Followers

Wednesday, December 4, 2013

Rencana Tak Berjadual

Assalamualaikum

HARI ini, pagi tak pagi, kawan yang tinggal nun jauh di kaki empangan gadang di pinggir kotaraya menelefon, ajak sarapan. Dek kerana dah lama tak jumpa si polan, maka saya turuti saja. Hajat nak sambung, kisah adik Puan Y tertangguh lagi. Mulai esok sampai Jumaat depan, jadual saya agak padat dengan tempahan kek hantaran. Hanya hari ini saja yang masih ada ruang kosong. Jadi anggap saja ini langkah kanan. Walaupun tak direncana, tapi dah depan mata...ok, saja.



Walaupun terpaksa menempuh sesak di sepanjang NKVE, saya redah saja. Dah memang fitrah lebuhraya ini yabg bertukar menjadi medan balapan kura-kura dan siput sejak setahun, dua kebelakangan ini. Dulu, maksud saya, semasa saya dok berulang-alik ke pejabat Cosmopolitan, sesak padat hanya di tol Damansara sahaja tapi sekarang sudah berjangkit sampai ke tol Subang. Kesian kat orang yang dok ulang-alik kerja kat serata Lembah Klang ni, masa mereka banyak terbuang kat atas dada jalan saja nampaknya.


Caption: kalau dah lapar, semua sedap. Tambahan pula kalau mengadap ramai-ramai sambil sembang penuh mulut. Alhamdulillah....

Nak buat macam mana, nak hidup. Kena saja diteruskan. Kot kerana itulah saya dah lama mengelak lepak di Ikea walaupun suka cuci mata dan jamu selera di situ. Biasanya kami bergebang sampai petang. Tapi dek kerana nak ambil Arina yang beraktiviti di masjid al-Falah (kem remaja cuti sekolah) maka kami pamit sebelum azan Zohor berkumandang. 

Apapun, dalam perjalanan balik ke rumah usai brunch, kawan Whatsapp mengenai Ustaz Kazim @ UKE. 

Oh! Dia tak jadi menyertai MT. Baguslah....sebab keputusannya itu boleh menyejukkan sikit cuaca di alam maya yang sudah sarat dengan pelbagai spekulasi. Saya tidak sokong mana mana pihak atau parti pun tapi saya suka juga pendekatan usrah tazkirah UKE yang lebih fokus kepada hubungan dan kasih sayang.  Dalam lembut, UKE tegur cara orang kita menjalinkan perhubungan di antara suami - isteri - anak - mentua taya....dan handai taulan. Dalam gelak, ada yang terkena, ada yang tersindir dan ada yang terasa.

Kata orang tu, umpama sambal belacan penyedap nasi, gula kabung penyedap cendul - maka UKE bagai cermin yang membiaskan rupa wajah orang kita yang kadang-kadang ibarat dacing patah -- semut di seberang laut nampak tapi gajah di tubir mata buat buat buta.

Pesanan orang beriman -- kita jangan jangan hitung berapa orang yang benci kita, yang sakit hati tak tentu pasal dengan kita dan sentiasa melihat kita ini berdosa saja. Sebaliknya, lihatlah kepada jiwa yang lapang, yang sudi berbuat baik kepada kita walaupun kita tak pernah mengenali mereka, yang sudi menerima kita seadanya dan tidak mengharapkan apa-apa pun balasan daripada kita kerana keredhaan Allah swt itu yang lebih utama. 

Allah Taala tidak akan menurunkan banjir dan ribut taufan, tanpa menciptq pelangi dan bayu yang tenang. Jadi, belajarlah berlapang dada.

Captions: Terjaga di tengah malam, mesej masuk, oh! Allah swt mengirimkan seorang sahabat yang berjiwa besar, yang sering mengirimkan ucapan manis dan semangat. Thank you Allah atas semua nikmat anugerah!

Begitulah kisahnya....



METEORA USJ Taipan
 (sebelah restoran mamak Makbul)

Apapun, episod makan dan baking sepanjang cuti sekolah ini pasti akan menyebabkan ukur lilit pinggang saya bertambah juga seinci dua. 

Well....! Rezeki jangan ditolak, sakit jangan dicari...geruh usah dipeduli. 


#cupcakekasih

Akhir kalam, wassalam

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kadang-kadang rasa lagi penat perjalanan pergi balik kerja dari bekerja itu sendiri..