Followers

Sunday, January 13, 2013

Surprise Sabtu

Assalamualaikum

SEMALAM Alia dah 21. Sabtu, 12113. Setiap tahun birthday Alia membuka tirai tahun baru. Penutupnya, birthday Adam. Dulu-dulu kami beli kek dan makan anak beranak. Nak sambut beriya-iya dengan segala tema tu memang tak ada kecuali semasa budak-budak ni kecil. Itu pun bukan acara wajib.

Apapun, kali ni tunang Alia yang arrange majlis keraian. Konsep tu ala ala surprise gitu sebab dia minta permission dan minta encik Roslan bawa Alia dan keluarga ke Bangsar. Oklah, sebab ini hari istimewa jadi emak pun setuju. Dah namanya surprise, jadi memang Alia tak tahu menahu. Dari pagi kami buat 'donno' jer, dan selepas selesai Zohor di rumah saya ajak encik Suami pergi Bangsar Village. Memanglah pelik sebab tempat tu bukan dalam senarai tempat yang selalu dikunjungi. Apapun, menjadi jugalah.

Memang unik restoran Wondermama ni, sebab konsep hiasan dalamannya bertema retro 70-an. Terasa macam masuk zon waktu masa lalu. Juadahnya pun sedap, bertema Timur dan Barat.

Encik A yang atur semuanya. Maksudnya beli kek, pasang belon + itu ini. Sedap pula pavlova yang dilitupi strawberry dan blueberry itu.

:-)

Akhir kalam, wassalam

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

5 comments:

Mamasya said...

Happy bday buat Alia!
dan slmt thn baru 2013 buat k.June...

Jun Cupcakekasih said...

salam mamasya, thx for the wish n selamat tahun baru juga!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

alahai... romantiknya anak menantu Kak Jun... bertuah badan Alia..

Happy Birthday, Alia!!

zuwaidah said...

Happy belated birthday Alia. Moga dirahmati Allah. Amin.

m.u.l.a.n said...

happy belated birthday alia...!! happy & healthy always..!!

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007