Followers

Friday, April 25, 2014

Menantu nan Satu

Assalamualaikum

CATATAN ini untuk kenangan kami sekeluarga.

:-))

SELAMAT harijadi diucapkan kepada menantu saya yang baik hati, Nik Aizu. Alhamdulillah. Semoga Allah Taala memberkati setiap saat usia menantuku ini yang sungguh tidak banyak kerenah dan begitu memahami. Sejak mula kenal sampai ke saat ini, kami sekeluarga sentiasa berasa selesa dengan kehadiran Aizu. Anak yang beriman dan berhemah, tidak sombong, tak berkira dan langsung tidak reti membezakan antara keluarga kandung dan keluarga mentua. Emak ayah Aizu memang orang yang baik dan berhemah, jadi begitulah juga sifat dan sikap Aizu -- saling tak tumpah! begitu sekali saya memuji-muji, dan pujian yang lebih layak tentu kepada Allah swt kerana mentakdirkan saya mendapat menantu yang baik hati. Thank you Allah swt. Semoga kasih sayang di antara kami sekeluarga akan berpanjangan sampai ke syurga. Amin.



...menatap gambar ini membuatkan airmata saya bergenangan. Aizu dan arwah bondanya, Allahyarham Engku Rafidah Engku Chik yang sungguh akrab. Kini sudah lebih sebulan arwah meninggalkan kami.  

Pastinya pada tarikh ini, 29 tahun lalu, arwah adalah ibu paling gembira kerana selamat melahirkan seorang anak lelaki yang kini sudah pun dewasa dan menjadi pelindung keluarga. Empat tahun arwah terlantar akibat barah paru-paru, Aizu sentiasa di samping bonda. Setiap hari tugas Aizu (dan adik lelaki bongsunya) ialah mendukung bonda, sama ada arwah hendak ke bilik air atau melunaskan apa juga keperluan harian. Hati emak mana yang tak sejuk...kan? Walau pun pada awal perkahwinan Alia dahulu saya sering menangis kerinduan kerana sudah berpisah bumbung dengan Alia, tapi apabila mengingatkan arwah lebih memerlukan kehadiran anak (dan menantu) di sisinya, maka saya redho dan menerima keadaan seadanya. 

Didoakan semoga Aizu (dan Alia) juga akan dirahmati dengan zuriat yang baik budi dan beriman juga, sama seperti ayah dan bondanya.

Akhir kalam, wasalam


1 comment:

NBK said...

Happiest bd to aizu....indeed a pleasant and cheerful person

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007