Followers

Sunday, January 20, 2013

Coretan Hati Menjelang Dini

Assalamualaikum

BERBARING hampir sejam, tapi mata macam tak mau pejam. Penat sangat, terutama bahagian belikat. Memang biasalah macam ni, sebab Khamis, Jumaat dan Sabtu adalah 'hari sibuk sedunia' Oklah, kerja cuma 3 hari seminggu. Tapi dalam tempuh tiga hari ni keadaan dalam rumah ni dah macam digulung ombak badai. Tak sempat nak touch-up lebih-lebih. Maknanya, kemas rumah konsep 'main capai-capai'. Mana yang sempat, saya buat. Dan tangan ni pun macam ada sensor, laju jer capai itu ini. Dah jadi rutin, setiap pagi kalau nak turun ke bawah tangan ni akan sauk jer mana yang ada depan mata. 

Lalu depan pintu bilik anak-anak, macam macam benda ada -- kain baju kotor, segala sampah berterabor + all pinggans &cawans yang berlanggat kat meja kecil depan pintu bilik air. Henyak semua dalam bakul baju kotor dan terus ke dapur. Campak barang-barang ni mengikut mazhab masing-masing -- pinggan mangkuk dalam singki, sampah dah tentulah dalam bakul sampah and kain dalam mesin basuh. Putar! Capai penyapu, sapu gitu gitu, mop lantai sekali lalu dah terus masuk ruang kerja. Ada kek sudah menunggu untuk dimekapkan. 

Encik Suami pula akan beli breakfast. Biasanya kalau saya takda kek tempahan, kami mesti ke sana sini cari tempat menjamu selera. Kalau nak feeling feeling lepak dengan kopi panas mahal sikit, maka pergilah the Loaf atau Whisk.

Kadang-kadang teringin makan nasi dagang, maka kami pergilah ke kedai nasi dagang tersedap di Malaya, dekat SS19. Kalau teringin selera Johor, kami kenalah  menyeberang tol, menuju D'Cengkih kat Taman Tun. Itulah kerja setiap pagi, selagi sihat dan selagi masih berdua, hidup bersam.

Jauh pulak menyimpang cerita berbingkai saya ni....tapi berbalik mukadimmah, apabila saya busy, encik Suami tau bawa diri. Kalau Arina dan Kasih nak apa apa sekali pun, saya suruh minta kat si ayah. Dapur tutup. 

Setakat ni, masih boleh survive. Usul nak ambik maid baru pun tak pernah jadi isu. Selagi larat buat sendiri, kecuali dapat maid yang ok. Maknanya bukanlah nak yang serba sempurna. Janji boleh dipercayai.

Akhir kalam, sesiapa yang tinggal berdekatan dengan UIA Gombak, bolehlah pergi dengar ceramah mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible. Kalau dekat, saya pun pergi. Teringin nak dengar kupasan kes ini secara details. Sesiapa yang pergi, bolehlah share maklumat kat kawan-kawan. Minggu lepas Datuk Harun Din datang ke masjid al-Falah (USJ 9), mengupas isu ini dan memang sudah jelas mengapa dia bertegas mengenai hal ini. 



Wassalam




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone



2 comments:

Ena's Palace said...

Setuju sgt tang maid tu kak...sy pernh amik maid ms ank sy kecik...dia dok main2 cintan last2 lari ngn jantan tggalkn ank sy sorang2 tido kat buai...smpi skrg da serik..xmo amik maid lg...biarla berpenat sndri...selagi berdaya...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Macam tulah lumrah orang takde maid. Macam sy kalu balik kampung husband, barulah merasa ada maid, hehehehehehe. Seronok ada maid nikan, teringin jugak nak ada tapi tak tau nak sumbat kat mana di rumah sekangkang cicit kera tu. Nasib baiklah rakyatnya cuma bertiga, seminggu sekali buat kerahan tenaga... tu pun rumah tetap juga macam tongkang pecah, huhuhu

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007