Followers

Sunday, November 25, 2012

Gembira Bersira-Sira

Assalamualaikum

SEMINGGU berlalu macam itu saja. Baru saja Isnin, esok dah nak bertemu Isnin lagi. Baru saja awal bulan, dah nak habis sepurnama. Sekejap lagi Disember dan percikan bunga api menyambut tahun Masihi pun menyala-nyala di udara.

Hem...rasa-rasanya baru saja saya sambut harijadi ke-17...sekejap lagi, dah nak jadi warga emas. Betul tau...memang semuanya berlaku bagai sekelip mata saja. Rasa sakit beranak dan berpantangkan si Arina pun masih boleh diingat dengan jelas, sekejap lagi dia dah nak masuk kelas menengah.

Begini rupa-rupanya perjalanan hidup saya setakat ini. Dulu cantik comel macam Arina (iya ke? LOL!), sekarang uban dah mengintai-ngintai dan terjuntai-juntai.  Saya cakap kat Arina, buku amalan Areen masih baru...masih bersih. Itulah penentu kita, sama ada ke syurga atau sebaliknya. Jangan jadi macam mama, tidur pun kadang-kadang terigau-igau. Arina angguk tanda faham tapi kat telinga tu tersumbat earphone. Lagu orang putih...itu sudah tentu. Nak kata apa. Dah memang begitu kitaran fitrah anak remaja. Dulu saya suka Scorpions -- Still Loving You. Koleksi lagu Arina? Saya tak tahu.

Tapi yang saya pasti, sekarang Arina suka menulis. Minat yang bukan main-main sebab kalau dia penat baca novel dia akan menulis...menulis dan menulis. Katanya nak buat novel. Oh!!! Gitu. Jadi, apabila dia tidur, si emak pun selak-selak buku catatan dia tu. Dah panjang lebar. Berlembar-lembar. Itulah kerjanya sejak selesai UPSR.
Jadi, semalam, encik Suami, bapak si Arina, menghadiahkan anaknya itu dengan sebuah laptop yang sangat comel. Tercapai sudah hajat hati anak mak bonda untuk mendapat gadget idamannya. Kata orang tu, sweet victory.  Suka. Teramat suka.


Ececeh...malu malu!


....senyum gitu!

Tiga minggu sebelum keputusan keluar dia dah demam. Selepas dapat keputusan, segala-galanya kebah. Senyum senang, muka cerah.




 


Dan hari ini giliran mama pula belanja sekeluarga jamu selera. Jalan jalan dan makan makan.

Begitulah kisahnya. Dunia berputar, waktu bertukar. Esok timbul hari baru, minggu baru, cerita baru. Kata Pak Ustaz saat kita tidur, roh diambil dan ketika itu akan berebut-rebut antara malaikat dan syaitan...mahu menakluki jiwa. Hanya amalan dan iman menjadi penentu. Jika masih belum ajal, kita akan bangun semula...menikmati hari baru. Sedikitpun kita tak tahu, takdir yang sudah menunggu.

Akhir kalam semoga takdir esok lebih baik dari semalam. Amin.





Wasalam


5 comments:

Suara Kalbu said...

Salam Kak Jun,

Minat Arina menulis datang dari Kak Jun dan minat dia yang semulajadi.

Ida masih sabar menanti novel karya Kak Jun :-)

ratu adzza said...

As salam Kak Jun...
Semoga sihat, nampak dah ceria tu...
Arina ni muka pun macam Kak Jun, jadi
logik juga kalau dia suka menulis macam akak.
Tak kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...

boxhousestudio said...

Assalamualaikum June

Bila rindu ku datang ke blog mu...muah muah muah

zuwaidah said...

Hi Kak Jun
Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan....semestinya bakat yang dimiliki Arina sudah tentu datang dari ibunya. Moga2 terhasil novel yang dicitakan.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Jun

Wahhhh, ternanti2 Kak Jun menitip khabar Arina, Alhamdulillah, semoga Arina bakal mencipta fenomena, manalah tahu boleh jadi penulis terkenal mengalahkan mamanya pulak, hehe.