BERITA jam 8 semalam (17 Feb 2013) menayangkan kisah bayi yang didera pembantunya. Ya Allah, tak sanggup saya nak menonton keseluruhan rakaman itu. Tergamak si amah baling baby tu macam kain buruk sahaja. Dihempas-hempas semahu-mahunya. Ada satu part tu, si amah ni duduk bersila, lepas tu diangkatnya bayi malang tu dan campak ke belakangnya. Kenapalah sampai macam tu sekali kelakuan ganasnya? Mujurlah emak bayi malang ni tergerak hati nak menjengah keadaan anaknya di rumah melalui handphonenya. Khabarnya si emak ni baru sahaja 20 minit ke tempat kerja. Kamera CCTV yang dipasang di rumahnya itu boleh dipantau melalui handphone. Alhamdulillah. Mujurlah Allah swt menggerakkan hati si emak (dan ayah) memasang kamera pintar ini di rumah. Memang sangat sangat bermanfaat.
Agaknya si pembantu yang baru 24 jam bekerja di rumah majikannya itu tak tahu menahu pasal kamera ni. Jadi sebab tu dia sedap saja pukul anak orang. Tak pasal pasal dia kantoi. Memang ngam ngam betul saat dia tertangkap basah.
Nampaknya sekarang ni kita perlu ada 'spy' di rumah. Kena ketepikan sejumlah budget untuk pasang (CCTV), terutamanya jika kita ada baby, anak kecil atau ahli keluarga kurang upaya di rumah, termasuk juga ibubapa uzur. Boleh juga kita mengintai keadaan di rumah walaupun tatkala berurusan di luar.
Nak buat macam mana, kerana kebanyakan pembantu rumah yang diimport terutamanya dari Indon semakin merosot moralnya. Tidak berkualiti. Harga pula semakin mahal. Ada supplier mengenakan caj sampai mencecah berbelas ribu ringgit. Terkini yang saya dengar ialah RM12 ribu. Aduhai.....! Ingat senangkah nak kumpul duit RM12 ribu?
Cuba kita bayangkan apa yang kita boleh beli dengan RM12 ribu. Kalau fakir miskin, wang sebanyak itu boleh beli beras sepanjang hayat. Bil hospital saya tempuh hari (untuk buang batu karang sekecil kepala mancis), pun, mencecah RM12 ribu juga. Apa lagi yang kita boleh dapat dengan RM12 ribu? Umrah? Yes. Honeymoon oversea? Iya juga. Seutas beg tangan Dior, Prada, Fendi atau Chanel!? Oh! Yes...yes...yes...sangat....and ori lagi. Bukan Bandung, Mangga Dua atau Guangzhoa mari :-)
Apa lagi yang kita boleh dapat dengan wang sejumlah itu? Deposit kereta? Deposit rumah? Ataupun, kalau nak kawin, dah lepas dah duit untuk hantaran dan kenduri-kendara? Ya. Jawapannya semua 'ya'.
Kalau beli gelang, dapat besaaarrrr sangat, sampai lenguh tangan kita dibuatnya (sambil senyum bahagia). Pendek kata banyak hajat yang terlunas dengan wang sejumlah RM12 ribu itu.
Tapi sayang 1000 kali sayang, dengan jumlah sebesar itu untuk 'beli' pembantu, kebanyakan berkesudahan dengan apa? Kecewa. Lara. Sakit hati. Marah. Trauma. Segala-galanya. Wahai agen pembantu rumah semua, please...please...janganlah aniaya pelanggan. Kalau dah tau pembantu rumah yang awak sediakan itu memang bermasalah, hantar saja balik Indon. Jangan kitar semula. Dicaj lagi majikan ke-2 tu, dalam RM5 ribu juga. Tak sesuai lagi, majikan pun hantar kat agen. Depa kitar semula....mungkin kali ini depa caj RM3 ribu saja. Wah! Untung berlipat kali ganda. Majikan yang merana. Tak takutkah nanti di Mahsyar kelak? Disoal siat. Ni saya nak berkisah mengenai salah satu cerita yang saya dengar daripada seorang Ustaz.
Khabarnya, tatkala nabi Muhamad SAW melalui sebuah perkuburan, Baginda telah memohon kepada Allah swt agar dihidupkan semula satu ahli kubur yang sudah 70 tahun (kalau tak silap saya) meninggal dunia. Lalu si mati bercerita, sebenarnya dahulu dia seorang penjual kayu api. Kisahnya, ada seorang pelanggan meminta dia menghantar seberkas kayu api ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah si pelanggan, dia telah mematahkan satu ranting halus dari berkas kayu api itu untuk mencungkil gigi, tapi dia tidak beritahu perbuatannya itu kepada si pelanggan. Dia anggap itu perkara kecil saja. Alah....sejuring ranting halus buat mencungkil gigi. Rupa-rupanya, tidak sama sekali ya. Sebaik sahaja si penjual kayu api itu mati dan dikebumikan, dia disoal sebab tak amanah. Jadi walaupun sudah mati selama itu pun, dia masih belum dilepaskan oleh malaikat. Si arwah ni terus digodam....godam....dan godam (catatan: maaf kalau ada khilaf dalam fakta ini, sebab saya tulis tanpa menyelak balik buku nota saya).
Serius, saya jadi takut bila mengenangkan bab ini sebab saya meniaga kek. Sebelum ni pernah juga buat bisnis lain. Nampaknya memang banyak betul bab dalam kehidupan kita ini yang kita anggap remeh tapi sebenarnya tidak di muka pengadilan kelak. Semua akan diselak. Hatta, jika kita tidak berlaku adil kepada binatang pun, nanti si binatang akan tuntut hak mereka kat kita. Ini adalah peringatan diri sendiri juga.
Jadi berbalik bab pembantu rumah ni, bagi majikan yang kebetulan dapat pembantu yang boleh diharapkan, jangan cepat teruja. Simpan dulu semua pujian sebab hati manusia ini bukan seperti Malaikat. Jika disuruh sujud, Malaikat akan sujud saja. Tapi kalau manusia, faham-faham saja.
Saya dahulu mula (pandai) menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesia pada 1995. Alhamdulillah, dapat saja, terus bertahan lama...lebih kurang 12 tahun. Tapi selepas 2007, nasib tidak menyebelahi saya kerana cuma sekali saja saya dapat pembantu rumah yang berhemah. Nartik kerja dengan saya hampir tiga tahun (2008-2010). Tapi selepas Nartik pergi, pembantu bertukar ganti dan akhirnya, kini aku sendiri, sepi (cewah, bermadah pulak).
Tapi hakikatnya, kami belum menemui pembantu yang sudi menjadi sebahagian keluarga kami. Saya tak demand pun. Tak perlu secantik Rosa. Asalkan amanah...sudahlah! Itu saja. In Sya Allah, nanti adalah tu yang 'serasi dan sejodoh'. Tapi, buat sementara waktu ni, kami sekeluarga redha saja mengendalikan rumah kecil ni sdn bhd ini.
Penat memang penat, tapi telan saja. Kita lahir dulu pun bukan dari keluarga senang. Zaman dulu, semuanya diurus secara tradisi. Itulah yang hakiki. Biasanya kalau rasa terlalu penat, dan sakit segala sendi maka saya ke kopitiam, cari kopi hitam. Kadang-kadang seorang, kadang-kadang berdua. Dapat rehat sejam dua, pun sudah terasa bagai di syurga. Mudah sungguh nak ambil hati saya :-)
captions: Encik Suami belanja saya kopi. Mata bertentang mata....tapi lidah kelu untuk berkata-kata sebab terlalu penat. Dia belek hp dia....saya belek Blackberry saya. Gitew....
Begitulah saya berkisah..
Akhir kalam, teringat cerita Puan H, yang sungguh 'ngeri' kerana maidnya (bekas) sanggup meludah kahak dalam makanan (berkuah) mereka. Menurut Puan H, memang dia memasak setiap hari untuk keluarga. Tapi bab panas memanas lauk, tentulah pembantunya buat. Jadi kalau si maid ni tak puas hati, dia balas dendam secara kotor. Satu lagi, kata Puan H, ialah dengan memasukkan serbuk sabun basuh ke dalam botol susu anakandanya.
Nauzubillah!
Semoga kita tidak menjadi mangsa dera!
Wassalam
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
4 comments:
ngeri.. ngeri dan ngeri membaca coretan Kak Jun hari ini. Agaknya, bagi orang yang tak ada RM12K macam saya masih lega lagi cuma tetiba teringat dengan mak mertua di kampung yang tinggal bersama kakak ipar & pembantu rumah. Agaknya, kalau Kak Ipar berurusan di luar, dibaling2 tak mak mertua sy yg dah tak boleh berjalan tu??? Eiii, seram, nasib mak mertuaku masih boleh berkisah dan bercakap lagi, setakat ini rasanya masih selamat lagi.
p/s Memang terjerit2 tengok video tu malam tadi kat BU, smpi terkeluar kata2 maki, isk!!
Salam Jun,
ya ampun... rupanya manusia semakin berperangai jahil umpama dizjaman "jahiliyah" kejam tanpa berperikemanusiaan lagaknya !!! maka itu Ratna tidak ngerti mengapa perlu ada penbantu rumah karena se'eloknya pabila sudah bertaraf seorang Ibu, berhenti lah bekerja (senang Ratna bercakap ya!) didalam Islam bersuruhan begitu, tempat wanita ada lah didalam rumah dan tugaskan sepenuh tanggungjawab dengan dibantu sekali oleh si-suami seperti disni Peranchis dimana kerjaan dirumah dikongsi bersama yang dapat meringan tugasan si-isteri dan semasa Ratna expat sekejap diKL dahulukala sering dicemuh oleh Ratu-ratu/sahabat handai semua karena tidak punya pembantu sampai mereka menganggap Ratna "ber-expat tarafnya tapi miskinpapa kedana tidak mampu punya pembantu" sampai gitu cemuhan mereka ! bukannya apa bagi Ratna kerja rumah dan sebagainya adalah tanggungjawab dan sebuah amanah, itu sahaja... dan lakukan dengan seikhlas diri meski pun penat dan letih sehingga kekadang itu kudratnya bagai mahu putus serasanya.. tidak Ratna fahami mengapa mengambil pembantu dari sana Indonesia dan Phillipines dimana sudah berkali banyaknya perihal kekejaman zalim ini berlaku lagi-lagi mereka semua tidak sehati dan setaraf dengan gaya hidup orang Malaysia, ada yang baik pun hanya segelintir sahaja jadinya bagi Ratna sudah-sudah lah dengan pembantu ini, yang kayanya si-agent itu dan yang rugi dengan masa'alah ialah kita... mungkin pendapat Ratna ini seolah senang cakapnya akan tetapi kepada para Ibu yang bekerja gimana cara penyeselaian yang se'eloknya terhadap penjagaan anak-anak ada jawapannya? ada kah wanita perlu bekerja karena untuk membantu ekonomi dirumahtangga atau bahasa rengkasnya membantu meringankan beban si-suami? sedia maklumi anak-anak gadis perempuan semuanya berlajar tinggi atau tidak seberapa tingginya.. kok sudah bertaraf doctor, jurutera, peguam, nurse, kerja dioffice segala nama pegawai itu dan ini, bintangfilem&penyanyi atau usahawan berjaya kena duduk dirumah? sedangkan banyak yang tidak bekerja duduk dirumah ada pembantu, manjanya hidup ! seperkara lagi Nenek dan Ibu kita dahulukala gimana... punya pembantu kah? iya tahu, zaman sekarang zaman modern dan memasing mewah, iya mampu... semuanya boleh ! dan mengapa tidak mencari orang Malaysia sahaja bekerja sebagai pembantu? karena ada kenalan punyai pembantu melayu sejati bekerja sehingga kini 12 tahun dimana taraf pekerjaannnya 100% elok dan berbudi pekerti jika dibandingkan yang di-import itu !
Kemaafan dipinta wahai Jun dengan kata-kata yang panjang ini... sampai nanti.
Minah tu mungkin layak kerja jadi penebar roti canai, tapi kalau dah psycho macam tu mamak pun tak sudi.Apa agaknya reaksi kedutaan Indonesia bila warganya jelas mendera anak yang tak mampu bela diri,berbanding dengan isu maid didera majikan..sekurang2nya maid tu mampu lari, buat report dan cerita segala.Budak kecik tu boleh buat apa?....Kedutaan Malaysia di Jakarta teruk dibaling dan diserang waktu kes Mala Bonat,dan beberaoa lagi kes lain,diikuti sekatan masuk pekerja baru sampai selesai MOU isu hak keselamatan pekerja Indonesia,bila anak Malaysia diperlakukan macam ni,apa agaknya kata Bapak2 dan Ibuk2 diseberang...kes terpencil?...
Tak sanggup tengok semlm video tu. Sipi sipi saja. Saya memang takut ditambah tak gamak nak tgk kalau kes mcm ni. Memang patut dihukum penjara bertahun2 dahulu baru hambat keluaq dari malaysia. Blacklist terus. Kalau terus dihantar pulang indon tanpa hukuman tak aci lah. Lepas tu dlm penjara pakat2 humban dan baling maid tu pulak biar dia lak rasa sakit ke atau sedap kalau diperlakukan begitu. Haisssshhhhh ni pendapat tgh marah nih adui!!!!
Post a Comment