Assalamualaikum
ALHAMDULILLAH, hari ini badan terasa ringan sikit. Semalam, tiba-tiba saja saya diserang demam urat. Seluruh sendi terasa sejuk sangat dan saya kena berstoking di tengah hari rembang. Minggu lepas Kasih demam. Lama juga. Seminggu tak ke sekolah. Suhu badan dia turun naik mendadak. Mulut merah dan menggelupas. Saya sapu minyak zaitun dan bagi minum air kosong banyak-banyak. Alhamdulillah. Kebah. Selepas tu encik Suami pula demam. Tapi tetap juga dia ke pejabat. Kesian pula kita menenguknya. Adat orang bekerja macam itulah, kalau demam sikit sikit tu bukan boleh dilayan sangat nanti cuti sakit berderet-deret, susah juga. Tapi memang encik Suami ni susah nak ambil MC. Mujurlah saya bekerja sendiri. Jadi apabila badan seram sejuk macam ni kita boleh melambatkan hari. Semua appointment ditunda. Makan ubat dan tarik selimut. Mujurlah minggu ni tak ada tempahan. Cuma hasrat nak meronda sekitar KL untuk melihat keperluan majlis kahwin Alia ni terpaksa ditunda. Begitulah kisahnya.
Bercakap pasal kenduri nikah kawin yang bakal menjelang tiba tu, pun, antara sebab saya terdemam demam agaknya. Sejak selesai majlis bertunang tempuh hari, jiwa saya tak tenteram. Dan semakin hari perasaan tak keruan semakin berganda-ganda. Tak tahu mana satu nak mula, sebab semuanya penting.
Dah habis satu alam maya saya jelajah. Melihat segala blog wedding planner. Ada macam macam gaya dan macam harga. Semuanya menyebabkan mata macam nak terkeluar. Dan beberapa hari lepas, kami pergi pula turun naik butik pengantin di sekitar Shah Alam. Nak tenguk harga di pasaran. Aduhai, tinggi melambung-lambung tu. Ada pakej pengantin mencecah sampai RM60 ribu, untuk pasang pelamin dan pehiasan dewan. Biar betul. Kering tekak sekejap. Itu baru satu bab. Baju sepersalinan? Hantaran? Catering? Semuanya cecah puluh ribu. Manalah mak pengantin tak demam.
Ini bukan soal ada duit takda duit. Tapi kenapalah sampai berjuta-juta ringgit. Majlis yang simple pun dah tetap melambung-lambung tinggi harganya. Aduhai...nangis...nangis.
Takda satu benda pun yang dipegang, tanda harganya cuma seposen, doposen. Kalau bukan ratus, ribu. Tapi kebanyakannya, ribu ribulah. Jadi, kepala ni ligat mencongak. Automatik saja jumlah tu muncul. Ting! Ting! Ting!
Nak buat macam mana. Kesian pula tenguk Alia ni. Belum kerja, dah nak kawin. Mana ada fulus. Jadi ligatlah saya dan ayah dia pecah kepala, memikirkan segala aturcara dan duit ringgitnya. Adatlah anak anak zaman sekarang, tinggal minta saja.
"Ma...macam ni ok tak?"
"Pa...nak macam ni."
"Pa...nak macam ni."
Hem, nak kawin macam nak minta beli pencil box ajer ya.
Tapi sebenarnya buat kerja kawin ni bukan soal duit yang menjadi isu utama, tapi bab tenaga dan masa. Dan mungkin kerana itu ramai yang menggunakan khidmat perancang perkahwinan sebab tak kuasa nak lari satu alam, menyiapkan itu ini. Dari mula mencari kain, kemudian mencari caterer, mencari dewan...semuanya amat memeningkan. Tukang carinya cuma kami bertiga saja. Tepuk dahi 24 jam jawabnya.
Gitulah kekdahnya.
captions: Inilah dia proposal Alia.
Jadi, nak senang cerita, memudahkan komunikasi, saya suruh Alia buat proposal. Compile semua benda yang dia nak kat dalam satu file. Macam mana rupa gayanya, catit kat situ. Senang nak berbincang. Walau simple macam mana sekali pun, buat tetap kena buat. Maklumlah, anak sulung. Dan ini juga merupakan majlis kenduri kahwin pertama untuk keluarga saya dan keluarga encik Suami. Tunang Alia pun anak sulung juga.
Pendek kata, semua yang pertama -- anak sulung kami, cucu sulung waris Melaka, majlis perkahwinan pertama cucu menantu untuk sebelah Perak. Kawin dengan anak sulung waris Kota Bharu, Kelantan (Tempoyak + cencaluk + budu. Gitu).
Teringat masa mengandungkan Alia dulu, saya tak lalu makan apa pun, kecuali cencaluk. Itu saja yang membuka selera. Saya akan gaul cencaluk dengan nasi panas, sedap betul. Sebotol cencaluk boleh selesai dalam tempuh tiga hari saja. Confirm Alia orang Melaka. Tapi, sekarang ni, secolek cencalok pun dia tak nak. Saya pula, cencalok suka, tapi sambal tempoyak tak minat. Kalau gulai tempoyak ikan patin, tak apa. Memang kesukaan tu. Number one.
Ok berbalik bab persediaan ni, sambil menyulam menyembat itu ini, sambil mengarang skrip. Bukanlah beriya-iya nak berpantun seloka. Cukup setakat mukadimmah yang cantik, sedap didengar, sebagai halwa telinga.
Apapun, memang tak berhajat nak buat adat istiadat yang berlebih-lebihan tu. Kalau ikutkan hati, bersanding pun tak mau. Alia pun setuju. Tapi bab ini belum ada keputusan muktamad. Apapun, yang penting akad nikah.
Sesaat, teringat kenangan lalu. Sekitar Oktober 1990, kecuh emak ayah buat persiapan pernikahan saya. Cepat masa berlalu, sekarang giliran Alia pula. Jadi, kita penuhi saja permintaan anak. Kata ulamak, takdir kita sudah ditentukan lebih kurang 50 ribu tahun sebelum roh ditiup ke dalam rahim ibu. Wallauaklam.
Jadi, setiap saat saya berdoa semoga takdir anak saya ini manis manis saja. Akhir kalam, wassalam
captions: Alia dah nak kawin. Arina baru 12 tahun. Maknanya kalau panjang umur saya, lama lagi baru saya akan sibuk buat majlis kenduri kahwin Arina. Masa tu tak tahu berapa pula harga sebuah kenduri kendara menyambut anak menantu.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
10 comments:
selamat menyambut menantu Kak jun...tak sabo nk tgk kek pengantin..mesti vogue!
alahai kak Jun, dalam gelak hati jadi simpati. RM60K tu boleh buat deposit beli rumah untuk pengantin. Betul tu, bukan soal ada duit tak ada duit tapi perlukah berhabis beratus ribu. Hihihi.. macam nak beli kotak pensil aje jer.. kotak pensil pun skrg dah mahal2.. dari yang setingkat sampai yg bertingkat2..
Aslmkum K.Jun
perkahwinan pertama dlm famili...pasti meriah nanti.ttg persiapan....bila sembang dg kwn2 yg anak nak kahwin sama mcm k.Jun tulis...semuanya mahal dan byk persiapan perlu diuruskan. moga dipermudahkan urusan perkahwinan Alia...
Kak jun, telan ayaq liuq sat tengok ribu riban tu. Huhuhu kalau saya, mahu pengsan dulu. Celik2 demam mengigil. Harap2 dipermudahkan segala urusan perkahwinan Alia. Jaga kesihatan ya kak jun.
Tq ummi. Kek pengantin kena tempah....kalau semua nak buat , tak terkendali jwbnya.
Memang tak sanggup nak membazir sampai mcm tu sekali....kalau harga macam pencil box mydin....pukal pukal.....ok juga
seramkan..riburaban
Visit http://whenheproposedisaidyes.blogspot.com/2013/01/pretty-pelamin-below-5k.html
Penulis blog Yuyu (TV3) ada recommend beberapa vendor perkahwinan yang bagus dan bajet ....
Thx rose.....
Betul mamasya...semua mahal....nilai rm jadi sangat sangat kecil. Agaknya dubai mcm mana ya?
Post a Comment