Followers

Monday, December 10, 2012

SOHO

Assalamualaikum

MEMANG bertuah sangat kalau saya boleh duduk bersandar untuk 15 minit, tanpa bergerak-gerak. Maksudnya, melepak penuh perasaan, dengan fikiran kosong -- sekosong-kosongnya tanpa buat apa-apa. Memang itu sangat mustahil. 

Kalau ada pun, maknanya saya sengaja mencuri waktu dan dalam masa yang sama terus rasa bersalah kerana duduk melepak saja sedangkan ada banyak benda yang perlu dibereskan. Inilah hakikat apabila kita berpejabat di rumah. Small Office Home Office a.k.a SOHO. Kalau banyak kerja pun nampak macam tak kerja. Kalau dah buat kerja pun, masih nampak macam tak siap juga. 

Pagi saya bermula seawal 4.30 am. Kadang-kadang lebih awal lagi. Memang mata ni celik jer secara automatik. Jadi, pandai pandailah nak buat apa yang patut. By 7 am, saya dah turun ke bawah. Biasanya saya akan on TV, tapi tak tenguk pun. Saja nak dengar bunyi suara...macam ada 'orang menemankan' kita kat dapur. Saya akan keluarkan butter dan susu untuk mendapatkan suhu bilik sebelum diadun apa yang patut. Kalau sibuk macam mana pun, saya takkan baking pagi-pagi buta. Kalau malam, my last tray masuk oven ialah 8 pm. Jadi kena plan betul-betul jadual kerja sebab saya tak mau bising, kelentung-kelentang pagi pagi buta atau tengah malam, nanti ganggu jiran. Kita semua penat kerja, bekejar satu alam...jadi balik rumah tentu nak rehat, tidur seenak-enaknya. Kalau dapur saya asyik tak 'tidur', cuak juga. Kan?

Hanya selepas anak dan encik Suami keluar dengan urusan masing-masing, baru saya duduk sekejap, minum teh panas (tanpa gula) sementara tunggu cake dalam oven siap atau mesin basuh baju senyap. Kalau masa tak sibuk, saya akan berdandan lebih kurang, sebab nak memenuhi undangan. Ada yang ajak sarapan dan kadang-kadang brunch. Kalau anak ke sekolah, `Cinderella' ni kena balik rumah sebelum jam berdenting 12 tengah hari. Nak kutip anak pulak!

Tapi dek kerana sekarang ni anak bercuti, dapur saya dah jadi macam cafe 24/7. Pening juga Chef 'bidan terjun' ni, sebab depa ni (Arina + Kasih) macam anak burung Kelicap...ciap ciap ciap,selang sejam minta makan. Asyik cari benda mengunyah saja. Tambahan pula sekarang ni musim hujan. Tentulah cepat lapar! (Tak tau pula saya, rupa-rupanya main game dengan tenguk kartun ni memenatkan! Gitu?) Banyak pakai tenaga agaknya ya? Itu yang sekejap sekejap dah lapar. Memang bertuah sungguh anak-anak orang Malaysia ni, sambil makan mata tak lepas dari skrin TV. 

Makan nasi tak suka (sangat), asyik nak makanan Barat. Macamlah lahir kat London Paris. Padahal Parit pun belum pernah pergi. Si emak ni dah tak larat dah nak berspagetti dan bermakaroni setiap hari. Kalau terpaksa juga makan nasi, depa cuma nak bertemankan telur dan ayam goreng saja. Tak payah nak muhasabah dengan depa ni dengan cerita anak-anak di Syria atau Palestine. Kalau keluar kat TV tu, si emak ni cepat cepat panggil si anak, untuk sesi membebel, "hah tenguk budak-budak ni. Depa semua anak yatim piatu tau. Makanan pun tak cukup! Tempat depa perang tau. Semua kena bom. Mak bapak kena bunuh."

Ok. Depa tenguk. Depa angguk. Tapi, belum sempat si emak menghabiskan ayat, si anak dah `bukak katup' peti ais tu. Berbelas-belas kali, mencari kudap. Macamlah peti ais tu kotak hikmat -- now you see, now you dont! Berharap kot, buka takda kek. Tutup. Lepas tu bila dibuka balik seminit dua lepas tu, menjelmalah berkotak-kotak coklat... ais krim....kek.....jeli....candy...air gas....vitagen...tropicana twister, coke!  Gitu? Hai...anak-anak. Buat masa sekarang kita ni semua bertuah, makanan kat Malaya masih melimpah ruah. Emak masakkan saja selagi terdaya. Takkan bila dah sakit, baru nak hulur segala epal dan anggur!? Tak sesuai langsung. Kan!?

Jadi, itulah sebabnya blog kita ni selalu terabai. Nak sambung cerita pun selalu terbengkalai. Kerap terjadi, saya dah taip separuh cerita, tapi apabila ada hal berbangkit, terus simpan dulu draft tu. Kesudahannya terperap saja. Kadang-kadang sampai berhari-hari dan apabila nak sambung semula cerita dah malas sebab suasana dan latar waktu dah tak sejajar dah dengan yang terdahulu...semua dah lari conti. Nak feeling feeling pun dah tak menjadi :-)

Well...maknanya sambungan cerita si buah kepayang itu pun masih diawang-awangan. Kita makan spagheti ni dululah ya. Can wait rite? Canlah.


Saya jamu (mata) dengan spaghetti ni dulu. Buat untuk makan tengah hari tadi. 




Cream puff ni pula juadah untuk sarapan semalam. Resepinya lebih senang daripada yang selalu saya guna pakai. Nanti saya taip ya. Resepinya saya ambil di Allrecipe.com.

Akhir kalam, wasalam.

Tata



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone




5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

okey.. beri laluan... beri laluan...

kesian.. mesti Kak Jun pun macam mak burung kelicap yg tercungap-cungap ;-)))))

sebenarnya dua kali lima jugaklah dengan Yaya tu, asyik buka tutup peti sejuk.. kita ni kena standby pencuci mulut bercawan-cawan, hehehe

m.u.l.a.n said...

thanks banyak10x singgah blog saya...

ohhh kalau saya berjiran dgn Kak Jun, bahagia nya jiwa... dapat bau pon satu rahmat...

musim cuti sekolah ni, bebudak ni makan 10x sehari.. nak buat camna kan.. sink tak pernah kosong..

shaty said...

as salam kak Jun .. beriklan lagi lah nampaknya. Ermmm .. sabar tahap gaban dah ni :) .. nunggu kesinambungan kisah ' lelaki misteri masuk taman ' tu .... janganlah le lama sangat mendera perasaan kami .. kak jun . Plzzzzzzzzzzzzz

zue said...

kak Jun! salam sayang dari Alor Staq! ni tengash tunggu anak teruna call nak balik dari main badminton. cuti sekolah pun sama naik busy dgn masa hari sekolah, jadi drebar.
zue buat cream puff pagi ni, customer nak datang so sediakan yang mudah dan segera, taklah segera sangat tapi sebab dah lama tak buat, pastu zue try buat apple crumble yang dah KIV sekian lama

lunch hari ni sister in law called ajak makan di rumah dia, phew1 lega lunch tak yah masak and at least ada buah tangan pergi rumah dia, sebab pagi ni buat cream puffs and apple crumble tu.
spaghetti our lunch menu two days ago, Tsara' my eldest daughter yang buat, slowly nak ajar dia ke dapur, dah habis SPM, no more layanan istimewa, now kena masuk dapur tolong mama.
ooops, look at the time, nak kena keluar dah
nanti sembang lagi kak jun, miss spending time at the Loaf with you......take care!

Ezza Muffinbiru said...

Salam..
Dulu masa anak anak saya masih kecil..begini lah gaya nya ..cuti sekolah ialah makan makan ,main game dan TV...tapi mereka idak ler nak makanan speggeti ke makaroni ni..mau meraung laa anak anak saya ni mintak nasi...hahaha..tapi bila sorang sorang keluar rumah untuk sambung belajar dan pindah sebeb kawin...kita lak makin sunyi...masak pun asyik tak habis jer..kalau beli roti atau telur ker..sampai bercendawan laa ...makin hari makin sunyi lah kita....nak nangis la pulak ni...