Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Wednesday, February 13, 2013

Nikmat Hari Ini

Assalamualaikum

CUTI memang menyeronokkan. Semua ada di rumah -- anak, suami dan saudara mara. Tak ada apa yang kita buat, kecuali sesi masak memasak, makan makan, sembang sembang dan jalan jalan.

Kami sekeluarga tak ke mana cuti panjang kali ini kerana my bonda dan my adik, datang bercuti ke KL.

Awalnya saya dah berpakat dengan adik di Nilai, Nannie, nak turun ke Kuantan. Dah lama tak tenguk ombak dan laut. Nak main pasir dan kutip serpih karang, juga kulit kepah dan siput. Tapi dek kerana orang Kuantan (Dr N) pula yang nak bertukar angin, nak menikmati dingin bayu dari puncak 'istana hinggapnya' di Kota Damansara, maka kamilah berbondong-bondong yang ke kondominiumnya. 



captions: Geram sebenarnya tenguk air yang gebu kebiru-biruan ni. Rasa nak terjun juga dalam kolam. Dah lama tak berenang, harap-harap masih ingat lagi cara kuak lentang!

Kasih dan Arina paling seronok apabila disuruh bersiap dengan segala baju mandi dan tuala. Budak budak semua sama, suka kalau dapat berenang-renang. Adam pula nak jumpa Muaz.

Lama tak jumpa, dah besar dan bertambah hensem anak saudara saya yang satu ni. Jarang sangat kami dapat berjumpa, sebab Muaz belajar di sekolah agama Tahfiz di Johor Bharu. Lima tahun berkelana di sana, baru sekarang tamat pengajian. Tunggu keputusan periksa. Apapun, memang berbaloi Muaz, dapat timba ilmu agama penuh dalam dada. Semoga Muaz dapat sambung belajar ke tahap lebih tinggi dan menjadi Da'i seperti Ustaz Zahazan dan Uztaz Habib Ali yang sangat diminati itu.

(Aminnn)

Kita cerita bab masak dan makan pula ya!

captions: Hari ini malas masak, kit makan rendang ayam saja sudahlah. 

caption: Ini pula masak lemak cili api terung tulang ikan kurau. Hidangan dua hari lepas, kita perhangatkan juga. Tetap sedap memikat.

Antara yang sempat saya adun ialah mee sup, buat brownies dan kek Pecan Butterscotch dan rendang ayam  masak lomak. Resepi rendang ayam ni semua tahu, senang sahaja. Saya cuma ditumbuk lumat 15 biji bawang merah dan 1/2 inci kunyit hidup. Ayam seekor, dipotong saiz sederhana. Tapi saya ni kalau makan rendang tak suka isi, suka bahagian banyak tulang macam kat rusuk dan bahagian belakang. Kalau bahagian banyak isi, saya hiris dan diasingkan untuk dimasukkan kemudian, selepas rendang mula renih dan santan memekat. Cili kering saya guna banyak juga, dalam 15 ulas dan tambah sedikit cili api. Tak tumbuk pun, masukkan sebiji macam tu biar lebih pedas. Santan pekat ikut suka. Kalau nak banyak kuah, lebih sedikit santannya. Biasanya kalau pakai santan kotak, saya guna dua kotak untuk seekor ayam bersaiz sederhana (anggaran 1.5 kg)> Tapi yang pentingya rendang ayam ni sedap kalau menggunakan ayam kampung atau ayam pencen. Daun kunyit mesti banyak. Harum...! Dikawankan pula dengan sepat masin goreng garing. I tell you, encik Roslan akan mengadap nasi senyap-senyap....sedar-sedar habis dua pinggan. Sedaplah maknanya tu.

Begitulah kisah sebuah minggu dan sebuah percutian.

Apapun, hujan pagi menyambut Rabu. Ramai dah kembali ke pejabat. Encik Suami pun begitu. Cuti berakhir, semua kembali ke alam nyata. Walaupun saya bekerja dari rumah saja tapi tetap memulakan hari seawalnya. Nak menjahit keperluan diri sendiri dan kelengkapan majlis kenduri. Dalam kepala ni dok fikir macam-macam benda, terutama bab nikah kawin Alia.

Alhamdulillah, setakat ni dah nampak dah 'jalan'. Cuma tunggu hari langsung saja. Semoga Allah swt permudahkan urusan kami.


Akhir kalam, wassalam




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

malas masak tapi ada rendang ayam??? ishhh! agaknya kalau rajin apalah menu yang keluar ya... lemak cili api terung dengan tulang ikan kurau tu nampak pekat memikat, patutlah ada yang makan senyap-senyap, hehehe...

Jun Cupcakekasih said...

Seri, kalau malas masak kita buat rendang ayam...boleh perhangatkan 2,3 hari. cuma tambah telur dada dgn sayur. Kalau rajin, kita buat rendang unta! he he he

NBK said...

Org sempat kuak lentang sekejap pg tadi

zuwaidah said...

Baru nak kata benda yg sama mcm sari. Tu diaaaa kak jun. Dlm kata malas nak masak ada rendang ayam. Haishhhhh sedap tu. Saya kalau malas masak, main tunjuk jari saja (haaaaaa kan dah pecah rahsia saya).