Followers

Sunday, November 24, 2013

Cinta Berbunga, Merah Menyala

Assalamualaikum

HARI ini terang benderang. Cantik panasnya dari pagi sampai ke petang. Esok Isnin. Kesian encik Suami dan yang seangkatan dengan beliau, akan mengheret kaki ke pejabat. Boring ek? Dah sedap-sedap cuti dua hari. Boleh buat apa saja yang disukai. Tiba-tiba kena kembali ke pejabat. Kan! Ada oramg tak sabar nak pencen. Ada orang tak sabar nak berhenti kerja. Dah penat kerja. Dahenat redah jalanraya. Dah tak larat redah jam.

Ingat yang positif saja. At least ada kerja. Masih ada arah tujuan setiap pagi. Masih ada kenderaan untuk dipacu tanpa perlu menunggu bas berjam-jam. Betul tak? Bagi yang masih mencari projek untik memenuhi masa lapang, jom kita belajar cara mencanai bunga.

Bersama-sama ini saya kongsi gambar Aslina dari bangi. Kalau nak tahu As dahulu pegawai bank. Tapi dia bersara awal. Menurut As, dia nekad membuat keputusan tersebut selepas bank tempat dia mencari rezeki diserang perompak. "Masa itu saya memang ingat mati saja," kata Aslina. Maklumlah, muncung pistol dah di depan mata. 

Sesaat itu juga dia teringat anak-anak di rumah. Apabila episod ngeri itu berakhir, As ambil keputusan untuk berrhenti kerja sebab dia rasa belum puas membesarkan anak-anak. Belum puas menjadi suri rumahtangga. 

...kisahnya.




Caption: kalau ada yang bertanya, bolehkah pandai yang zero knowledge pasal gubahan kek ini belajar buat bunga gum paste? Jawapannya, ya. Aslina telah membuktikannya?


Kini masanya dihabiskan dengan menghadiri kelas agama serta menyertai kumpulan marhaban. Selebihnya, adalah untuk berpenat-penat untuk keluarga. Puas hati. Acara keluarga juga menjadi sesuatu yang istimewa dan kali ini As bersungguh-sungguh nak belajar teknik membuat bunga gum paste.  Dia nak menghadiahkan sebiji kek hantaran kepada abangnya yang sudah lama juga menduda, akhirnya terbuka hati untuk kembali berdua. Bak kata orang;

Apa guna memburu helang,
Andai tempua jinak di kaki,
Apa guna mimpi seorang,
Andai berdua, lebih bererti.

Gitulah kisahnya....

Jadi kepada sesiapa yang berhajat nak mengasah bakat seni kraftangan, serta menambah duit poket, boleh emel saya ya. Kelas ini paling sesuai untuk emak yang ada ramai anak yang akan berkahwin dalam tempuh terdekat. Maklumlah, sebiji kek hantaran pun dah beratus-ratus ringgit jadi kalau kita pandai menggubahnya sendiri, sudah besar maknanya. Bayangkan kalau satu kek hantaran size 8" (bulat) dah cecah lima, enam ratus, apatah lagi kek bertingkat-tingkat. 


Caption: Ini pula kek hantaran yang ditempah lina untuk saudaranya. 

Bahan mentah membuat kek sekarang sangat mahal. Tapi sebenarnya harga kek tidak banyak berubah sejak lima tahun lalu. Naik meroyan juga apabila tenguk harga butter dan gula melambung. Belum lagi harga petrol yang terus naik dan naik, bagai terus mencanak ke langit. Itu juga antara sebab saya fikir 100 kali sebelum ke Bake With Yen di Puchong. 

Jadi, kepada yang berminat, sila tanda tarikh 30 Nov 2013. Sepanjang Disember saya tak dapat dah nak selit mana mana tarikh untuk kelas dekorasi kecuali yang nak ambil pakej besar-besaran dan eksklusif sahaja. Maksudnya, bukan saja belajar masak kek, tapi dekorasi juga dan buat blog. Ok kan!?

Bagi kelas bunga gum paste ini, pengerasnya hanya RM550 sahaja. Ini termasuk cara masak gum paste, masak fondant, canai gum paste, terap bunga, mewarna kelopak dan daun, buat peonies, bunga rose XXXL, petunia, daffodil, carnations, calla lily dan juga cutters bunga-bunga ini. 

Tarikh: 30 November 2013
Hari: Sabtu
Lokasi: USJ, Subang Jaya
Masa 10 am - 5 pm


Akhir kalam, wassalam

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedap pantun Kak Jun...