Followers

Monday, November 12, 2012

Seminit


Assalamualaikum

JIKA dimbas kembali, saat kejadian detik demi detik, rupa-rupanya yang membezakan antara sihat dan sakit hanya seminit. Allah swt yang memiliki takdir kita. Manusia ni sebenarnya tak punya apa-apa dan sering pula alpa. Itulah saya. Sibuk memanjang sampai buat buat tak perasan bahagian kiri dan kanan pinggang ni sering rasa menyucuk-nyucuk. Walaupun tak kerap mana tapi apabila sesekali ngilu tu datang berbekas lama juga sakit di pinggang. Tapi, itu pun tidak cukup untuk membuatkan saya panik dan cepat-cepat cari doktor. Dalam hati tu selalu ingat, 'alah, tak ada apa-apa tu.' Rupa-rupanya duka sudah menunggu di sebalik pintu. 

Nah kau, Rabu lalu, selepas saya selesai memasak 4 biji kek coklat tiba-tiba sakit datang menyengat. Mula-mula sekadar berkerut dahi. Tapi selang seminit kemudian, ngilu semakin kuat sehingga menyebabkan seluruh muka saya ketat. Sakit...sakit yang amat sangat dan setiap minit perit bertambah dan tau tau saya dah  rebah. Berguling-guling di atas katil 360 darjah. Saya cuba bertahan juga sebab mengingatkan 'banyaknya kerja aku menunggu kat dapur tu.' Tapi, apabila rasa sakit dan perit menjadi tenat dan semua jari saya sudah lebam biru dan kaku maka saya terus call encik Suami. Itu saja yang saya ingat -- 20 minit yang sangat menyakitkan dan saya ingat itu adalah panggilan daripada Tuhan. Seriously, saya selalu ingat mati saja. Mana kita nak jangka dalam dok sihat berdiri tegak, tiba-tiba boleh berada di ICU. Bilik kerja saya berterabur dengan segala bunga gum paste yang dah dikeringkan, cuma menunggu untuk diikat dan digubah. Hati siapa tak gundah. 

Tapi, apapun, syukur alhamdulillah. Setakat ini saya sudah pun melepasi tahap kritikal itu. Alhamdulillah...dengan izin Allah, maka dengan teknologi sekarang yang canggih sangat dan dengan RM10 ribu, dapatlah dikeluarkan batu 'permata' berlian kat buah pinggang saya tu. Alhamdulilah, dengan kecanggihan teknologi juga maka tiada segaris parut pun ketara dan saya dah boleh memandu sesaat itu juga. Alhamdulilah.


Apapun, banyak hikmah di sebalik kejadian itu. Banyak. Allah swt mengirimkan hujan lebat dan puting beliung kat saya sebelum mengirimkan pelangi. Seriously, tak habis habis saya menggeleng apabila mengingat atur cara perancangan Allah swt. Ada hal yang saya doa setiap hari kat Allah, dan akhirnya apabila Allah makbulkan -- diberikan secara pukal. Sakit secubit, tapi diiringi imbuhannya setinggi bukit. Perinciannya, tak payahlah saya cerita kat sini. Betul tak? Itu peribadi. Tapi moralnya, doa itu senjata mukmin, The power of do'a. Itulah hak kita, umat Islam, yang terlalu istimewa. Jangan alpa, jangan terlalu teruja dengan kemampuan kita kerana kalau Allah swt nak bagi bala bukan setakat dengan gempa bumi dan puting beliung Sandy. Tapi mungkin datang dengan sangat halus. Kecil. Sehalus kepala mancis. 

Semoga hal ini tak berulang dan terlanjur bercerita saya nak bagi simple tips kat sini. Kalau you all pernah mengalami ngilu ketika buang air kecil dan selalunya tak lawas, jangan diremehkan petanda itu. Minum air kosong banyak-banyak dan doktor pakar yang merawat saya tempuh hari, Datuk Dr Tan, sempat berpesan supaya sebaik-baiknya saya jaga makan dan buat masa sekarang kena elak makan daging merah, sayur bayam dan segala macam internal organ -- paru, pedal ayam (my favourite tu) dan hati. Hem.....kena pantang banyak ni.


Dan satu lagi, jangan lupa ambil insuran ya adik-adik. Dalam keadaan kecemasan -- antara hidup dan mati, kita rasa pergi kat hospital swasta yang lebih afdal. Bukanlah maksudnya private hospital tu boleh jadi jaminan galang ganti nyawa. Ada stock nyawa. Bukan. Dan bukannya hospital awam tu tak elok. Bukan itu maksud saya. Dua-dua elok. Tapi saya cuma bercakap dalam kapasiti kesakitan yang amat sangat dan nak derita itu dicabut dari badan ni sekelip mata Maka, di SJMC, semuanya tu depa handle macam 'kacang' saja. Apabila confirm kita ada insurans, letak deposit RM6 ribu, maka senyuman manis bergula mengiringi layanan istimewa, kelas pertama. 

Saya bukan nak riak soal status ni tau...tak ada maknanya semua tu. Saya cuma nak cakap pasal sediakan payung sebelum hujan, kalau mampu dan kalau suka insuran, ambil sajalah. Tambahan pula kalau musibah kena ketika kita di luar negara. Betul tak?

Macam kejadian tempuh hari, dalam tempuh tak sampai 10 minit, doktor dah cucuk ubat tahan sakit. Nurse keliling saya entah berapa orang -- sorang check itu, sorang check ini. Sorang ambil tekanan darah, sorang lagi ambil suhu badan...sorang lagi dah pegang mangkuk -- nak tampung kencing saya. Ha, sambil baring dia suruh saya buang air.....tak mungkin keluar dek. Automatik, saya cramp. Malu dan tak biasa. Tapi, begitulah kisahnya. Selepas setengah jam, saya dah terlena kat katil di wad kecemasan. Lega. 

Jadi, tepuk dada tanya selera. Aturlah kehidupan kita ikut rentak kita. Tapi benda ngilu macam ni,tak payah nak tunggu. Tak payah nak rasa. Beringat sebelum kena. Kalau nak ambil insuran, call my big brother (wah....sempat promote lagi tu), Azhari -- Islamic Financial Consultant 012-27-80-801. But, seriously, dia dah berbelas tahun buat insuran takaful dan dia tau yang terbaik untuk cover segala liability atau mengurangkan risiko. Sakit jangan dicari, sihat jangan dipandang sepi. 

Jadi, akhir kalam, kepada yang bertanya -- kak Jun dah sihat ke? Thank you so much. Memang tak terucap dengan kata-kata, rasa terima kasih atas segala kiriman salam sapaan dan doa. Adik bongsu saya drive malam Rabu itu juga dari Kuala Kangsar sebab mak nak datang jam jam tu sebaik sahaja dapat tahu saya warded. Alia yang sedang berjimbaran di Penang dengan kawan-kawan di Penang juga booked last flight malam itu juga. My sisters, Kak Da, Dr Nor dan Nannie, semuanya -- thanks for the ziarah dan doa. 

Dan saya juga nak sebut nama kat sini....kawan-kawan FB dan silent readers blog ni, yang sudi email bermacam-macam jenis tips cara nak hadapi sakit batu karang ni. Terima kasih sebesar taman sepenuh bunga saya titipkan kepada kawan-kawan FB, antaranya Sariyusa Ibrahim, Oeya, Mimi Aryani, Normahaimee, Noza, Aliza, Shikeen, Anna Suhana, Zurena Zakaria, Naliza, Nor Azah, Jamilah Rejab, Jay Jari, Eina Khalili,Siti Jaleha, Morly Mai, Ckin Tigs, Syafarina Teoh, Maniza Mokhtar, Raftah, Hilyati, Rozz Hazidi, Balkish Nor (kakak Chef Amer coklat ni), Suzyanna, Ungku Norashikin, Jiejah KLIA, kak Zubedah Melbourne, Marina di Doha, Mamasya di Dubai, Ratna di Perancis, Saila di Moscow, Miza Tokyo....


..juga buat Aida Osman, Jas, Seq Nisa, Malina, Dr Yati, Dr Ereen, dan pengirim bunga ini, Abby Fana.

....dan semua kawan-kawan yang saya tak sempat sebut nama di sini. Thanks a lot ya. 

Hari Jumaat, sebaik sahaja discharged from hospital, saya cepat-cepat jahit skirt beropol-ropol ni untuk Kasih sebab dia ada persembahan drama di Helen O'Grady pada hari Sabtu (10-11-12). Risau saya mengenangkan nasib skirt Kasih ni semasa kat ward tempuh hari. Alhamdulillah, sempat juga disiapkan. 






Dan saya kongsi juga sekeping lagi gambar anak angkat Rizalman Ibrahim, Ali Nail. Bertuah baby comel ni. Itu saja yang saya dapat ungkapkan...tst!





Insyaallah, kalau tak busy, petang nanti saya kongsi lagi gambar sekitar majlis aqiqah di kediaman Rizalman semalam sebab saya tahu Nor Mahaimee dan Tun Boxhouse Studio tu minat kat Rizalman. 

:-))

Wassalam

4 comments:

Bibu Wilda said...

As salam my sifu :)
Alahai smoga kak cepat sembuh ye..

Oh Oeya said...

Assalamualaikum Kak Jun.
Syukur.. Syukur pada Allah.. Ujian dan nikmat Allah sama hebat.. Sangat terasa.. Ingatan untuk diri ini juga.
Moga Kak Jun sekeluarga terus sihat sejahtera dan diberkati.
Comel sungguh Puteri Bongsu mu Kak Jun.. Aduhai anakanda Kasih, have a great day sayang.
Kau yang ku sayangi Kak Jun <3
Wasalam.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Jun..

Alhamdulillah, ribut yang datang bersama hujan lebat meninggalkan pelangi bila mentari menerbitkan sinarnya kembali.. syukur.. syukur Ya Allah, kerana memberikan kesihatan yang baik supaya kak Jun masih dapat membingkis coretan bermakna di Cupcakekasih ini..

urmmm.. Kasih, tu kalau angin tiup kuat tu, mahu jadi macam Marylin Monroe tu.. hahaha.

zuwaidah said...

Salam Kak Jun, so sorry lambat dapat tahu. Moga Kak Jun sentiasa dipelihara Allah selalu. Hati saya juga pilu mengenangkan ibu yg sakit ketumbuhan di rahim. Tanggal 11/11/12 telah menjalani pembedahan buang ketumbuhan dan alhamdulillah selamat dan dipermudahkan. Sekarang ni speedy recovery. Alhamdulillah. Kak Jun jaga diri yaaaa...sayang selalu.

BAKING FOR KING

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007