu :)

x, Farah

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betul kak Jun, duit berkepuk tapi umah macam kapal karam, hahahha

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007