Followers

Thursday, November 15, 2012

Cinta Baru Rizalman Ibrahim


Assalamualaikum

Selamat menyambut tahun baru Hijrah.

Sepagi saya berdondang sayang. Bukan menyanyi, tapi sapu minyak Afiat kat pinggang. Makan tak beringat. Malas berpantang. Begitulah kisahnya.

Jadi, saya tak dapatlah nak tulis panjang-panjang. Mari kita nikmati petang tahun baru ini dengan menatap gambar di sekitar majlis akikah baby Datuk Rizalman Ibrahim, Ali Nail. Dah hampir seminggu majlis berlalu. Meriah sekali, dihadiri saudara-mara dan rakan rapat sahaja. 



Lena tidur selepas didodoi dengan ayat-ayat suci al-Quran -- berzanji juga marhaban.



Anakanda sulung Rizalman, Umar Nail yang dah besar dan sangat matured. Walaupun anak manja, tapi Rizalman ni rasanya sangat tegas kalau bab disiplin. Masa ni saya tanya Umar, "seronok tak dapat adik?" Itu soalan wajib, kan? Kalau melawat baby baru lahir, maka abang kakak harus ditebak dengan soalan cepumas tu. Jawapannya, mestilah happy. Tapi mega mendung tetap menyapu wajah. 




Insyaallah, Ali akan terjaga dengan baik. Tenguklah si abang long, Umar yang segak comel berserban dan berjubah. Dia ikat sendiri serban tu tau. Pelajar tahfiz ni dah banyak kali pergi umrah. Ikut babah. Memang anak yang bertuah! Sejuk perut melihatnya.




Kalau nak tahu, Umar dahulu dijaga sendiri oleh Rizalman. Memanglah dia ada pembantu, bibik yang setia, dan kakak yang turut sama sumbang tenaga. Tapi most of the time, Rizalman yang adun sendiri Umar. Ketika tu masih muda belia lagi. Tapi sikitpun tak kekok pegang baby. Kalaulah Rizalman ni beristeri, entah macam mana pilihannya, kan? Mesti yang tiptop mapan. Kalau tak, macam mana nak menyaingi Rizalman. Sempurna -- itu terutama, tiada gantiannya. Sibuk kerja tak usah cerita, tapi demi Ali...majlis akikah berlangsung penuh bermakna. Sedap baby diulik dan didodoi alunan ayat-ayat suci al-Quran. 






Tak terasa masa berlalu. Pagi beraleh petang. Sememangnya kalau berada dalam kediaman dihias penuh berseni begini, hal lain tak terasa sudah gesaanya. Santai saja. Rasa macam nak baring dan terlena. Tenguklah bunga-bungan hydrangea tu. Bukan bunga plastik tau. Segar mekar. 













Dan yang bestnya, petang itu saya dapat berkenalan dengan seseorang yang sangat istimewa kerana saya sangat menghormati kewibawaan bapanya. Siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Kelantan, Dato' Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Awalnya saya tak tahu duduk ceritanya. Maklumlah tetamu ramai dan tak semua saya kenal. Tapi yang pastinya, semua yang hadir itu berstatus dan bergelar saja. Saya seorang saja yang marhain. Kami bersalaman dan saling bertukar senyuman. Dalam dok sembang-sembang, Rizalman datang. Join sekali. Dia tanya, "tau dak sapa nih?" (loghat Penang pekat tu).

Saya geleng.
".... anak Nik Aziz."


Sesaat itu juga saya terus teruja, dan pandang tepat-tepat wajah Nik Asma' Salsabila Nik Abdul Aziz, iya memang ada iras-iras wajah Tuan Guru. 

Wah, sesuai sungguh pula tema warna baju saya hari tu, hijau. Lambang warna parti bapa Nik Asma'. Sejak zaman Vivienne Westwood, I pangkah warna ni tau! Itu pilihan hati sejak dahulu kini dan selamanya, sealiran dengan arwah ayahanda saya juga. 

Begitulah cerita sebuah hari. Semoga nanti kami dapat bertemu lagi, kala bertamu menziarahi Ali. 

Akhir kalam, wassalam

Salam Maal Hijrah dan salam ukhwah.

4 comments:

NenetPenne (NP) said...

kak, dah lama rizalman tak update blog, mujur akak ada bercerita pasal dia kan? wahhhh dah dua orang anak rizalman yer...umar tu comel...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Jun.

Cepatnya Umar membesar, saya masih ingat lagi masa mula2 Datuk Rizalman ambil Umar dulu, rasa macam baru setahun dua, rupanya dah pandai belit serban, Subhanallah. Betul2 membanggakan ayahndanya. Siapa sangka Rizalman seorang pereka fesyen terkenal mampu memberi didikan sebegitu rupa kepada anakndanya. Saya pasti Ali juga akan menutut jejak langkah kandanya, Umar, Aminnnn.

zuwaidah said...

Subhanaallah! Moga dipermudahkan segala urusan buat Datuk Rizalman sekeluarga.

kenny dido said...

Syukur alhamdulillah...

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007