Followers

Friday, November 22, 2013

Hanyut ke Laut!


Assalamualaikum

NAMPAKNYA sepanjang cuti sekolah ni saya 'bekerja' tiga shift. Anak macam burung helang, asyik keluar masuk dapur mencari kudap -- tawaf dapur berpuluh-puluh kali sehari. Sekejap sekejap buka peti ais. Sekejap sekejap buka tudung saji. Macamlah ada magis, setiap kali buka...ting....terhidang juadah baru!

Naik risau pula kita tenguk. Makan, main....makan, main! Nak buat apa lagi sepanjang cuti sekolah yang berabad ni. Betul tak?

Semua kawan-kawan bersungut hal sama.  Lumrah anak zaman celik IT ni yang suka.melingkar depan komputer. Jenuh kita kena buat jadual harian dengan bermacam-macam aktiviti untuk mengisi masa mereka. 

Dulu semasa masih bekerja, kita sogok je anak dengan toys dan holiday 5 bintang. Tenguk anak ok saja, makan cukup, tidur cukup, makan cukup, maka kita pun leka bersilat kat pejabat sampai tengah malam. 

Takkan nak ambil cuti memanjang. Nak
Memang besar cabaran yang perlu dihadapi ibu bapa akhir zaman sekarang. Majoriti anak kena membesar sendiri. Hanya ada gadgets untuk menghibur hati.  Secara tak langsung, jiwa mereka diasuh Angry Birds dan Sponge Bob. Aduhai. 

Kalau yang jenis suka seni ni, maka jadilah macam Arina, mula hanyut dalam dunia anime. Hujung tahun lepas kami bagi dia laptop sebagai hadiah untuk 5A UPSR. Dan hasilnya, mulalah dia melukis setiap hari. Tak tau pula dia boleh suka anime. Awalnya cuma  lala-ala orang lidi, tapi sekarang sangat kemas dan cantik. Tapi saya rasa tak berapa nak happy, sebab yang kita harap lain, takut nanti jiwa raganya berpaksi ke lain.

Begitulah kisahnya.

Tapi, sebenarnya, bukan anak kecil saja kalah dengan segala macam gadgets IT ni, mak bapak pun sama juga. Celik mata saja, benda pertama dicapai ialah handphone. Sebelum tidur pun, benda terakhir yang dibelek -- handphone. Ada juga jenis yang nak verra pun bawa handphone. Nasib tak baik, jatuh dalam lubang najis tu. Hangus Samsung beribu-ribu. 

Saya berseloroh kat encik Suami, "untung jadi handphone kan!?"
"Kenapa." 
"...sebab suami lebih banyak timang handphone dari bini sendiri."
....kan!

Begitulah kisahnya....

Sebenarnya, hal ini bukan lagi boleh dipandang remeh. Tidak boleh lagi dijadikan setakat topik sembang petang sahaja. Tapi wajib ditangani oleh pakar. Kita perlu buat lebih banyak bengkel, forum dan kempen di semua peringkat umur. Gunakan masjid, sekolah, masjid dan kedai kopi sebagai tempat muzakarah bagi membentuk masyarakat yang bijak menghadapi fenomena akhir zaman.  Bak kata radio Ikim, teknologi dikuasai bukan menguasai. 

Agree.

...sebab kita ni nama saja maju dari segi teknologi dan material tapi belum maju dari segi minda (apa lagi iman?).  Bab iman tu kita tak boleh kupas panjang lebar, sensitif. Tapi hakikatnya, satu waktu dahulu, saya pun gila main Farmville. Ingat tak? Setiap hari berebut nak jenguk ladang alam maya, nak bercucuk tanam dan menuai. Nak beli segala permainan dan tawaran. Nak kira berapa jumlah keuntungan dan  tabungan. Terleka sangat dengan tipu muslihat di sebalik permainan yang sebenarnya mencuri banyak masa itu. Bak kata orang, menang sabung, ayam tergadai (rumah terbarai). Mujurlah cepat sedar diri dan tak sentuh dah benda-benda tu. Kalau sebut taubat, bunyinya macam alim sangat, kan. Muntah pula yang mendengarnya. Jadi, kalau kawan minta 'life' kat saya untuk main candy crushd (serius, saya tak faham apa maknanya tu), saya jawab saja, "aku buta huruf,  tak reti bab bab IT ni. Jadi aku tak cerdik nak main candy candy ni."

Terkejut beriya pula si kawan mendengarnya. Adakah muka saya ni muka kaki games!?

 "Ko tak main candy crush? Serius?" 
"Tak. Aku tak reti.  Aku sibuk berzikir 24 jam atas sejadah. Ko tak tau lagi ke? Sibuk Hafal nama nabi."

LOL! 

....tapi, bak kata orang bunian,  dah tua buatlah cara tua. Udah udah ler tu (satu lagi peringatan untuk diri sendiri). Bukan saja kena taubat Farmville, tapi taubat telenovela juga (satu lagi peringatan untuk diri semdiri). Selepas terpedaya dengan beberapa siri telenovela Indonesia dan Korea (sampai tergila-gila Jang Nara), akhirnya cerdik juga emak bonda, langsung sedar diri dan tak kuasa dah nak berjemaah depan skrin TV tu berjam-jam. Kalau tidak tentu sekarang ni terjebak dengan telenovela Melayu yang penuh dengan adegan cinta sambang dan watak hero lelaki yang tak berpendirian dan tak beriman. Cinta berlandaskan apa entah....! Sekarang ni trend cerita kawin paksa, ala ala kawin dulu cinta kemudian, jadi penuhlah dengan plot dan sub-plot dan perkembangan watak yang jahil lagi menjahilkan. Saya pun pernah buat novel dengan intipati cerita serupa, 10 tahun lalu, dan sekarang ni menyesal pula. Terasa bo*** sangat dan tak bangga langsung dengan kewujudan novel tunggal tu. Cukup sekadar pengalaman. 

Berbalik, bab telenovela ini, dah ler jalan ceritanya hanyut ke laut, tayang pula time orang nak solat Maghrib. Perfect! Bukan saja anak dara muda remaja saja yang tergila-gila Mr Arrogant. Emak yang cecah umur 'maghrib' pun hanyut sama. Kesudahannya, emak dengan anak sama-sama solatd epan tv, terkejar-kejar semasa tayangah iklan. Kesiannnnn!

Agaknya apa perasaan penulis skrip, pengarah, penerbit dan seluruh tenaga produksi yang terlibat denga pembikinan cerita lara macam ni apabila hasilnya, masyarakat jadi haru macam tu!? Wallahuaklam. Kita bukan ustazah. Tak reti nak bagi dalil dan hujah. Anggaplah pendapat sesudu ini sekadar garam, cuka...rempah perencah. Minta mahap ya Jah!

Akhir kalam, 
Wassalam

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehehehehe.. sengih ear to ear baca bebelan Kak Jun ni.. p/s sebut Mr Arrogant tu, kita terasa tauuu.. tapi taklah solat smpi depan tv, kui kui. Untung org Johor, sepanjang tayangan LYMA tu, maghribnya awal... tapi terjebak dgn cerita tu jerlah, cerita lain yang apa tu... playboy2 tu?? Kirim salam jer..

Bintangjauh said...

Salam Jun,

Terlebih dahulu, segala pujian keatasNya sahaja yakni didahului untukNya semata... dan kemudian bagi simanis manja Arina yang berbakat tinggi seni lukisannya biarlah berkembang mekar seni tersebut sebagai duduk diam didalam ketenangan yang berilham luas lagi tinggi, Alhamdulillah...

Jun, trigin Ratna akui bahawa Ratna tempat duduknya sahaja diperantauan yaitu negara Peranchis yang teramat sesangat famous dengan segalanya "haute" sana dan "haute" sini yang juga bernama "savoir vivre" itu, namun... pengetahuan Ratna terhadap segala bagai "gadgets" yang terkini tidaklah Ratna kenal dan tahu, apatah lagi sedari bernafas kok tidak pernah bermain games semua karena sesungguhnya Ratna tidak senang dengan masa yang terluang dibuang dengan kesebokan jari jemari ligat bermain game yang terkenal itu, bagi Ratna tampak sumbang caranya... iya, Ratna kekok dengan benda-benda sedemikian dan mengaku kalah karena terkeluar dari kelompok orang yang ber-teknologie tinggi cara mengisi masa-lapangnya...

Begitu juga dengan siri-siri telenovela sememangnya tidak lansong Ratna tontoni, jadinya apa sahaja yang Ratna lakukan selama ini? Membaca dan membaca yang berfaedah dan menonton sesuatu yang pasti akan membuka minda kemuka dunia nan luas... kesimpulannya, pendekatan diri Ratna terhadap dunia canggih atau "happening" begitu terhad yang sengaja Ratna hadkan... semata bagi mengelakkan diri dari terkhayal, terjerumus, terkilan, terpedaya, terpengaruh, atau hanyut dek pengaruh yang sepatutnya dielakkan dari melihatnya, bukan Ratna tidak maju dan merdeka dimana keduanya Ratna punyai akan tetapi sudah-sudah cukup mengotori diri dengan yang bukan-bukan yang boleh mencicirkan diri menjadi lalai untuk menyempurnakan sebuah keimanan yang sememangnya belum tentu lagi sempurna...

Mungkin Jun merasa seperti Ratna menolak kemajuan duniawi yang seharusnya diselangselikan didalam harian hidup kita, namun dibawah perhatian Ratna selama ini kok wanita kita yang dikatakan maju kehadapan dan mewah sudah hidupnya dimana masing-masing bergaji tetap setelah lulus pengajian tingginya diatas hasil usahanya akan tetapi masih kelihatan daya pemikirannya baik dari segi pengetahuan agama dan semasa tampak merosot dan tumpul... jadinya bagi Ratna seorang yang berwibawa dan berhemah tinggi semestinya luas ilmunya yang tidak ditunjuk canangkan, sama seperti pabila bersedekah usah dikompangkan karena sedekah jariah tersebut akan hangus tidak dihisab/terima oleh Malaikat...
Rumusan luahan hati dari Jun terus membuka detikan pandangan Ratna bahawa Jun sudah nampak sinaran jernih nan gemilang yakni pintu hatimu sudah diluruskan lagi diberkati olehNya... Ahamdulillah.. Amin.

Salam mesra semanis madu.