Followers

Wednesday, November 21, 2012

Rindu Jamu Tetamu

Assalamualaikum

HARI ini baru terasa ringan bahu ni sebab projek telekung Happycovers dah siap. Jauh telekung tu nak berjalan, sampai ke Palestine. Semoga perjalanan Nur dan anak-anaknya penuh keberkatan dan rahmat Allah swt. Selamat pergi dan selamat kembali. Seronok jahit telekung ni, macam jahit tudung juga. Tak banyak sangat ukuran remeh-temeh. Masih ada beberapa telekung perlu disiapkan. Lama juga tertunggak. Tunggu ya A & M!


Tapi, hari ini KIV dulu semua kain-kain tu sebab saya nak terapi dengan masak-memasak. Dah lama dapur tu tak berterabur dengan gula mentega. Jadi hari ini nak eksperimen dua. tiga resepi yang dah saya kumpul. Semalam tenguk Paula Deen masak segala ayam panggang & kek yang mengetar jiwa. Ina Garten pun sumber inspirasi. Insyaallah, kalau jadi, saya ambil gambar dan share kat sini. Tapi masalahnya saya ni culas sangat nak menaip resepi. Saya lebih rela kemas dapur yang berterabur dari menaip benda ni satu persatu. Teruk betulkan?! Insyaallah, kali ini saya cuba istiqomah sikit..he he he.

Jadi, sebelum logout saya share dulu gambar kek dan cupcakes yang ditempah Azlina. Baik betul kawan kita ni sebab dia tempah macam-macam juadah demi menjamu kawan-kawan. Murah rezekimu wahai Azlina sebab memuliakan tetamu. Sebenarnya saya pun suka masak-masak dan ajak kawan makan Tapi sejak tak ada pembantu ni dah lama saya beku aktiviti tu sebab tak seronok nak sembang-sembang kalau asyik sibuk di dapur adun itu ini. Duduk bangkit, duduk bangkit. Letih. 

Lagi pun, penat masak memasak pun boleh membantutkan mood untuk melayan tetamu. Kan!? (Kesian Asilah & Zarin, dah beribu-ribu kali janji temu kita tertunggak, kan?!) Kalau maid ada tu, ha, kita boleh duduk saja...sebab bab hidang menghidang dan kemas-mengemas beres! Kita boleh bersembang dari mula tetamu sampai sampai mereka berangkat pulang. Saya tak suka biar tetamu dok melangut kat depan, yang kita ni entah hilang lenyap. Depa datang bukan untuk menjadi tugu. Betul dak? 

Jadi, kalau tengah buat apapun, tup tup ada orang datang maka kami, terus drop everything, dan duduk melonggok mengadap tetamu yang sudi bertandang. Hatta, kalau tengah gaduh-gaduh manja pun, tapi kalau ada tetamu dah sampai depan pagar, automatik kami jadi baik...senyum manis. Gurau lawak macam biasa saja. Segala rasa hati kan dalam, kita benam...benam...benam. 

Apa yang ada kat dalam peti ais tu kita punggah, kita masak ekspress pun tak apa, janji boleh jamu selera. Walaupun kawan yang datang tu bukan nak makan sangat, and infact depa mampu nak makan yang sedap-sedap kat luar. Tapi kita berjamu juga sebagai tanda penghargaan. Tak gitu? 

Lagi satu, kalau tetamu yang datang tu memang dah kenal turun-temurun, maka saya kerah semua anak turun dan bersalaman. At least depa kena tunjuk muka sekejap....kenal mesra. Tak suka perangai macam siput...bila ada orang datang semua masuk dalam 'cengkerang'. Dok ralit dengan game dan TV. Benda tu 24/7 depan mata. Kalau orang dah balik, go back to your room. Buatlah apa suka. Tinggal sejam dua tak mungkin demam. Kalau degil juga, saya off WiFi. Berani depa nak on balik benda tu without my permission? Kalau nak suruh buat itu ini pun, and depa ralit juga...culas juga....maka WiFi itu bukan setakat saya off...tapi saya cabut dan simpan dalam almari. Jadi tak payah membebel...pok...pek..pok...pek. Buat dua, tiga kali, depa wajib faham.  Mak tiri sangat, kan?! Sesekali!



Oklah, berbalik bab tempahan Azlina ni. Dia minta saya buat dekorasi macam ni, yang diambil dari koleksi saya yang terdahulu. LOL. Antik betul design ni sebab kali pertama saya buat pada 2009. Saya ingat lagi, waktu tu sepupu Abby Fana menikah. Jadi saya buat sedozen, sebagai hadiah. Masa tu saya rasa susah sangat juga nak menyiapkannya sebab terbayang-bayang idea reka coraknya dalam kepala ni tapi apabila nak diaplikasikan dengan fondant, mencabar juga. Part paling susah ialah nak membuat lingkaran macam bentuk tanda soalan tu. Kalau salah lengkar lengkuknya, nampak kaku. Kata mata sayalah...! Jadi mesti saya buka balik dan buat semula. Tapi apabila dah diulang banyak kali akhirnya jadi mudah. 







Selain cupcakes, Azlina tempah  creampuff dan Red Velvet. Semua penuh nostalgia. Ingat lagi masa Red Velvet meletup di cafe Whisk, satu Malaya mencari resepi. Satu hari saya pernah jual sampai lima, enam biji. Makcik kayo gitu!
Sekarang ni nak buat pun ikut angin, ikut selera anak-anak juga. Saya sendiri dah lama tak menjamahnya. Sedap tetap meletup hangat....tapi cuma selera kami anak beranak jer susah disengat. 



Ini juga cupcakes untuk Azlina, tapi dihias dengan buttercream saja. Lama juga tak buat deco dengan buttercream. Kalau orang order baru kita membuatnya. Inilah meniaga ikut angin namanya....memang susag nak kaya. 

Apapun, akhir kalam, sesiapa yang nak masuk kelas dekorasi gum paste untuk Disember onwards, please email saja sebab saya tak beri tarikh -- semua ikut permintaan.  

:-))

 Wassalam




2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

salam, Kak Jun.

waaaa, mula2 nak nangis dulu. Tadi 3 perenggan type komen semuanya hilang, huhu. Bila nak komen semula rasa dah macam tak kena, maklumlah, apa yg trluah spontan jadi susahnya nak dapat pokok pisang yg berbuah dua kali.

Tapi memang sy sokong bebeno dgn apa yg Kak Jun tulis di para2 akhir tu. Saya sendiri pun terkadang dah jadi macam mak tiri pd anak sendiri.

Untungnya kawan2 Azlina, semoga bertambah melimpah ruah rezeki utk beliau.

zuwaidah said...

Hi Kak Jun, tak terkata saya. Ralitnya mata membaca dari rangkap ke rangkap hingga ke penghujungnya. Penuh gaya, kaya bahasa...anggun mempesona. Ditambah dengan cupcake dihias indah rupa....harus enak rasa.

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007