Followers

Sunday, January 27, 2013

Nikmat Berlapis-lapis

Assalamualaikum

PAGI-pagi macam ni, kalau dijamu dengan kuih talam memang sedap. Apalagi kalau talam lapis. Lagilah nikmat, sampai macam nak nangis. Dikawankan pula dengan teh tiga lapis, aduhai...sedap sungguh! Kalau diamalkan selalu, confirm perut dan dagu pun berlapis-lapis.

Tapi yang pentingnya, semua kuih talam ni adalah hasil karya Chef Asma yang kreatif. Sebenarnya saya belum belajar lagi cara membuat semua talam berlapis ni tapi kebetulan pada petang Ahad (seminggu, dua lalu), Chef Asma jemput saya ke baking studionya. Dia nak sedekah oven yang sangat awesome. Sebelum ni dia menghadiahkan mixer dan pengukus elektrik. 


captions: Ini namanya Lapis Murtabak Crackers...sedap sungguh, macam murtabak ori juga.



Dalam kata "tak yah, tak yahlah chef....", saya terima juga. Naik segan pula saya kat Chef ni sebab asyik terima budinya sahaja.... asyik bagi itu ini. Kita ni tak terbalas-balas lagi budi. Terima kasih sangatlah ya chef. Saya terima dengan senang hati. Dah pakai pun oven tu, bagus sekali hasilnya.

Kalau ada yang berminat nak beli oven ni, atau hadiri kelas masak memasak Chef Asma, silalah kunjungi blognya di http://chefasma.blogspot.com. Lokasi di Puchung dan setakat ni saya memang serasi sangat belajar dengan chef yang tak lokek ilmu ni.

Akhir kalam, selamat menjamu selera, selamat memasak dan selamat berehat.

Wassalam


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

3 comments:

Yantisa said...

Terus rasa lapar tengok kek-kek lapis ni .

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

orang sebaik Kak Jun tentu orang lain tak jemu menabur budi...

segala yang berlapis memang favourite saya Kak Jun, hehehe..

zuwaidah said...

setuju dengan kata seri kandi tu...

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007