Followers

Wednesday, April 16, 2014

Don, Dina dan Dayana

Assalamualaikum

SAYA minta maaf jika perkongsian ini menimbulkan rasa kurang senang di hati sesetengah pihak. Saya sendiri sebenarnya runsing memikirkan hal ini kerana dalam keadaan umat Islam yang semakin bercelaru dan terumbang-ambing mencari arah, timbul satu lagi isu yang mengecewakan saya, sebagai ibu, yang ingin mendidik anak sebaik mungkin, mengikut syariat Islam. Kita nak pupuk sifat 'Sayang Allah swt dan sayang Rasulullah saw'. Kita mencuba sehabis daya untuk mencari jalan yang betul. Jalan yang lurus. 

Dalam pencarian ini, baru kita dengar macam-macam istilah - syiah, wahabbi, taslim, bidaah, syubhah! Allahuakbar, banyaknya simpang siur dan ini membuatkan saya berasa sangat gementar memikirkan anak-anak yang jahil. Nak mendidik anak secara Islami satu hal, nak mencari sumber ilmu yang sahih pun satu hal. 

Jadi untuk selamat, kita ikut arus perdana, bersandarkan pesanan daripada sahabat dan kenalan yang  lebih dahulu belajar agama secara mendalam, "kalau nak cari ilmu agama ni, jangan berguru dengan seorang saja". Jangan taksub terhadap satu nama saja. Tapi kena banyak belajar dan mesti secara bertalaqi.

Ok. Thank you atas nasihat dan itulah yang kita buat.

Maka, proses pembelajaran yang dahulunya dimulai dengan kuliah pagi Tanyalah Ustaz, kemudian mencari tambahan di Youtube, akhirnya saya keluar dari zon selesa dan mula mencari ilmu pergi ke masjid An-Nur yang terletak beberapa meter saja dari laman rumah saya ni. Sebelum ni saya cuma pergi ke masjid untuk solat Tarawikh sahaja. Rekod cemerlang setiap tahun sejak zaman berzaman. Tapi setakat itu saja. Selepas itu masjid hanya dikunjungi jika ada kematian di kalangan saudara-mara dan kenalan.

Tapi selepas menghadiri satu, dua kelas akhirnya saya mula mencari lebih lagi dan kini semua kenangan manis itu menjadi sejarah. Saya ubah kompas. Sekeluarga diangkut menaiki 'kapal baru', walaupun dalam keadaan serba tak tahu. 

Kami suami isteri sama-sama mencari kehidupan akhirat dan meninggalkan segala kekesalan jauh di belakang. Tutup buku. Tak mau pandang. Jalan terus, walaupun terpaksa menghadapi banyak gelombang. Takut tersesat, lalu kami berhati-hati dalam mencari guru.

Kini, mendengar ceramah di youtube atau di televisyen tu hanya sebagai halwa telinga saja sebab kami lebih suka bertalaqi cara terus di masjid. 

Kita ikut jemaah yang besar dan bukan berguru dengan orang perseorangan atau kumpulan tertentu sahaja. Terus terang saya katakan, dalam perjalanan ini, ramai kawan lama lari, ramai juga kawan baru menghampiri.  Dan ada sesetengah kenalan/sahabat tu saya yang bekukan sendiri. Bukan hendak memutuskan silaturahim. Tidak sama sekali. Tapi saya buat garisan yang jelas -- selagi si polan itu masih relevan dengan apa yang saya cari, maka saya ok saja. 

Tapi kalau simpolan masih dengan kulit dan isi zaman lagho dulu, minta maaf, saya terpaksa ikut simpang lain. Jika diizinkan Allah, kita akan bertemu di satu titik persamaan di hujung jalan. Itulah doanya sebab saya jahil, serba tak tahu, jadi iman macam kulit bawang. Nipis. Takut berbolak-balik pula hati. Minta dijauhkan oleh Allah.

Jadi berbalik kepada isu asas yang merungsingkan saya, kisahnya, semalam seorang kawan kongsi kenyataan Wardina Saffiyah di Facebook. 


Apa yang saya baca memang sungguh mengecewakan kerana satu lagi kekeliruan muncul di saat umat Islam kini sedang menghadapi keadaan yang sungguh menyakitkan dalam mencari kebenaran. Baru-baru ini ketika kes penolakan Hadith oleh Kassim Ahmad, seorang rakan yang anti dengan kebanyakan ustaz terkemuka di arus perdana sekarang ni, berhujah habis-habisan dengan saya. Malas saya nak layan sebab banyak sudut yang saya pandang kalau nak berdebat, sebab jahil lawan jahil, maknanya jahil bertingkat-tingkat. Macam skim MLM.

....jadi berbalik isu Wardina, lantang sungguh dia menyuarakan pendapat mengenai Ustaz Don Daniyal. 

Sedih...memang sesungguhnya saya sedih! 

Bukan kerana saya taksub kepada ustaz Don atau tidak bersetuju dengan kenyataan Wardina Saffiyah. Cuma saya menjadi sangat sedih kerana keadaan ini akan menyulitkan lagi semua pihak terutama ibu yang jahil, yang ingin mencari yang benar, untuk disuapkan kepada anak-anak! 



Macam mana ni? Selama ini kita ke masjid dan surau yang menyajikan kuliah ilmu daripada para ustaz, ustazah dan ulamak yang tinggi ilmu agama mereka. Kita dengar apa yang mereka kata. Kita teliti, kita kupas dan kita hadam. Balik rumah kita ajar anak. Kita cuba menjadikan segala pesanan dan saranan sebagai satu cara baru dalam kehidupan.

Saya tidak taksub ulamak. Tidak taksub masjid. Tidak taksub tok guru. 

Memang ramai yang ajak saya pergi berusrah dan belajar dalam kumpulan lebih kecil kat rumah si polan, si polan dan si polan. Tapi saya tak jawab, cuma senyum saja. Saya ada jadual harian tersendiri, komitmen tersendiri. Memang tak cukup masa 24 jam sehari kalau nak menderu sana dan sini. Saya hanya ke masjid al-Falah, annur dan masjid negeri Shah Alam. Dan jika ada peluang saya akan ke masjid di kariah lain. 

Kita ingat pesanan senior....ikut jemaah yang ramai. Ikut arus perdana. 

Tup...tup...timbul isu Syiah, isu Wahabbi, isu bidaah. Dan apabila diteliti rupa-rupanaya memang ada di kalangan kenalan dah kahwin Syiah. Saya secara tegas bertanya kepada si polan, adik you tu kahwin dengan Syiah. Kan?

Dulu dia tak mengaku, tetapi sekarang dia mengiyakannya tapi dengan alasan, Syiah ada banyak mazhab dan adik iparnya tu Syiah sahih mutlak. Maknanya Syiah beriman (?).

What? Ana tak faham....sungguh tak faham. Macam mana kita nak pesan kat anak, jaga jaga kalau berkawan, jangan sampai terkait dengan kelompok yang salah. How? Now you story me? How? 

Kalau nama seperti Ustaz Don Daniyal juga dipertikaikan kesahihan sumber dan isi ceramah dan tazkirahnya. Jadi apa nak jadi dengan segala jiwanya yang berjuta-juta di luar sana? Kalau betul salah, mana ulamak? Mana cerdik pandai agamawan? 

Dah bertahun-tahun ustaz Don keluar di TV Hijrah? Tak kan ulamak satu Malaysia tak tenguk? tak tegur? Risaunya dengan kemelut terbaru ini. Saya pernah mengikut beberapa kuliah ilmu Ustaz Don di masjid yang besar besar, dihadiri oleh cerdik pandai dan ilmuan yang besar-besar...dan ustaz Don juga sentiasa merujuk kepada orang yang besar-besar dalam kelompok beliau. Jadi, adakah mereka itu semua sekapal dengan Ustaz Don Daniyal? 

Kenapa tiba-tiba hal ini menjadi isu? Saya cari sumber kerisauan Wardina, dan satu temui link ke FB Puteri Nur Dayana (PND).

Pengsan.

Ternyata PND ini sungguh lantang, menyatakan keraguan terhadap ramai ulamak....termasuk Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don. Wardina mengutip sumber dari page PND dan kini benda sudah menjadi besar...sangat besar.

Minggu lepas saya dengar kisah golongan Habib yang popular dengan qasidah itu telah dikritik oleh sesetengah ilmuan agamawan yang mengaitkannya dengan bidaah. Ya, bidaah!  

Inilah satu lagi  term yang sangat popular sejak akhir akhir ini. Cop bidaah digunakan sesuka hati. Salah buat jadi bidaah. Salah zikir jadi bidaah. Salah makan jadi bidaah. lepas satu hal satu hal dan kini belum habis isu Syiah, isu bomoh dan buah kelapa, isu wahabi sekarang muncul lagi isu yang lebih memeningkan yang dibangkitkan oleh Puteri Nur Diyana dan diperhangatkan oleh Wardina.

Saya tak kata Wardina salah atau Puteri Nur Dayana itu salah.

Tapi, sebagai  golongan marhain yang jahil dan cuba membawa anak ke jalan yang benar maka saya benar-benar berharap dengan membangkitkan isu ini maka akan muncullan alim ulamak yang sudi memberi pencerahan. Bukan setakat isu berkaitan ustaz Don atau ustaz Azhar Idrus sahaja.

Tapi pencerahan terhadap semua watak, individu, nama, kelompok, atau kumpulan yang menyebarkan Islam yang kini sudah dibidaah dan ditempelak secara terbuka sehingga menimbulkan kejelikan pula. Sejali lagi saya tegaskan, saya bukan jenis taksub denga mana-mana ustaz atau ulamak.

Saya berkecuali...
...atas pagar. 

Saya cuma mencari sebuah makna yang hakiki. Sedih melihat tukang komen maki hamun sesama sendiri dalam laman FB. Habis keluar segala perkataan. Dah mengalahkan fanpage retis dan selebriti pula. Memang kenyang anak-anak kita kalau mereka membaca segala maki hamun kat FB. 

Kita sebagai emak....kecut perut! Apalah nasib anak aku...Aizu, Alia, Adam, Arina, Kasih. Sekejap lagi keluar pula cucu. Wajiblah kita nak didik agar cinta Allah, cinta Rasul. Tapi kalau melihat keadaan sekarang, memang emak bapak tak boleh tidur. Orang tua tak boleh leka. Tok Nenek tak boleh nganga. 

Dajjal is there...out there...sama ada dalam bentuk istilah, dalam bentuk perbuatan, dalam bentuk bayangan atau dalam keadaan nyata...satu figura yang akan muncul seperti dinyatakan dengan jelas qdalam al-Quran.

....inilah ketakutan yang sebenar, ancaman yang sebenar kepada umat Islam sebelum kita mati dan bangkit semula mengadap Allah Taala! Allah swt menzahirkan Dajjal sebagai ujian iman terbesar kepada umat manusia kerana syurga Allah itu mahal dan hanya yang benar-benar mencintai Allah swt sahaja yang mendapat imbuhannya. 

...letih memikirkan hal ini.

Tadi, dalam kuliah Dhuha, ustaz Dusuki berpesan sekali lagi, rajinlah berdoa dan berzikir. Inilah kekuatan sebenar umat Islam.

Jadi, Wajib sangat berdoa, agar tidak terpasung dalam kebatilan yang kelihatannya benar dan kebenaran yang difitnah sehingga nampak seperti kebatilan.

Dalam kuliah Subuh Ahad lepas, Ustaz Sallehuddin telah berkongsi satu doa yang elok dibaca ketika di tahyat akhir, sebelum beri salam. Doa ini khusus untuk kita memohon kepada Allah swt agar dijauhkan dari azab kubur, azab neraka jahanam, kesesatan ketika hidup dan sewaktu nazak nak mati dan juga kesesatan yang dibawa oleh Dajjal al-Masih. 






Doa ini dia,bil dari kitab Perisai Muslim terbitan Telaga Biru.

...akhir kalam, wassalam



4 comments:

zara aulia said...

Kak jun ustaz don dah bagi kenyataan..kerisauan kak jun sama dengan kerisauan yg zara rasa sekarang...

luih myd said...

as salam ... so wardina lah yg menyuarakan bahawa Ust Don menggunakan hadis palsu .. ermm saya ada baca komen seseorang di FB tapi saya tak bertanya lanjut. Yerr .. memang bagi kita yang berusaha nak mentarbiahkan diri dan keluarga akan jadi KECOH, PENIN dan RISAU .. siapa yg betul ?? Muga ada pihak yang akan menjernihkan keadaan dan memberi pencerahan.

Anonymous said...

assalamualaikum kak jun yang dihormati,

faham saya sulitnya menimba ilmu agama. dunia sekarang memang tak boleh nak cop hitam putih direct. sebab banyak sangat grey area.

tapi saya ingat pesan ustaz nouman ali khan. tak payah taksub apa2. yang penting kita ikut quran dan sunnah. setiap ilmu agama (contoh hadith) kita verify.. verify your knowledge, katanya...

dan memang bila kita verify, kita nampak certain ustaz main quote je hadis palsu. saya respek bila sheikh2 yang bagi lectures diorng siap bg sandaran hadis mereka dari imam ahmad/bukhori/muslim... bukannya main sebut itu adalah hadis. at least kita boleh semak semula.

saya banyak dengar versi lectures dari sheikh2 yang berbeza. lebih kepada sheikh2 kat USA sebab mereka sangat verify knowledge mereka sebab mereka dah lama hadapai masalah dalam aliran yang berbeza.

try:
kalamullah.com (anwar alawlaki tu sangat best lectures dia utk sirah nabi dan hereafter, bilal danoun untuk purpose of life.. muhammad alshareef, alshinawy for vail or not to veil.. etc)

nakcollection.com (for nouman alu khan, more on tafsir quran and appreciate quran recitation)

komen orang berbeza.. bila cakap kat orang yang berbeza, org ni cakap yg tu extrimist lah.. terrosrist lah... tapi pada saya, yang penting knowledge yg dia sampaikan itu, bersandarkan hadis sahih dan quran. yang ingatkan kita tentang sirah, akhlak, baca quran, perkara yang lebih penting seperti kehidupan selepas mati, amal soleh, yang marah kita ngumpat mana2 sheikh, yang larang kita berakhlak buruk.

sekarang mmg ramai yang jadi keyboard warrior.. taip sana sini.. tangan lebih laju dari memproses maklumat dan berakhlak bila mengomen.

ada ustaz pernah tanya, adakah bila kita belajar quran, mampukah bacaan kita itu buatkan kita menitis airmata bila bercakap dengan tuhan masa solat/ masa baca quran itu?

sorry panjang lebar menulis... love you lillahitaala kak..

umi azrini-manama bahrain.

Intan Saffyna said...

hi,singgah follow blog awak :)

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007