KATA Ustaz Dusuki, sambutan Maulidulrasul itu, bukan sekadar dalam bentuk keraian saja. Tapi menerima kelahiran nabi Muhamad SAW itu sebagai anugerah teragung untuk seluruh alam. Raikan juga membawa 'sunnah' Baginda SAW dalam kehidupan kita sekeluarga.
Memang tak tergapai dek jiwa kecil serba jahil ini. Tapi masih mahu mencarinya dengan hati. Tenaga dan masa pun cuma tinggal sisa. Separuh daripada usia ini telah lenyap begitu saja, terbang entah kemana, bagai debu kering ditiup angin. Lenyap, tanpa meninggalkan kesan. Hanya memedihkan mata saja. Berbekam jiwa.
Akukah yang terlewat atau waktu yang semakin cepat.
Waullahuaklam.
Apapun, akhir kalam, malam ini masjid al-Falah di USJ 9 Subang Jaya akan dimeriahkan dengan majlis Halaqah yang disiarkan secara langsung di TV3.
Jom jumpa di sana ya.
Wassalam
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
2 comments:
Salam Maulidurrasul kak jun. Sama2 la kita meriahkan sambutan ini dgn selawat, tak kira di masjid atau rumah. Zana raikan dirumah je, solat dan sbgnya, yasin juga utk mengingati junjungan Nabi kita.
seperti cinta Nabi SAW kepada umatnya.. tercapaikah oleh kita??
Post a Comment