SEMALAM....dalam dok kalut menyiapkan kek. Uli fondant, basuh telur, pukul telur, ayak gula...tup tup isyarat WhatsApp berbunyi. Mata menjeling ke layar hp. Ada tanda bintang tertera di nama Alia.
"Ma, tenguk ni."
Dia kirim gambar. Terpaksalah kita buka cermin mata sebab tak nampak dengan jelas imej tertera. Kelabu betul mata ni. Cuma nampak macam kepala perempuan itu berbalut dengan kain berwarna jingga.
Nak nampak lebih jelas, kita tekan butang 'zoom'. Nah! Baru nampak. Aduhai, mengarut betul. Saya mengurut dada. Astaghfirullah. Serius, saya terkejut sebab tak pernah terfikir benda macam ini akan muncul depan mata. Siapalah punya kerja. Adakah si pencetus idea menganggap benda ni cute? Kreatif? Sampai tak tentu rupa jadinya. Cuba tenguk!
Tak tau nak komen apa. Nak marah atau nak ketawa? Bukan ketawa sebab gelihati, tapi sebab berbulu. Perut sebu. Nampaknya dunia sekarang semakin celaru sebab ramai orang yang keliru (lagi mengelirukan)
Ok, mungkin kerana sekarang semakin ramai wanita `berhijrah' (maksudnya memilih untuk bertudung dan berpurdah) maka ini sekaligus membuka peluang perniagaan yang sangat luas. Lalu timbul semangat berlumba-lumba, menuba di hujung kuala. Maka, diciptalalah berbagai konsep tudung. Kononnya untuk wanita yang mengaku hijabista -- pencinta fesyen tegar. Tetap mahu dianggap trendy walaupun bertudung.
Memanglah bergaya tak salah asalkan masih mematuhi kehendak syariat. Tapi, yang tak ok apabila golongan Hijabista ini menjadi sasaran para peniaga yang hanya melihat $$$$ melata-lata.
Memanglah bergaya tak salah asalkan masih mematuhi kehendak syariat. Tapi, yang tak ok apabila golongan Hijabista ini menjadi sasaran para peniaga yang hanya melihat $$$$ melata-lata.
Saya pernah menghadiri sebuah pertunjukan fesyen muslimah (bertudung) beberapa minggu lalu. Tetamunya memang hebat -- dari kalangan jutawan, selebriti artis dan ningrat. Dan dalam ramai tu, ternampaklah seseorang yang cukup dikenali. Wanita ini baru saja meraih status OKB (tau tak apa OKB? Bukan OKU tau). Dia menceburi perniagaan membekalkan peralatan ibadah solat dan busana khusus untuk wanita menutup aurat. Ok, bagus. Alhamdulillah.
Tapi, yang saya tak berapa nak faham tu, mengapakan dia datang dengan anak remaja perempuannya bergaya sangat menjolok mata -- berseluar pendek dan berblaus sinting. Ramai yang memandang pun macam keliru sebab si emak jutawan tudung dan jubah, tapi si anak masih pakai dedah dedah. Dalam kad jemputan sah sah dah diberitahu, majlis minum petang cum fashion show untuk yang berhijab. Keliru? Siapa yang keliru?
Sama jugalah dengan gambar ni. Jelas sekali ada orang yang tak tau atau buat buat tak tau dan sengaja nak menangguk di air keruh. Sekarang para alim ulamak sibuk berkempen agar wanita menutup aurat mengikut kehendak syariat. Bukan ketat sana, bonjol sini. Memang susah nak tahan hati melihat rupa bentuk tudung yang macam-macam gaya, berlapis, bertingkat-tingkat. Sayangnya....tetap singkat. Dada tetap nampak bulat.
Agaknya idea diadaptasi dari gaya alas tudung meja macam ini kot! Bezanya, meja ni cantik bertutup labuh...penuh. Tapi bila jadi tudung, sinting...singkat...terangkat-angkat.
Janganlah esuk ada Hijabista yang tenguk tudung tingkap macam n depa kata cantiknya, lalu diadaptasikan untuk membalut kepala mereka pula. Tup...tup, jadi ikutan....! Oh! Pehlease
:-((
Apapun, paling penting, janganlah 'wig hijab instant' ini menjadi pilihan. Tolonglah. Fahami konsep menutup aurat tu dulu ya.
Agaknya idea diadaptasi dari gaya alas tudung meja macam ini kot! Bezanya, meja ni cantik bertutup labuh...penuh. Tapi bila jadi tudung, sinting...singkat...terangkat-angkat.
(gambar pinjam kat sini: http://thebellacottage.wordpress.com/category/accessories/)
Janganlah esuk ada Hijabista yang tenguk tudung tingkap macam n depa kata cantiknya, lalu diadaptasikan untuk membalut kepala mereka pula. Tup...tup, jadi ikutan....! Oh! Pehlease
(gambar pinjam kat sini: http://www.homezonedesign.com/info_m2m_swagstails.htm)
:-((
Apapun, paling penting, janganlah 'wig hijab instant' ini menjadi pilihan. Tolonglah. Fahami konsep menutup aurat tu dulu ya.
Say NO to 'wig hijab instant'.
Siapalah yang 'cerdik' sangat ni. Tolonglah! Wanita muslimah bukan badut.
Semalam,
adalah kenangan,
salah silap,
kita jadikan sempadan,
jadikan panduan
usah diulangi lagi,
kelak menambah panasaran
Hari ini
adalah peluang,
membetulkan kesilapan semalam
mencari keredhaan Allah swt melebihi seluas lautan
Esok
adalah harapan
jom kumpul sebanyak-banyaknya bekalan
untuk kehidupan
selepas kematian
Akhir kalam, nak tunggu sampai bila baru nak bertudung? Hati belum terbuka? Ustaz Azhar Idrus ada jawapannya
:-))




6 comments:
Pakai dlm rumah tutup uban. Abg lan pengsan
makin mengarut fesyen tudung skg ni sis.setabut perut.uhuhu
..assalamualaikum Kak June - saya dah tengok ni kat FB, bukan nak gelak atau apa - nak termuntah pun ada ... hot sangat hati saya --- memang biut bengong and hampeh pada orang yang mencipta 'benda' ni ...sapa yang memakainya pun ...Allahuakhbar ( saya simpan je lah 'ayatnya' - kang tak pasal2 saya tambah saham neraka nanti... sekian.
Assalamualaikum kak jun. Kalau bagi saya percuma wig hijab instant tu, saya rasa tak ambik kot. Tak gamak nak boh kat kepala. Biaq la org nak kata saya old fashion saya lenih selesa pakai tudung syria instant. Simple dan cepat.
tak tergamak nak letak atas kepala sama ada di dalam rumah apatah lagi di luar rumah.. isk!
Kalau betul ada di jual ,confirm tak laku....hehe...
Post a Comment