Followers

Wednesday, November 27, 2013

Mateora

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH, selesai sudah kerja saya untuk pagi ini. Sejak semalam saya sibuk membuat bunga gumpaste. Disember bulan pengantin baru. Jemputan dari saudara-mara di Tangga Batu bersusun-susun. Saudara-mara encik Suami memang sangat rapat, sampai dua, tiga pupu, pun, masih keep in touch. Mesra bebeno. Semasa majlis pernikahan Alia tempuh hari, sunyi sekejap Melaka sebab semua berombongan turun KL sebab nak meraikan kenduri anak sulung kami itu. Jadi sekarang ni giliran saya pulun buat apa yanga patut, supaya Sabtu dan Ahad boleh dikosongkan untuk memenuhi segala undangan dan jemputan. Hanya Sabtu minggu ini saja saya reserved untuk kelas bunga gum paste. Selepas sesi yang ini, mungkin awal tahun depan pula kelas aktif semula.


Jadi saya minta maaf kerana ada juga bekas peserta kelas saya yang dah bertahun-tahun dulu, tiba-tiba email minta salinan resepi itu dan ini. Kalau yang baru datang sebulan, dua lepas mungkin saya masih ingat muka dan nama you all. Tapi kalau dah dekat lima tahun....memang panjang cerita jawabnya.  Memang saya tak boleh nak bayangkan langsung macam mana rupa wajah korang. Jadi janganlah kecil hati ya sebab masa tu berharga, lagi pulak bagi yang tak ada pembantu macam saya ni.  Masa untuk diri sendiri pun kena budget.  Sekali lagi...sorry.

Itulah saja untuk kali ini, sementara menunggu kelopak peonies dan roses kering, saya nak pergi ngopi dulu. Jom!








Jadi kalau ada yang nak merasai kesedapan masakan Alif, bolehlah mencari Meteora. Suasana sangat santai. Cosy. Restoran ini terletak di deretan rumah kedai, kira-kita 5 minit berjalan kaki dari masjid al-Falah. Kopi saya dibelanja Aida, yang juga kawan baik kepada ibu Alig. Kopinya memang sesuai dengan tekak saya -- hitam pekat, manis manis buah dan masih kekal sedap kelatnya walau pun kopi sudah sejuk. Memang menepati piawaian saya. 

Ok, sampai jumpa lagi, jom 'tenguk' kerdip bintang di Meteora.

Wassalam


2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

rajin sungguh kak Jun mengopi..

Jun Cupcakekasih said...

Ini saja cara berukhwah dan beriadah serikandi....kalau nak pergi aerobic dah tak larat. Nak pergi memancing pun tak berani nak redah laut dalam....kan