Followers

Saturday, December 29, 2012

Ribut Dalam Cawan!

Assalamualaikum


PAGI ini, berbeza semalam. Suara pengetua SMK USJ 4 bergema memenuhi seluruh ruang dewan. Taklimat sedang berlangsung untuk pelajar tingkatan satu. Iya. Rasa macam baru semalam hantar Arina ke darjah satu, hari ini dia dah mendaftar ke kelas menengah. Terasa baru saja menyambut November, esok lusa dah bermula Januari 2013. 

Maknanya, sekejap lagi akan kembali sibuklah emak ayah. Berganda-ganda. Ada emak yang berhenti kerja sebab masalah pengangkutan anak ke sekolah. Tak sanggup membiarkan anak terkedek-kedek naik bas sekolah. Ngeri membayangkan itu ini. Kesudahannya, emak berhenti saja. Uruskan sendiri. Baru puas hati. Tak apa, nawaitu yang seikhlasnya itu mendapat ganjaran pahala yang terbaik daripada Allah Taala. Apapun, penat memang penat. Bayangkan kalau ada empat, lima yang bersekolah dengan macam-macam sesi. 

Ada sekolah pagi, ada sebelah petang, ada kena mengaji sebelah pagi ada ke kelas agama sebelah tengah hari. Along ada ko-kurikulom, Angah ada kelas tambahan, baby bucuk pun nak pergi pre-school. Kat tadika lain, sekolah rendah lain, menengah lain. Universiti pulak lain. Cuba bayangkan kalau si emak ni beranak jarak setahun sorang atau 2, maknanya kalau sederet enam orang, memang lambatlah emak nak `kering kain'.  Agak-agaknya pukul berapa emak bangun ya. 

Mana nak jerang air, dapat suami pula tak berapa nak ringan tulang, tapi ringan hayun kayu golf saja. Si emak kena kejar panas dan hujan sebab dalam dok gaduh nak susun atur anak ke sekolah kena perhati juga kain penuh di ampaian. Dah basuh tiga hari tiga malam, kain tak berlipat lagi, penuh satu bilik. Kesudahannya, siapa nak cari katok, kena dive sendiri dalam longgokan baju baju itu ya. Kalau jumpa nasib baik, kalau tidak, kumbahlah selagi boleh. Ada juga kes, pergi pejabat stokin sebelah lain. Boleh? Kes saya lagi tragis, Kasih bawa stokin untuk bersolat tarawikh. Tiba masa nak pakai, dia buka...wallah...katok abang dia. Memanglah emak ni ajar, kalau lipat katok, nak bagi kemas dan cantik mesti dilipat dan digulung bulat macam stokin. Tapi, kenapalah disimpan katok bersekali dalam laci stokin? Aduhai kesian Kasih. Kesian emak. Kesian juga Bapak. Kesian...kesian kat semuanya. LOL!  Begitulah kesudahannya kitaran hidup kita. 

Teringat kawan saya, Puan C. Ini cerita lama...bertahun-tahun dahulu. Kalau saya nak arrange fashion shoot dengan dia, mesti dilewatkan sedikit sebab dia kena ambil dan hantar anak ke sekolah dan ke rumah baby sitter. Dalam but keretanya penuh baju, beg dan kasut sekolah anak. Buku pun ada. Bantal dan selimut usah cerita. Anak tidur baring, makan dan buat homework dalam kereta atau kat Mc D. 


Kisah Puan B pun best juga. "Setiap hari aku kena bawa kereta keluar masuk porch ni 25 kali. Minimum."


Macam nak terjatuh rahang saya ni  mendengarnya. Penat tu. Reverse - drive - parking....hon hon...masuk pagar. Tutup. Reverse - drive - parking....hon hon...masuk pagar. Tutup. 

"Tangki minyak kereta mesti dipenuhkan setiap malam, at least RM50. Air minum and bekal semua dah bersusun kat kabinet dapur by midnite. Ada yang masuk peti ais dulu, cuma dipanaskan. Itu sesi petang. Dah takda masa nak berkejar pagi-pagi. Isi minyak, isi itu, isi ini. Aku buat jadual breakfast lengkap sebulan...kitar semula setiap minggu. Dapur aku macam kantin sekolah. Habis tu, anak tujuh. Basuh kain macam kedai dobi. Kena beli mesin kering kain heavy duty." 

Memang tabik spring kat Puan B & C. Ibu muda. Seorang ada 2 dan seorang lagi tujuh.Puan B model, sentiasa cun. Puan C, bukan model, tapi cantik bergaya juga walaupun anak berderet. Ini kes terpencilkah?

Apapun, kebanyakan emak yang kena bersilat 24/7 macam ni, memang lunyai. Selesai. Kalau nak cerita bab ni, tak habis satu hari. Tak sempat nak ke salon. Tak sempat nak belek muka. Tak sempat nak sulam rambut. 

Apa pun, saya tetap lega sebab sekolah menengah dekat dengan rumah. Cuma 5 minit berjalan kaki. Sekolah rendah pun dekat juga. Tiga minit jalan kaki. Tapi, dek kerana sesi persekolahan Arina dan Kasih berbeza - pagi & petang, maka saya rasa pasti akan ada ribut juga dalam secawan kopi nanti. Harap-harap bolehlah diladeni. In Syaa Allah. 

Akhir kalam, selamat menikmati hari-hari terakhir bersantai untuk emak ayah semua.

Wassalam.


caption: Kedai kek dah jadi kedai jahit pula. Sumpah...encik Suami tak paksa saya buat semua ni. Memang saya yang ketegar...nak juga jahit sendiri. Saja suka suka nak menyakitkan belikat ni.  Sekolah dah nak buka, baju kurung Arina baru siap sebelah saja tangannya. Agak-agaknya sempat ke saya nak menyiapkan 5 pasang seorang ni? 10 kain  & 10 baju & 10 tudung! Pengsan!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone









9 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Jun.
Saya yang anak satu ni pun terkejar-kejar adoi tak boleh dibayangkan orang yg anak 7. Mintak-mintak tak ada yg pengsan dalam kereta atau kereta yang pengsan akibat keluar masuk porch 50x... errr..

Gelak besar2 baca kisah Kasih.. hahahahahaha.. adoi, ni pun nak gelak lagi... hehehehehe

ME said...

Dalam ribut kita bahagia kan? Punya anak untuk dimanjakan. ... I dah start miss these when kakak dah habis sekolah & my 2nd one will take her spm next year.. Yg sek 2013 both will be at hostel.... Rindunya time bergegas fetch them from primary &send to sek agama.. Arrange tuisyen at home with frens & all... Owh..

Jun said...

seri...memang kelakar kes stokin vs katok tu. tapi kalau tenguk sendiri...lagi lawak kejadiannya..

Jun said...

...emak kena cari aktiviti lain....nanti hati sarat rindu...nangesss

Roseliza Mokhtar said...

Oh K Jun maaf tak sempat kita nak kopi2 waktu cuti sekolah...yang pasti Cinderella dah lama tak pakai kasut tumit tinggi,hanya berselipar berlari sana sini....

zue said...

KAK JUN! jangan pengsan dulu! hehe.... zue tingsaal dua orang je nak pi ngantaor and ngambil anak sekolah, my eldest Tsara' dah habis SPM, tinggal ameer dgn batrisyia je.....selamat menyambut tahun baru 2013 kak jun, counting days to june 2013 ya.....

zuwaidah said...

Kak Jun, kali ni memang gelak habih baca entry Kak Jun...tergelak kuat juga tadi (di ofis ni masa dok baca entry kak jun ni hihihih). Tak menahan bila kena dive cari stokin, cari katok hihihi...(meh nak bayangkan)
Apa pun Kak Jun, semoga 2013 membawa lebih kebahagiaan dan rahmat pada kita semua. Amin.

Nur-nba said...

Tergelak Nur baca kisah akak ni.. macam mana boleh tercampur seluar katok tu.. hehe..

Buat ibu2 yang memiliki anak bersekolah tentu tak menang tangan melayan keperluan anak2.. Rajinnya Kak Jun menjahit.. Banyak pula tu, 5 pasang... Selamat Tahun Baru buat kak Jun..

Oh Oeya said...

Best! Gelak! Kisah kawan Kak Jun yang sedang Oeya ladeni. Alhamdulillah diberi peluang oleh ALLAH melakukannya.
Aduhai Kasih yang comel :))

BAKING FOR KING

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007