Followers

Thursday, January 10, 2013

Bingkisan Petang

Assalamualaikum

HARI ini tak sempat nak kongsi cerita panjang-panjang walaupun semalam hampir setengah hari saya ngopi dengan kawan di One Utama. Bukan sembang kosong, tapi cerita tentang segala projek mega tujuh tingkat! Gitew. Memang banyaklah ceritanya sebab kawan saya ni Penerbit TV (Nona, TV3). Kalau ikutkan tak cukup sepetang dan secawan kopi. Tapi kata orang tu daripada cempedak baik nangka, daripada tidak baik ada. Bukan senang nak 'curi' masa kawan yang asyik sibuk 24/7 tu.

Jadi, selepas seharian dengan Puan KBK, saya tersuntik semangat baru. Macam-macam cadangan dan pandangan yang boleh ditimbangtara dan yang bestnya, masih boleh bekerja dari rumah (payah nak keluar dari zon selesa ni). Lagipun macam mana nak tinggalkan Kasih dengan maid saja. Baru keluar dua jam, dia dah WhatsApp 3, 4 kali. Dulu Arina ada tapi tahun ini sesi persekolahan dua beradik ni bercanggah sama sekali.

Kasih sebelah pagi dan Arina petang. Setiap Selasa Rabu dan Khamis, Arina kena masuk kelas seawal jam 10 am untuk subjek bahasa Arab (lega sebab Arina dapat juga bersekolah Agama tanpa perlu tinggal di asrama).

Jadi kerana itulah saya tak berapa cenderung nak anjur kelas dekorasi terlalu kerap. Lagipun saya pun ada kelas untuk dihadiri setiap pagi. Dah macam budak sekolah juga ni. Cuma tak ada exams. Mata pelajarannya tak ada kena mengena dengan dunia masakan & kek. Something yang lebih interesting dari bab itu!

Jadi kepada yang teringin nak menempah kek dan booking kelas dekorasi (hanya untuk bunga gum paste saja), juga kena bagi tahu awal awal. Saya sediakan semua bahannya, jadi kalau last minute tu memang susah juga saya hendak menyusun atur jadual kerja. Harga kelas berbeza-beza - ada RM200, RM300, RM450 dan RM550. Kalau nak pakej pun ada. Tepuk dada, tanya budget. 


Lagi senang cerita kalau copy paste link gambar kek dan bunga yang pernah saya buat, jadi lebih senang saya nak mengajarnya. Sila klik galeri saya di www.flickr.com/photos/cupcakekasih. 

Ada satu kelas dekorasi bunga gumpaste pada 28 Januari 2013. Ditempah khas oleh kawan kita dari Brunei Darussalam. Jadi kalau ada yang ingin sertai kelas ini sangat dialu-alukan. Sila email nama, hp, blog (kalau ada) kepada cupcakekasih@yahoo.com.



Sampai sini dulu, saya nak share resepi ni. Saya ambil dari buku Cakes & Bakes karya Jonnie Leger. Saya beli buku ni di ekspo Big Bad Wolf tempuhari. Memang kek ni sangat sangat sedap, setara kek Delicious dan Upstairs pula. Silakan!






Chocolate Coffee Cake

Bahan-bahannya:
200 g dark chocolate
100 g coffee flavoured chocolate (saya guna Milk Chocolate Compound Selbourne)
6 telur
secubit garam
300 g castor sugar
2 tsp serbuk kopi segera (nescafe pun ok, saya cuma guna perisa Mocha)
300 g margerin
150 g tepung gandum

Cara Menyediakanya:

1. Panaskan oven, 180 darjah C. Oles margerin pada tin pembakar (size 10 x 10). Debu sedikit tepung.
2.Pecahkan kepingan coklat, letak dalam periuk dan cairkan secara double boil. 
3. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul kuning telur dengan gula sampai kembang dan masukkan serbuk kopi segera dan terus pukul sampai menggebu. Pukul telur putih dan garam, juga sampai menggebu dan stabil.
4. Angkat coklat yang dicairkan dan masukkan margerin. Kacau sampai larut (sedikit demi sedikit). Masukkan adunan kuning telur, gaul sebati.masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali masukkan putih telur sedikit demi sedikit.  Tuang dalam tin dan bakar antara 25-30 minit.
6. Hias dengan frosting tepung jagung dan hirisan mangga (ikut citarasa). Saya hanya menyerikannya dengan coklat ganache dan strawberry.

Topping
70 g tepung jagung
100 g gula castor
800 ml susu segar
1 tsp esen vanila (atau 1 vanilla bean)
200 g butter

Cara mengadunnya:
1. Adun tepung jagung dan sugar dengan setengah bahagian susu segar. kacau sebati..
2. Sebahagian lagi susu dimasak atas api sederhana sampai meruap dan masukkan esen vanilla atau biji kacang vanilla. Kacau sekejap dan tuang ke dalam adunan tepung jagung tadi. Adun sebati.
3. Letak sekejap atas dapur sekali lagi, sampai agak meruap sedikit, tutup api dan masukkan butter sedikit demi sedikit (kacau adunan berterusan). Biarkan sejuk (suhu bilik).




Akhir kalam, wasalam

6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kalau betul2 bingkisan dalam gambar tu sampai petang2 begini, alangkah bahagianya sy.. maklumlah.. baru habis kelas, laparrrrrrrrrr...

langkah kanan betul buka fb jumpa link blog Kak Jun, hehe

Jun Cupcakekasih said...

kalau lapar sangat, kak Jun suka makan biskut cream crackers cicah milo...sedap. Milo tu mesti pekat takda gula!

zuwaidah said...

Hi Kak Jun, saya nak comment di tab, tapi tak boleh pulak, so kena la buka computer saya yang slow mcm siput nih...
Saya kalau lapar cicah biskut cream crackers dgn kopi kaw. Terbeliak biji mata (la ni tengah mengantuk sebab terjaga jam 3.45 pagi, ingatkan dah subuh tadi)

Jun Cupcakekasih said...

Zuwaidah, jom sama2 cicah secawan milo suam...

Suara Kalbu said...

Aduhai,,, tergugat jiwa raga lihat kek coklat dan strawberry segar ni. Membuak-buak rasa rasa di dada huhuhu

ummiaiman said...

Cantik...menyelerakan. ..tergoda I...huhu
Salam ukhuwah dan salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

BAKING FOR KING

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007