Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, February 24, 2013

Arina

Assalamualaikum

HARI ini Arina genap 13 tahun. Zaman kanak-kanak tinggal kenangan dan kini Nana ku sayang sudah pun remaja. Selamat Harijadi Na. Rezeki Allah swt untuk Arina sangat luas. Semalam Arina diraikan sebagai pelajar cemerlang di SRK Seri Selangor bersempena keputusan UPSR 2012 lalu, dan pada sebelah petang Arina diraikan pula oleh masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya untuk kejayaan sama. Inilah hadiah harijadi untuk anak yang sangat sweet, sentiasa meneduhkan hati ayahbonda dengan senyumannya dan juga kepatuhannya. Mama tak ingat bilakah Arina menyebabkan mama kecewa lara, geram atau kecewa kerana setiap saat bersama Arina ada kgembiraan dan penuh cinta sahaja. Syukran ya Allah atas kurniaan-Mu ini.

Emak ayah berdoa semoga Arina menjadi muslimah yang istiqomah dalam semua lapangan diceburi dan sentiasa berada di jalan Allah swt. Dan semoga hidup anakku ini juga tetap dalam iman dan matimu jua kelak dengan menyebut kalimah Lailahaillah. Ya Allah, kurniakan Jannah untuk anak ini. 


(Caption pic: Arina mengabadikan kenangan dengan Pengetua SRK. Seri Selangor, Mr Lim)


Akhir kalam, wassalam

:-)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

7 comments:

NBK said...

Congratulation n jubilation to nana

Azie said...

Tahniah kepada ibu dan anak. Sejuk perut ibu mengandungkan anak sebaik Rina

Sheila Shafeareen said...

Alhamdullilah...tahniah nana..

Oh Oeya said...

Tahniah Arina sayang.. Moga akan lebih cemerlang dalam kehidupan, Ameen.
Berkat doa emak dan ayah, alhamdulillah.

Selamat hari lahir Arina :-)

bintangjauh said...

Salam Jun,

Wahai Jun betapa indahnya hari tersebut ya...
Alhamdulillah keatasNya dengan kejayaan nan cemerlang Arina... juga Joyeux Anniversaire untuk Arina semoga dihari masa depan Arina akan terus cemerlang berjaya hendaknya, tahniah sejambak tahniah buat Jun&Suami dengan kejayaan seorang anak yang maha bijaksana lagi manis senyumannya..

Salam mesra dan sampai nanti dari sana nan jauh...

m.u.l.a.n said...

congrats all..!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Tahniah, Arina.. tahniah juga utk mama & papa. Dari cerita2 Kak Jun sebelum ini ternyata Arina anak yg tidak pernah menghampakan hati kedua orang tua, sejuk perut ibu mengandung, sejuk mata ayah memandang..