Followers

Tuesday, November 26, 2013

Isi Setengah Hari

Assalamualaikum

MINGGU kedua cuti sekolah. Sekiranya masih belum ada aktiviti untuk anakanda tercinta, mungkin boleh daftar mereka menyertai program cuti sekolah masjid Al-Falah di USJ 9. Ada kem hafazan, tadarus dan kem tajweed untuk anak yang bersekolah rendah dan menengah. Saya berasa lega sebab dapat memisahkan sekejap Arina daripada dunia kartun animenya itu. Kelas bermula dari jam 8.00 am sampai selepas Zohor. Emak juga boleh join kuliah harian di masjid. Ada kelas Fiqh wanita, tajweed, segala macam kitab dan tazkirah umum. 

Memang kalau tak biasa, kita berasa segan nak masuk kelas sebab melihat penampilan teman senior yang menebal aura muslimah, dah macam ustazah juga gayanya. Saya terasa sangat kecil...kerdil. Tanya apa saja, mereka tahu jawapannya. Semasa mula-mula nak tumpang sekaki, menghadiri kuliah dahulu, saya ajak Alia, sebagai peneman dan penguat semangat. Maklumlah belum tahu cara dan adat istiadat. Tapi selepas itu, saya redah saja mana-mana kelas yang ada. Sebenarnya inilah penawar hati yang paling mujarab. Percayalah. Bumi mana tak ditimpa hujan. Hati mana yang tidak ditiup segala bisikan...menyebabkan kadang-kadang susah juga nak berlapang dada. Asyik berkeluh-kesah saja. Benda simple pun terasa macam gunung dah nak terbelah dua. Pandang cermin terasa dunia sedang mentertawakan kita. Itu tak kena, ini tak kena. Luah kat FB kat situ....kat sini. Payah juga.

Memang kalau tak biasa, kaki tu berat saja nak melangkah. Rasa cuak juga. Cari 'kuliah' kat Starbuck, kat kelab, kat karaoke. Wal hasil balik asal. Kegembiraannya seperti naik roller coaster....sekejap saja. Balik rumah, melihat empat dinding, mula kembali pening. Nak bercerita kat kawan pun setakat manalah sangat kan, banyak buruk dari baiknya. Jadi kalau masih belum jumpa penawar, cuba-cubalah tips yang satu ini pula. 

Apapun, coretan untuk anak dan diri sendiri juga.



Rakaman Halaqah untuk Raudah di Hatiku, TV9, penceramah Ustazah Isfadiah yang sangat sweet.

Akhir kalam, wassalam.

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

jarang berpeluang menghadiri kuliah macam ni kecuali anjuran pejabat.. nak heret kaki tidak berteman, tak tahu bagaimana hendak digagahkan..