Followers

Thursday, January 3, 2013

3113

Assalamualaikum

CANTIKKAN nombor hari ini, 3113. Adakah sesiapa yang meraikan acara istimewa hari ini. Kalau ada yang nak meminang, sediakan saja hantaran 3113. Angka itu boleh saja menjadi RM31.13 sen atau RM300 dan RM10 dan RM13 sen. Atau kalau nak lebih hebat penyataan cinta, sebut saja RM30 ribu dan RM100 dan RM13. Tapi, siapa boleh kata apa-apa kalau jumlah hantaran yang termaktub ialah RM300 ribu dan RM100 dan RM13 sen. Sen kat hujung tu buat syarat saja, penyeri angka. Apapun, adakah yang berani menyebut lebih daripada angka itu? Mungkin pewaris telaga minyak sanggup kot!  "Aku terima nikahnya, si polan binti si polan, dengan mas kahwinnya RM3 juta, RM100 ribu dan RM13 sen, tunaiiiii!!!!"

Confirm mak pengantin pengsan! Wuhuuu! Sojuk perut omak. Tidaklah pula termimpi nilai sebesar itu. Kalau pihak lelaki bersungguh-sungguh nak memberi, kecil tapak tangan, nyiru den tadahkan. Besar nyiru tu, sebab banyak yang nak 'ditadah'. Kata orang, nyiru itu gunanya untuk menampi. Jadi jangan kita tertampi-tampi pagi dan petang. Tup tup, padinya sambang. Confirm mak pengantin pengsan. 


Begitulah kisahnya, nikah kahwin dan angka. Sejak awal sudah bermain nombor. Berapakah mas kahwinnya? Berapakah wang hantarannya? Berapa dulang nak dibawa? Berapa pula jumlah tetamunya. Tarikh langsungnya? Bila? Berapakah itu...berapakah ini? Semuanya berkaitan angka. Kesudahannya yang pening siapa? Bapak pengantin (perempuan) ler. 


Fobia encik Bapak dengan angka. Emak pengantin pun mabuk lauk juga. Tak tahu nak memulakan kerja sebab pegang apa pun semua main 'tus tus', 'bu bu'. Hai, semeter kain sampai seribu, mampu? Memang saya siang siang dah angkat bendera putih. Tak sanggup nak membazir setara itu. Memanglah kata orang tu, ada duit semua boleh dikuit. Ada wang semua boleh kita bayang. Tapi, berpada-pada juga dengan apa yang hendak dikuit dan dibayangkan itu. Tapi, masalahnya, benda paling basic, paling simple pun cecah angka puluh ribu juga. Tak tau nak pegang yang mana dulu? Baju? Bunga telur? Pelamin?  Khemah macam mana? Hujan lebat, tenggelam segala-galanya. Aduh. Memang itulah hakikat, nak mengahwinkan anak lebih susah dari beranak.


|
Dan lumrahnya, memang kebanyakan orang tak merancang pun bab anak ni. Orang Islam, khususnya. Kita berpegang hukum hakam agama. Asal lekat, jadi. Asal lekat jadi. Tahu-tahu, apabila dibilang, punyalah ramai anak sampai tak cukup 10 jari. 

"Takpa, rezeki Allah yang kasi. Anak tu anugerah." Alhamdulillah. 

Tapi jangan bela anak macam campak benih taugeh sudahlah ya. Asal ditabur, tumbuh berterabur. Makan apa, pakai apa, sekolah mana, semua main taram saja. Belum lagi disentuh bab agama (tak mau sentuh soal ni sebab kita bukan uztazah bertauliah). Jadi, lebih baik dok diam-diam jaga anak sendiri.

Tapi, yang pentingnya, kalau seorang anak nak kahwin emak ayah dan pening. Bayangkan kalau sedozen. Kalau jutawan, tak ada masalah. Nak kahwin kat mana? Besar apa? Konsep apa? Kayangan dewangga....semua boleh dicerna. Open cheque lagi, siapa pun, pasti happy. 
Tapi masalahnya, jutawan jarang beranak banyak. Kalau ada pun, paling ramai setakat tiga, empat orang saja. Kalau cecah sampai 5 tu, memang bonus jawabnya. Tapi ada juga jutawan beranak sampai 10. Tapi tenguk pula, isterinya pula ada berapa? Semaksimum 4, jadi seorang isteri ada dua anak. Hak lebih tu, daripada bekas isteri. Gitu. Tapi, hakikatnya jutawan lebih banyak menghabiskan masa merancang dan membina strategi.  Bisnis semakin berkembang, jadi beranak pun jarang. 


Kalau golongan marhain mana faham bab bab strategi ni. Main redah jer. Susah nak diulas bab ni. Tapi saya ingat kata-kata Pak Adi, "orang dulu dulu mana ada televisyen, lepas Isyak terus tidor. Letrik pun takda. Jadi, kalau dah terkelip-kelip dalam gelap tu, tau ler!" Gitew!


Apapun itu cara orang zaman dulu. Orang sekarang kena cipta banyak strategi, kalau tidak tak menang tangan, berlarilah kita sampai tak nampak kaki. Hatta nak masak hari hari pun kena ada strategi. Dan bercakap bab ini, cara emak saya paling genius, penuh strategi. Kalau tak percaya, cuba tenguk, gambar apakah ini?



Inilah bahan masakan yang dibekukan untuk kegunaan segera. Ketulan coklat perang di sebelah atas kiri tu ialah rempah tumis. Kalau nak masak kari ikan atau daging, cuma masukkan saja ketulan tu dalam periuk. Seketul atau dua, bergantung berapa besar hidangan disediakan. Reneh denga secawan, dua air kosong, apabila dah menggelegak baru dimasukkan ikan, ayam atau apa-apa saja mengikut citarasa. Dan akhir sekali cuma tambah santan. 

Jadi, tak payahlah hari hari nak terkial-kial hiris bawang, halia segala. Tumis itu ini. Remeh sungguh proses pengulangan ini. Kata emak, buang masa dan tenaga. Walaupun dia tak sibuk membela cucu tapi dia ada agenda tersendiri. Setiap hari dia ke kelas agama. Jadi sebelum pergi dia akan keluarkan siap siap seketul dua rempah dan herba untuk dinyahbeku. Balik dari pengajian, baru disempurnakan rupa gaya gulainya. Nasi cuma dihangatkan dalam periuk elektrik. Wallah! Siap hidangan tengahari. 


Ok, yang coklat tu pula ialah kerisik. Mak buat sendiri. Lebih bersih, katanya. Memang betul pun. Semuanya tentang halalan toyyiban. Kerisik penting dek. Tak sedap rendang, especially Rendang Tok, tanpa kelapa goreng ni. 


Dan yang merah dan putih tu apa pula. Ha, merah tu adalah ketulan cili mesin, untuk masak segala jenis sambal tumis dan yang putih tu, pastilah bahan penting masakan Perak....apa lagi kalau bukan tempoyak! Iya. Tempoyak pun emak kita bekukan. Berpuluh-puluh ketul dalam peti ais tu. Tahan berbulan-bulan.  Pernah terjadi, satu waktu dulu emak ada pembantu rumah Indon. Pagi pagi buta lagi emak dengar maid tu menggoreng sesuatu, cepat cepat emak menerpa. 

"Kamu goreng apa tu?"
 "Nugget," katanya.

Terbeliak mata emak sebab yang dikatakan nugget itu adalah ketulan beku tempoyak. Alamak! Kami semua tergelak...LOL!


Begitlah ceritanya. Pendek kata kalau emak saya ni wanita korporat, harus besar empayar perniagaannya. Tapi, membesar kami adalah kejayaan terunggul mak bonda. Alhamdulillah. Semua sihat, cantik lawa kacak bergaya (LOL) dan genius juga (itu yang pentingnya...he he). Oh! Mak bonda, i heart you.

 Ketulan kerisik, mak bonda, sedia diguna...bersih dan sedap pula.






Dan ini pula laksa emak yang sangat sedap dan yang saya nak cerita kat sini ialah kuahnya. Emak suka makan laksa, jadi dia akan masak banyak banyak kuah laksa. Apabila sudah sejuk, emak tuang dalam plastik, ikat kemas-kemas dan bekukan (juga). Jadi, laksa tersedia 24/7. Kalau tiba-tiba tetamu bertandang, emak tak panik sebab ada benda nak dihidang.


Begitulah kisah, mukadimmah diarikasih.com untuk tahun 2013 ini. Azam tahun baru? Mahu menjadi lebih cun dari semalam. Boleh gitu? He he he. 


Memang lumrah kalau ada berazam nak terus sihat dan rezeki melimpah ruah. Ada yang tak mau berazam? Bagi saya itu satu kesilapan besar. Memang benar, azam bukan untuk awal tahun saja, tapi setiap saat dan masa. Tapi kita perlu ada matlamat. Kalau orang main bola, mesti nak sumbat gol. Jadi, azam itu umpama magnet. 

Akhir kalam, wassalam

5 comments:

indahhouse said...

Salam kak Jun,
Oh.. i heart this. waktu yang terluang boleh belajar agama dan bersantai, tak perlu terperuk di dapur berjam-jam menyiapkan hidangan. Sekali saja penat, waktu lain dah senang. Alhamdulillah..
First time saya tengok dibeku cara kiub macam ni, tak perlu bungkus dalam plastik setiap satu?

zuwaidah said...

Hi Kak Jun

Tengok idea bonda Kak Jun memang molek sesangat utk kaum wanita yg berkerjaya. Hmmmmm apsal saya tak terfikir dari awal buat cam gitu...especially kuah laksa tuu...hmmmmm sangat mengugat jiwa.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Jun,

hehehehehehehehe.. sy rasa mak ngan bapak pengantin dah demam sebelum waktunya. Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Errrr.. mesti esbox opah besar, kan. Sy yg ada 2 biji esbox ni nak sumbat barang absah pun dah penuh apalagi nak sumbat rempah ratus yg difrozenkan tu semua. Yang sy praktikkan (ikut emak sy) sejak dulu ialah kisar lada bawang utk stok sebulan, kalau dah rencah kari, laksa dan kerisik siap, opah memang lebih hebat dari mak sy!!

Roseliza Mokhtar said...

Pernah tahun ni pergi kenduri kawin jutawan yang kat porch ada Bently, Porch & Ferrari etc2 ,tapi yang kagum nya kenduri kawin anak sulung lelakinya macam majlis Aqiqah jer..makan bestlah ..ada kambing golek 7 ekor...so maybe grand and meriah sikit dr aqiqah hehe but memang simple sangatlah agak2 tak lebih 30K punya belanja...nothing to show off ..ingatkan dia ada buat majlis lain kat mana2 hotel utk raikan kawan2 yg tentunya orang kaya giler juga ...tak ada!! tapi later dapat tahu tetamu yang dalam 40 orang dr rumah anak2 yatim dapat "angpow" RM200 sorang...Ya Allah...untungnya orang kaya macam ni, Allah kasi kaya dunia akhirat...oh jelousnya

Oh Oeya said...

Assalamualaikum Kak Jun.
Begitu giliran kita pula jadi emak dan bapa pengantin ya Kak Jun. Rasa cepat sungguh masa berlalu kan. Sudah mau bermenantu. Moga dipermudahkan persediaan, lancar dan diberkati majlis tersebut nanti, Ameen.
Nah, hebat Nenek Kasih. Ilmu dan teknik yang sangat baik untuk diikuti. As salam buat Mak Kak Jun. :)