Followers

Tuesday, November 13, 2012

Hujan Hujan Tetap Masyuk!

Assalamualaikum

MUSIM cuti dah tiba, maknanya musim kahwin juga sudah tiba dan yang paling penting musim hujan....pun sudah berminggu-minggu juga. Ingat tak sebelum puasa dulu, panas bukan main. Saya ingat sangat sebab masa tu kalau nak bakr kek rasa bercinta sungguh! Air-cond kat bilik kerja di sebelah daput tu mesti terpasang dengan suhu paling sejuk. Memang sangat mencabar semasa membakarnya, tapi seronok apabila tiba bab merias kek sebab fondant senang saja diadun dan ditebar atas kek dan yang penting bab membuat bunga (fondant atau gum paste). Cepat saja kering. 

Tapi dalam musim hujan ni, bakar kek pula seronok sebab nyaman saja kat dapur. Tapi sedih menenguk bunga-bunga yang dicanai tapi kelopaknya layu sebelum kembang. Jadi kerana itulah saya menggunakan gum paste saja. Kalau pakai fondant, jawabnya hanya membuang masa. Walaupun dicampur dengan apa bahan pengeras sekali pun, tapi dalam keadaan cuaca hujan lencun lembap begini, seri kelopak akan lesu juga. Hanya homemade gum paste penyelematnya. Atau beli saja bunga dah siap. Senang cerita.

Apapun, saya tak bercadang nak mengadun bunga lagi dalam seminggu dua ni sebab nak kena menjahit pula. Ramai yang nak ke umrah dan bercuti ke Timur Tengah. Jadi saya sakan menjahit telekung Happycovers pula kali ni. 

Kelas dekorasi bunga gum paste yang saya rancang minggu depan terpaksa saya ubah ke minggu depan 24 November 2012. Cantik tak tarikh tu? Sabtu, pagi yang damai...anak semua tengah cuti sekolah. Jadi inilah peluang emak mengepak. Takkan nak duduk mengadap dapur saja. Bagi tugas tu kat bapak. 

Emak emak mari dating dengan saya...sehari suntuk, kita belajar masak gum paste yang terbaik di abad ini...mudah dimasak, mudah diadun, mudah diuli, mudah dicanai dan yang penting....bunga mesti menjadi cantik meletup. Simpan gum paste tu 2 bulan pun tak ada masalah. Insyaallah, tak  bercendawan. Kalau warna pudar, kita boleh cat semula. Mudah sahaja tekniknya. Dan bunga gum paste pula boleh bertahan 3, 4 bulan. Insyaallah. Semut pun tak sudi makan. Jadi boleh buat banyak-banyak, simpan dalam bekas kedap udara. Kalau dapat order, 10 biji kek sekali gus pun kita tak panik. Bunganya dah tersedia. Kita pacak saja. Bayangkan seminggu boleh buat 10 kek hantaran. Hem, bukan setakat balik modal, siap boleh booking latest Coach tau. Busuk-busuklah tu. Tapi kalau nak wangi wangi, sambar CD atau Big C. Apa salahnya. Janji tempahan kek masyuk lebat. Selebat hujan berserta ribut kat luar rumah tu. Kan....!

Jadi, akhir kalam, email saja kat saya, kalau berhajat nak tempah kerusi di kelas ini. Emel kepada cupcakekasih@yahoo.com. Harap-harap tarikh ini sesuai dengan Kak Fauziah di Kedah dan Rahila di Penang serta Zizi di Kucing...amacam? Oke ke?

Sampai bertemu nanti, saya kongsi gambar kek pertunangan ini yang ditempah oleh peminat setia Fauziah Latiff dan Uji Rashid. Siapa lagi kalau bukan my friend, Jasni.



Ok, sambil tatap gambar kek yang cun ni, mari kita jamu selera, cucur ikan bilis yang menggoda jiwa. Sedap cicah dengan kuah kacang atau sos cili. Panas-panas. Sorga.




Wassalam


5 comments:

Amie said...

Lawanya kek! Cucur tu memang menggoda selera di musim hujan!

umiazah said...

salam k jun..
Cantiknya kek dan bunga2 kt kek tu..teringat masa belajar dulu..rugi plk x amik klas bunga peony

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Jun..

terkepak2 juga saya membaca coretan Kak Jun ni, best tu kalau dapat berdating dengan Kak Jun, sehari suntuk menggentel gum paste, agak2 terang tak hati saya ni memintal kelopak peonis tu ya.. rupanya, bunga gum paste ni pun macam macaron juga, merajuk bila hujan tapi senyum sampai telinga pula bila panas ya. Yang pasti, tukang adunnya senyum tak lekang di bibir sebab duit berkepuk dalam handbag, wang besar! wang besar!!

ratu adzza said...

Salam Kak Jun...
Wahhh... terpegunnya tengok peonies merah
membara tu. Apalah campuran warna merah yang akak
guna ye???
Kalau adzza nak buat merah, mesti tak jadi
merah... Bagi petua sikit kak...
p/s: Kak Jun kalau free singgahlah blog adzza
www.cupcakeskembang3bulan.blogspot.com

zuwaidah said...

Kak Jun, kalau saya la yang mengadun bunga2 sperti apa yg kak Jun buat sekarang ni, memang suami tak akan percaya....sebab tangan saya panas hehehehehe....cepat benar bunga akan terkulai layu. Tabik spring pada Kak Jun. Halus berseni, setiap kelopak elok cantik berseri2.

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007