Followers

Monday, February 11, 2013

Mimpi Masjid Besi

Assalamualaikum

SEMALAM, belum pun 9.30 saya sudah berlayar ke alam mimpi. Penat bagai meratah seluruh badan. Acara keluarga berlangsung dari pagi sampai ke petang. Bermula dengan majlis bersama Yang Berbahagia Ustaz Datuk Dr Harun Din al-Hafiz, kemudian zohor di Puterajaya dan berakhir di Jalan Masjid India kerana mencari segala manik, jemeki dan permata maknikam.

Jadi, sebab itulah letih bukan main dan kelopak mata tak boleh nak dibuka, macam kena gam. Sebaik sahaja kepala mencecah bantal saya terus hanyut ke alam mimpi. Tapi tak ingat mimpi apa pun. Pesan ulamak, kalau tak mau diganggu kala tidur, eloklah sebelum tidur berwudhuk dahulu, kemudian baca 3 Qul sambil menadah tangan (seperti berdoa), kemudian sapu ke seluruh badan.

Dah tua renta baru nak amal sunnah Nabi (Saw) ini. Tapi, bak pepatah orang bijak, 'biar titik, jangan tumpah'. Orang putih kata, 'better late than never'. Maknanya, biarlah rugi sikit tak apa, jangan sampai tak dapat langsung. Apapun, bercakap bab mimpi ni, Ustaz Dasuki Abd Rani yang sering memberi kuliah Dhuha setiap Jumaat (di masjid an-Falah USJ 9) dengan mengulas kitab Ziarah ke Alam Barzakh ada menyentuh bab mimpi. Menurut beliau, ada bermacam-macam jenis mimpi kerana tidur itu sebenarnya adalah kematian (sementara). Roh keluar dari badan, dan kerana itu sewajarnya kita berwudhuk, membaca doa dan ayat-ayat suci al-Quran agar roh terpelihara. Tidak disergah hantu syaitan.

Kalau nak tau detail bab mimpi ni, tanyalah Ustaz. Jangan kita percaya kepada tukang tilik dan nujum. Tak berbaloi menjadi syirik semata-mata kerana nak mencari makna sebuah mimpi.

Dulu masa muda remaja, kalau mimpi dipatuk ular mesti saya senyum senyum suka sebab kata orang tua itu tandanya nak dipinang orang. Eh! Suka ya nak kena pinang?!

:-))

Tapi sekarang ni, tak teringat dah bab bab khayal macam tu sebab dok teringat ular yang menunggu kat dalam kubur, nak membelit mayat yang tak solat.

Nauzubillah.

Cuba rujuk laman web Masjid Wilayah, kalau nak tau cerita lebih lanjut pasal bab dibelit ular ni, terutamanya kalau kita suka meremehkan solat, apalagi kalau meninggalkan solat.

http://masjidwilayah.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=308:balasan-meninggalkan-solat-lima-waktu&catid=55:ilmiah&Itemid=132

Ok, setakat ini dulu perkongsian kali ini. Saya bukan pandai bab agama dan tidak juga cuba menjadi 'ustazah terjun'. Tapi saya suka nukil catatan penting begini di dada laman blog saya ini khusus buat anak-anak saya. Kalau blog ini wujud hingga ke akhir zaman kelak (dan tentunya ketika itu saya sudah mati) jadi saya berharap nota sesudu ini bermanfaat kepada ri anak cucu (dan seluruh keturunan) saya. In Sya Allah, ini akan memberi mereka ilham untuk mendalami bab macam ini dengan cara mereka sendiri. Itu saja.

Akhir kalam, saya kongsi gambar kubah masjid di Putrajaya, yang dipanggil masjid Besi. Semalam kami diundang makan kenduri di Presint 5 dan tertunailah hajat saya nak melihat keindahan masjid ini. Tidaklah lagi termimpi-mimpi. Cuma satu pesanan saya, kalau makcik pakcik, sakit lutut, kena bersabarlah sebab semalam escalator tidak diaktifkan. Tak tau sama ada ini amalan pihak pentadbir masjid di hujung minggu (tak pasang escalator) atau sebab tangga elektrik tu sedang dibaikpulih. Waullahu a'lam. Apapun, jenuh juga kita nak memanjat anak tangga.

Apapun, tak pergi ziarah rugi sebab masjid ini luas, besar dan sangat nyaman serta keindahan hiasan dalaman yang mengkagumkan.

Wassalam


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

rupanya ada makna lain di sebalik mimpi dibelit ular ya, adushh! Seram sejuk sy.. dulu sebelum dipinang tak pernah dapat mimpi dibelit ular ni. jelez betul kalau dengar ada kengkawan yg mimpi dibelit ular, huhuhu...

eh! dibelit ular ke dipatuk ular ya???

zuwaidah said...

Sari pernah mimpi patuk ular. Kak zu pernah mimpi mcm tu tapi malangnya masa tu dah kawin. Haaaaaa tu apa petanda lak tu.

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007