Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, December 27, 2012

Kembang Penghujung Musim

Assalamualaikum

PAGI ini  masih dalam mode percutian. Jauh di Selatan. Semalam agak dukalara. Seharian berbaring saja. Tak mungkin ke Senibong lagi. Penat berlari menyahut panggilan hajat selang seminit...sampai badan lembik macam sayur lecur. Kupang oh kupang...memang ngeri mengingatkan tragedi sekupang. Hanya satu...cukup membuatkan satu badan letih beku. 

Tapi hari ini sudah kembali sihat walafiat, Time to explore....more..!!! Tapi sebelum tu kena bawa pink merah jambu mandi di pool dulu. Seharian budak tu boleh berendam. 


Sementara nak menunggu si little mermaid naik ke darat saya share dulu gambar kek yang sempat saya buat sebelum Cuti Cuti Malaysia. kek hantaran kahwin dan untuk majlis potong kek. Musim cuti sekolah pun dah sampai ke penghujung. Sekarang tempahan untuk Januari dan Februari dah mula memenuhi buku 3 lima saya. Saya ambil sebiji dua saja seminggu. Maklumlah tak ada pembantu. Dah selesa dah bekerja sendiri. BUnga-bunga gum paste untuk hiasan saya buat in advance. Ada yang bertanya, berapa lama bunga-bunga ni boleh bertahan. 


Well, setakat ni....enam bulan pun ok. Tak berkulat atau bercendawan. Warna pun tetap kekal menawan. Jadi kalau ada order, saya cuma masak kek, balut fondant dan susun bunga. Stock cukup. In Syaa Allah.











Cantikkan bunga-bunga ni (mestilah kena puji diri sendiri...penat membuatnya). Kek ini ditempah oleh Fatimah untuk majlis perkahwinan adindanya. Baik sungguh kakak. Kata orang, bukan senang nak buat kenduri kahwin ni. Banyak tenaga, masa dan yang penting duit.....hangus. Kalau semua nak dibebankan kepada bahu pengantin atau emak pengantin sahaja, memang bengkuk dibuatnya. Jadi, ramai juga pelanggan saya yang menempah kek untuk kawan-kawan dan adik beradik. 


Jadi kalau ada yang sudi sponsor kek, maka selamat juga budget pengantin. Dapat juga pasangan baru kahwin ni merancang beli barang lain selepas kahwin nanti. Netul tak? 


Bercakap pasal ni, terharu juga saya sebab dah ada yang nak sponsor itu ini untuk wedding Alia nanti. Saya tak berani nak cerita lebih lanjut bab majlis perkahwinan anak sulung saya tu sebab semuamya dalam ketentuan takdir Allah.


Tapi apa yang boleh saya katakan ialah....pening!!!!


Banyaknya benda nak buat. Dan saya pasti, walaupun dah ambil kira semua perkara, pasti ada juga yang keciciran. Bagi memudahkan perbincangan, saya suruh Alia buat proposal. Encik Suami pula buat budget...dan setiap kali ditokok tambah....mesti $$$$$ bertambah...aduhai. Maknanya, kalau nak kahwin di zaman serba ada ni, kena siap fulus...cukup-cukup. Garu kepala tak habis ni!!!






 Kepada, Fatimah...terima kasih atas tempahan ini.




Ini pula kek yang ditempah oleh teman kepada pengantin baru. Sponsor lagi. Bagus tu. Bukan senang nak dapat kawan baik macam ni. Teruja betul saya buat kek ni sebab suka warna biru tu. Dah rancang nak buat kek Alia....tapi budak ni lebih cerewet lagi. Banyak songeh. Nak design macam ni..macam ni....macam ni...! Jenuh. Mentang-mentang emak tukang buat kek. Nampaknya saya kena jahit semua manik and labuci kat baju say atu awal-awal, sebab nanti nak kena siap hantaran si Alia ni pula. Bukan main-main punya permintaan. Hem....memang Tuan Puteri Pucuk Kelumpang!




Ini pula kek ditempah oleh Nahlah...untuk anakandannya, Hanan. Sedap nama emak dan anak. kek ini bertema burung-burung dan taman sebab majlis harijadi Hanan yang ke-dua ini disambut di taman burung.

Happy birthday Hanan.

Akhir kalam, selamat menikmati percutian sekeluarga kepada yang masih bercuti...terutama untuk Shashu yang mungkin tengah gayat naik buaian pusing kat USS tu. \

Wassalam

4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Aduhai kandaku, apakah kisah sekupang itu (?), kasihan kandaku.

Hnahdy said...

cantiknya

zuwaidah said...

Kak jun. Moga cepat sembuh. Tak best kalau cuti2 malaysia badan tak sihat. Jaga diri naaaaaaa

s h a said...

Cantiknye bunga2 tu kak.Kreatif btol akak.Setuju...banyak duit kena sedia untuk kahwin.Huhuhu.