Followers

Saturday, February 1, 2014

Malam Berkisah Semalam

Assalamualaikum

DULU...satu waktu dahulu, semasa masih muda belia, tenaga banyak dan tak reti dok diam, rutin kehidupan harian banyak berlegar di dunia luar saja. Balik rumah cuma untuk tidur. Teringat zaman bujang, waktu tu emak ayah tinggal di Shah Alam, jadi kalau nak ke pejabat di Taman Tun Dr Ismail, saya kena naik dua atau tiga bas. 

Jadi sebab tak larat berulang-alik dan masalah transport maka saya minta izin ayah untuk menyewa bilik di Damansara Kim, duduk sebilik dengan kawan, Berry sebab sewa bilik sangat mahal. Keluasan sekangkang kera dah cecah RM200 lebih.  Jadi kalau kongsi berdua, tak terasa sangat disengat.

Lagi pun me and Berry serasi, jadi boleh tahan bekerja satu pejabat, buat majalah sama dan balik bilik tenguk muka dia juga. Tapi, nama saja sebilik, kalau musim sibuk kami susah nak bertentang mata, memang tak sempat nak jumpa. Balik kerja lewat jadi biasanya Berry (kadang-kadang saya) dah tidur dulu. Begitulah kisahnya. 

Senyum sendiri saya sambil menaip cerita ni sebab kembali teringat semua kenangan manis semasa menyewa sebilik dengan Berry pada awal 1990. Infact, memang tak ada yang pahit hidup sebilik dengan Berry. Dia adalah kawan sekelas di Kolej Tengku Kurshiah dan juga di masscomm ITM. Tak jemu pulak kami ni kekal sebumbung untuk beberapa tahun, hingga saya kawin pada Disember 1990. Berakhir satu bab - episod zaman bujang.

Apapun banyak kenangan mencari berita dengan Berry. Kami tawaf satu KL, mencari cerita dan kena rajin pasang telinga. Maklumlah, dulu bukan macam sekarang. Semua urusan temujanji wajib dibuat di pejabat sebab telefon tangan belum keluar lagi. 

Tapi dah ada desas-desus mengatakan satu fenomena baru akan berlaku dalam dunia komunikasi yang akan menyebabkan semua manusia akan histeria! oh! Tak sabar. Memang tak sabar nak menunggu kemunculan ciptaan teknologi terhebat ni. 

Dan, tak berapa lama selepas itu, kelihatan beberapa manusia jutawan membimbit telefon macam ni...yang membuatkan semua terliur dan hanya terpaksa melihat sambil menggigit jari. 


Gambar kredit lowelldees



Aduh! Dalam hati berangan, bilalah boleh dapat sebiji, baru senang sikit hidup ni. Tak payah kita kena terpacak kat pondok telefon awam, tunggu giliran. Orang yang berbaris ramai dan lebih malang lagi kalau si polan yang tengah bercakap tu sedang diamuk cinta, teraniaya kita dibuatnya sebab kena tunggu berjam-jam. Maklumlah fitrah orang tengah bercinta, manja lebih dan merajuk pun suka lebih-lebih. Kalau nak menghabiskan satu ayat pun makan masa dekat sejam. Siapa kena letak gagang telefon dulu, pun, menjadi persoalan!

"Ala.....sapa nak hang-up dulu?"
"You la..."
"Ala..you la..."
"You la...."

Olo olo olo...kalau tengah bercinta, semua sweet. Semua cute. Nak stop sembang pun rasa macam nak putus nyawa. Tak sanggup berpisah. Tapi cuba kalau si polan dah kahwin seabad, dia akan telefon 'orang rumah' cuma nak cakap hal penting saja. Itu pun tak ada mukaddimah. Takda hello, takda apa, terus ke tajuk berita..."eh! Awak kata tadi nak beli telor masin sekilo?"
...bla...bla...bla...bla..!
Laju macam peluru.

Kalau nak letak pun phone pun main pap jer. Takdalah nak cakap yang sweet sweet dulu sebagai akhir kalam.

Jadi, berbalik cerita telefon bimbit selular tadi, walaupun besar gedabak macam bateri kereta, di mata umum benda ni tetap awesome. Lambang status dan kekayaan tu. Tapi bagi saya, tak kira status ke, kaya ke, kalau dapat sebiji memang senang hidup aku sebagai wartawan kelas marhaen.

Maklumlah, senang nak cari berita. Kalau ada kecemasan, mudah kita nak berhubungan dengan semua pihak. Tapi, nak buat macam mana sebab teknologi baru, limited dan mahal mengaum harganya, jadi, ko pandang sajalah ya Jah. 

Antara insan selebriti yang terawal berjaya memiliki teknologi komunikasi canggih ini di Jalan Riong/Jalan Liku dahulu ialah dua pengacara TV yg sangat glam. Ternganga mulut kita ni tenguk wartawan cun tu bimbit telefon bimbit gedabak berkilo beratnya tu. Mak aii....kagumnya. Dalam hati terus tumbuh bunga,  kembang setaman sebab percaya satu hari aku mesti aku dapat.

Begitulah kisah.

Emm...saya nak cerita apa sebenarnya tadi. Dah hanyut ke laut. Jauh sungguh...! Daripada nak bernostalgia pasal kisah di majalah Perempuan dan kenangan manis dengan my mantan teman sebilik, si Berry, dah melalut ke cerita pasal handphone bagai...memanglah!

Tapi dah terlanjur cerita pasal handphone, saya nak terkenang-kenang semula semua jenis handphone yang pernah saya pakai dan berapa banyak duit sudah hangus. Kalau beli gelang emas, rantai berlian, dah penuh berapa biji bekas tupperware. Kan? Maklumlah, harga handphone berteknologi canggih mahal - dan tak pernah turun sejak 20 tahun dulu. Antara yang termasyhur ialah Motorola dan Nokia.




Captions: Bayangkan handphone gebadak macam ni, kalau nak buang air siksa ni. Nak simpan dalam handbag besar nau....kalau nak letak kat lantai, basah pulak..LOL!

Kalau handphone yang baru launch, mesti harga cecah tiga, empat ribu. Dan yang lawaknya, masa tu bukan semua orang boleh pakai kad kredit, kecuali yang bergaji tetap dan melebihi dua, tiga ribu saja. Syarat pinjaman memang sungguh ketat. Maknanya, yang bawah bergaji bawah 1k telan air liur sajalah ya. Kalau nak juga handphone, korang kena menabung. Lambat sikitlah cara konservatif ni. Kan! Mana boleh tahan tenguk orang mula menayang handphone. 

Jadi ada di kalangan handai taulan yang main kutu, pinjam koperasi atau request company bagi pinjaman (potong gaji bulanan), demi memiliki sebuah telefon genggam. Gitew

Apapun, saya memang tak layak untuk semua yang disebut di atas kerana gaji budak baru grad cuma RM450 saja. Jangankan nak main kutu, nak menabung pun tak cukup. Kalau nak minta pinjaman company, pun, tak tergamak sebab duit gaji tu ngam-ngam saja untuk bayar sewa bilik RM100, tambah lagi RM20 untuk bayar api, air dan tabung kecemasan, bagi mak RM50 dan selebihnya untuk tambang bas mini dan makan. Teksi adalah kenderaan mewah sangat bagi saya.

Bab bergaya pun kena 'ukur baju di badan sendiri', txapi dengan sisa gaji tak seberapa maknanya tak dapatlah melaram. Pakai saja apa yang ada sebab waktu tu. Hai banyak sungguh keinginan, sempitnya kemampuan. 

Begitulah kisah untung nasib di masa lalu.

Apapun kisahnya semua itu sudah menjadi kenangan. Entah apalah mimpi tiba-tiba malam ni nak bernostalgia pula. 

Ok, Saya pun dah mengantuk tak larat dan nak jadi penglipurlara. Akhir kalam, 

Wassalam

2 comments:

Nieda ramly said...

best baca nastolgia kak JUn....

Jun Cupcakekasih said...

Thank you nieda. Kenangan memang enak dikenang-kenang....

BAKING FOR KING

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007