Followers

Sunday, January 27, 2013

Hati, Terimalah Sepi

Assalamualaikum


PETANG Ahad yang mendung. Jika sendirian tanpa teman, pasti kesunyian. Pandang kiri dan kanan, hanya dinding. Kawan pun sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau menyewa bersendirian pun boleh 'mati' kebosanan. Tambah pula kalau budget ketat, belum dapat gaji, lagilah mati kutu, tak tau mana nak pergi untuk menghiburkan hati. Buka televisyen pun tak ada makna sebab rancangan tak menepati selera. Memang boleh undang gundah gulana. Itulah kisahnya jika kita tak berteman. Sama ada memang belum berpunya, baru lepas putus kasih, bercerai, ditinggal suami yang terpaksa kerja di lain negeri atau sememangnya kita tak punya sesiapa lagi. Inilah hakikat kehidupan, bukan sebuah mukadimah kosong tapi sebenar-benarnya tentang kehidupan. Sepi, antara rasa paling pedih. Tiada ubat, kecuali keteguhan hati. Kesabaran bersendi iman.

Dulu-dulu, masa Alia dan Adam masih kecil (belum bersekolah pun), saya akan sedih sangat kalau encik Suami kena ke Jepun. Ketika itu dia kerap berulang-alik ke ibu pejabat syarikat di sana. Berhari-hari lamanya. Tinggallah saya sendiri menguruskan Adam dan Alia. Terasa separuh jiwa tak ada, mujur anak-anak ada depan mata. Penat mengadun depa, ditambahi timbunan kerja pejabat meredakan sedikit panasaran. Dan mujur juga ketika itu ada pembantu rumah yang setia. Jadi dapatlah dia menghilangkan sedikit kerisauan dan ketakutan. Kami semua tidur sebilik. Saya ambil kayu golf sebatang, letak tepi katil. Kononnya, kalau apa-apa hal, itulah senjatanya. 

Mujurlah semuanya dalam peliharaan Allah swt. 


Jadi saya faham sangat perasaan E yang kini sedang berdukacita dengan segala yang menimpa. Balu, anak masih kecil, pembantu rumah lari begitu saja dan hingga kini dia masih terlonta-lonta tanpa pengganti. Kasihan E. Itu saja yang boleh saya katakan selain doa. Setiap kali mendengar rintihan teman seperti E, juga ramai lagi kawan-kawan yang kurang bernasib baik, membuatkan saya berasa sangat sangat bersyukur dengan kehidupan sendiri. Syukur alhamdulillah. Syukur atas segala-galanya. 

Semoga E tabah. 

Dan buat Khadijah Pairan di Kuching, Sarawak, selamat pengantin baru. Hari ini rasmi sudah ikatan dengan pasangan. Dahulu tunang, kini suami. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Kek ini saya gubah untuk Khadijah. Jenuh juga Khadijah berulang-alik antara Kuching dan Kuala Lumpur, demi membeli semua keperluan perkahwinannya. Mujur ada ayah sebagai peneman. Terima kasih sekali diucapkan kepada Khadijah, atas tempahan.






Akhir kalam, wassalam

6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

berkelopak-kelopak bunga sebakulpun rasanya tidak dapat mengubat sepi... betul tak Kak Jun?

Syukur kerana ada teman di sisi, tak sanggup cari teman pengganti..

Selamat Pengantin Baru, Khadijah..

Semoga E terus bertabah hati...

Roseliza Mokhtar said...

Adakalanya Allah beri kita " sepi" sebagai "hadiah"...agar kita dapat melihat lebih dalam dan mengisi hati mencari cinta yang lebih abadi...fitrah kita manusia...bila duka...ingat padanya...kala gembira selalunya lupa....mesti mampu melihat setiap sesuatu dengan mata hati...tanpa hujan tak mungkin ada pelangi

Cake K Jun cantik sangat...tak sampai hati nak makan....

shaty said...

as salam .. KESEPIAN boleh ' membunuh ' jiwa .. :) GANAS je bunyinya .. tapi kekadang ia perlu. Maksud saya, ada tikanya kita perlu berada dalam keadaan sepi dan sunyi .. ketika solat contohnya. Bagi mereka yang kreatif dan innovatif, tak ada hobi dan minat tersendiri .. memang tak boleh kesepian. Tapi mereka yang ada minat dan hobi tertentu, pastinya tak ada istilah sepi dan sunyi. SOrang-sorang pun kerja menjadi.

sweetazezah said...

salam..aduuhaaiii..kak jun cayang..awatlah cumel2 benor bunge2 atas kek itew..xsampai hati betoi nak bg kat orang..bile lah jijah dapat "berJODOH"ngan kak jun ni..hati dha tergedik2 nak mai blajaq ngan kak jun...take care k.jun..P/S:k.jun xmau mai nilai tengok butik pengantin ke?auuuww...

zuwaidah said...

Hi Kak Jun
Cantik bunga2 berwarna warni, pastinya tersenyum lebar pengantin baru.

Anonymous said...

Salam Kak Jun,baru perasan entry ni..tq so much..kek sgt cantik..x sampai hati nk mkn.. :)

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007