Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, February 25, 2013

Memori Datang dan Pergi!

Assalamualaikum

AKHIRNYA, setelah beberapa kali kena serangan `stroke' (selalu hang dan kedang-kadang terputus talian komunikasi tanpa sebab), akhirnya Blackberry saya 'pergi' jua. Saya berasa sangat sedih kerana handphone itu hadiah encik Suami sebagai tanda sokongan moral untuk saya yang menjalankan homebase business menerusi talian ini. Dah 5 tahun pakai, masih elok, bateri pun tetap boleh bertahan 8 jam tanpa caj. Saya menjadi sangat beremosi kerana banyak kenangan tersimpan di dalam BB itu dan saya juga sudah sebati sangat dengan cara pengendalian Blackberry -- dari penerimaan mesej, hinggalah penyimpanan maklumat, edit gambar, muat turun bahan dan santai dengan games (tapi bab games ni saya tolak tepi sebab tak minat main pun. Adalah cuba-cuba sekali, dua tapi saya bukan kaki games maya ini, jadi tidak teruja bab itu).  Bayangkan dalam tempuh lima tahun, dunia komunikasi smartphone sudah meletus beberapa kali, dengan segala macam model canggih dan perisian yang sungguh menakjubkan, tapi saya tetap berkasih sayang dengan BB saya itu juga. Walaupun slow...walaupun tak boleh buat banyak perkara ajaib, tapi kalau setakat nak hantar email dan close deal tu, In Sya Allah, masih sangat-sangat boleh diharapkan dengan khidmat yang sungguh memuaskan hati.

Lagipun, saya sudah mahir sangat keypad BB dan kalau menaip dalam gelap pun sangat laju. Saya boleh menyiapkan berkajang-kajang cerita hanya dengan menaip kat memo pad BB yang bersaiz sederhana itu. Anak-anak dah lama suruh saya tukar smartphone lain, tapi priority si emak ni lain. Bak kata orang, 'takada beliung kapak pun berguna'. Kita bukan nak bersukaria, tapi nak buat kerja. Hp tu ibarat kedai alam maya merangkap pejabat juga. Berjasa sangat hp tu, dan alhamdulillah, setakat ni saya mampu membuat jualan berpuluh-puluh ribu (kalau pun bukan juta-juta) hanya menerusi kedai maya saya itu yang dipancarkan menerusi hp BB yang antik itu. Kami ni macam 'kembar', berpisah kala tidur saja dan tepat waktunya BB akan berbunyi, mengejut saya dari lena untuk memulakan hari. 

Tapi, hari ini saya betul-betul 'terlajak perahu'. BB tak lagi mengejutkan saya. Terjaga dek tidur i laungan azan Subuh dari masjid di depan rumah. Tak perasan langsung sama ada alarm hp baru tu berfungsi atau tidak.

Dan seharian ini saya terpaksa membuang waktu untuk cuba memahami setiap arahan dan tatacara penggunaan hp yang smart ini. Tapi si pemakainya 'tak smart' macam mana nak serasi? Bak kata orang tu macam masuk office baru, serba-serbi tak tahu. Picit itu salah, tekan ini salah. Terhendap-hendap....terjengah-jengah. Last-last saya give-up. Terpaksalah melangut depan laptop ni untuk update blog, berbalas email dan segala-galanya. Saya cukup cuak duduk lama-lama depan lappy ni sebab ada banyak kerja menanti. 


Apapun saya kena bersabar juga dalam sehari dua ni sampai mahir mengendalikan hp yang sepatutnya sangat bijak itu. Saya tak kisahlah tab ke, tablet ke, i atau u, tapi cinta saya tetap kat BB. tenguklah macam mana takdir kami.  Kalau serasi, lamalah saya pakai telefon pintar ni, kalau tidak kita selak mudah.com sajalah kot untuk cari Blackberry yang sama species sama dengan BB saya yang sudah arwah itu.


Setakat ni, saya masih belum mengeluarkan lagi semua data dari memory BB, dan terasa sangatg kehilangan terutamanya nombor telefon dan segala-galanya gambar sejak 5 tahun lalu yang terakam manis di galerinya. Semua terpendam begitu saja.

Apapun, mujurlah Blackberry saya tu 'mati' selepas saya selesai bertemu dengan kawan lama, Zaifie sebab alamat dan nombor telefon semua kat dalam hp. Saya memang dah terbiasa salin semula alamat dan hp no kat dalam buku nota sebab nak elak kejadian sebegini - terduga secara tiba-tiba dan kita tak bersedia. Habis cerita. Tapi, manuskrip saya yang dah berkajang-kajang tu tak sempat saya nak email keseluruhannya kat diri saya sendiri (sebagai arkib maya), jadi nampaknya hangus! Nak buat macam mana, dah tak ada rezeki.

Apapun, berbalik kisah pertemuan dengan Zaifie, kalau nak tahu cik Puan kita ni adalah perunding perkahwinan dan perias hantaran yang sangat terkenal terutamanya di kalangan bakal raja sehari. dan peminat majalah Pengantin, Keluarga, Jelita, dan Nona. 

Sebenarnya, saya pun dah lama terputus hubungan dengan Zaifie, sejak meninggalkan majalah Jelita. Dahulu saya sering minta tolong Zaifie buat hantaran yang cantik-cantik untuk disiarkan dalam majalah terutama untuk isu Perkahwinan. Sentuhan Zaifie yang sangat berseni ini memang sentiasa memikat hati pembaca Jelita. Zaifie suka menyerlahkan kelainan dengan rimbunan bunga-bungaan terutama mawar menjadikan hasilnya bagai taman. 

Selepas sekian lama terputus hubungan, Zaifie 'menemui' saya di Facebook dan kami kembali bercerita di alam maya, cuma tidak bertemu secara nyata. Semalam, saya ke kediaman Zaifie dan sekali lagi terpukau dengan keindahan senihias dalamannya rumah tiga tingkatnya itu. Kalau dahulu dia cuma mengadun hantaran, kini perniagaan semakin berkembang. Zaifie turut menyediakan pelamin, solekan dan sewaan baju pengantin dan juga segala kelengkapan yang diperlukan untuk menjayakan sebuah majlis perkahwinan. Maju sungguh dalam 10 tahun ni. Syabas betty....! Jika ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kepakaran Zaifie sila lawati laman web di sini: 

 http://zaifiezainal.blogspot.com/

(p/s: keypad laptop untuk menaip 'link' sudah rosak juga, sebab itulah sebab saya terpaksa menulis semula semua pautan/link secara manual. Terasa sangat ketinggalan zaman :-(


captions: Wah!! tak sangka Zaifie masih simpan hasil kerja saya di majalah Jelita. Saya berdiri membelakangkan bingkai bergambar hantaran yang menyiarkan gambar hantaran hasil gubahan Zaifie. Jadi, sempat juga kami feeling feeling dan  bernostalgia di dada tangga. Zaifie menjadikan ruang tingkat bawah kediaman sebagai pejabat dan juga tempat menyimpan semua baju pengantin dan pahar/dulang hantaran. Awesome!


OK akhir kalam, kelas dekorasi bunga gumpaste muktamad pada 
9 Mac 2013. Ada satu lagi kekosongan.....!

email pengesahan kedatangan ke cupcakekasih@yahoo.com
atau 
whatsapp ke 017-2840900. 

Maaf saya tak dapat jawab sebarang panggilan. 

Wassalam

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tentu memori bersama saya turut tertinggal di situ...

yang penting dalam hati masih ada :-)))

Lily Haslina Nasir said...

Salam kasih sayang kanda jun!
Hahahhaha kita last month kalau tak silap.... meroyan, stress... rasa berkabung. BB kita habis telan data. Dengan no kak jun ghaib. Tak tau apa punca. Nanti keep in touch ya! Paling kechiwa bila banyak pix hilang dalam tu....