Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, February 10, 2013

Puspa Ungu dan Merah Jamu

Assalamualaikum

SELAMAT pengantin baru kepada pasangan yang bernikah semalam, hari ini dan esuk. Semoga kekal bahagia dan berbahagia hingga ke syurga. Ini saja gambar yang sempat saya ambil untuk kek hantaran kali ini. Selalunya encik Suami yang tolong saya bab ambil gambar ni. Kita dah penat buat kek, malas betul nak prepare untuk photography session. 


Jadi, kalau encik Suami ada, kita boleh jadi juri awam sajalah. Bagi pendapat begitu begini. Dia pandai adjust kamera DSLR tu. Walaupun cuaca mendung, hujan lebat macam mana sekali pun, gambar tetap jadi cantik di tangan kekanda. Kalau kita yang ambil, main tekan butang 'auto' saja dan snap. Letihnya. Mana nak cari angle, mana nak control cahaya. 

Budak kucing dua ekor ni -- Mae and Dawn pula suka mengacau. Suka sangat melintas-lintas bila kita nak snap gambar kek tu. Nak enter frame.  Jadi, kerja menjadi bertambah lambat. Memang saya menaku kalah bab ni. Lebih baik buat kek dan uli bunga gum pastesaja. Lebih mudah.  Bak kata orang, hanya 'jauhari yang kenal manikam'.



Puas kita cari angle. Cari cahaya. Gambar kelabu juga. Ini saja yang terbaik.

********************

Selamat Pengantin Baru Shahrizal.





Ok, kalau kek ungu itu untuk Shikin, kek pink atau merah kesumba ini pula ditempah Syahrizal. Iya, memang kedua-dua kek ini sama dari segi rupa gayanya, cuma berbeza warna. Penempah kek ini tidak mengenali antara satu sama lain. Seorang nak bernikah di Johor Bharu dan seorang lagi nak bernikah di Utara. Tapi ternyata Shikin dan Shahrizal memilih tatarias kek yang sama. Kebetulan sahaja. Memang selalu juga jadi macam ni. Saya terpaksa membuat 3, 4 biji kek hantaran untuk satu minggu yang sama, tetapi ditempah oleh pelanggan yang saling tidak mengenali antara satu sama lain. Hanya tatarias saja sama. Warna juga lain. 

Antara warna yang menjadi pilihan pengantin ialah merah jambu, ungu, krim, keemasan dan biru. Tapi ada juga yang minta merah, hijau (bunga hijau) dan hitam (putih). Kelabu juga ada, tetapi kalau nak tahu inilah pilihan warna paling elegan kerana selepas disapu dengan edible dust berkilau-kilauan, nampak macam perak (silver).


captions: Ada yang bertanya, bunga di atas kek itu boleh dimakankah? Iya. Boleh dimakan seluruh kek ini...bunga, daun, tangkai...kudup...sebab saya membuat bunga ini dengan jari jemari saya sendiri, menggunakan gula aising dan gelatin. Dimasak dan diuli sebati, kemudian disimpan 48 jam, baru boleh dicanai satu persatu untuk dijadikan kelopak bunga dan daun yang pelbagai warna. Sebiji kek biasanya memerlukan 10 kuntum bunga dan memerlukan masa sehari suntuk untuk menyiapkan jambangan bunga seperti yang dimahkotakan di atas kek Syahrizal ini. 

:-))



Apapun, merah jambu memang sangat comel dan boleh juga menjadi sangat romatik dan kalau yang suka keindahan taman Inggeris (shabby chic) maka jambangan mawar merah jamu pelbagai serakan cerah dan terik warnanya adalah pilihan yang sangat tepat.




Berbalik kisah kek Syahrizal ni, saya rasa bakal isteri Syahrizal (now mungkin sudah pun berakad nikah) sangat bertuah kerana suaminya ini sangat teliti orangnya. Jelas tergambar perwatakkan Syahrizal melalui email dan sms. Susun atur bicaranya sangat sopan tetapi tegas.

 

Akhir kalam, selamat menikmati hari minggu. Wassalam.

4 comments:

Amie said...

Cake tu nampak so sweet! Warnanya menawan!

Mama Mirza said...

Salam k jun... cantik.. seperti biasa.. dan skill saya pula akan teruji bulan 3 nih.. nak buat untuk adik yang akan bertunang... doakan saya ya sifu.. hehe..:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

warna kelabu memang klasik, kan...

zuwaidah said...

Sangat cantik