Followers

Friday, May 11, 2012

Lanjutan Kisah Penderaan Bayi...!

Assalamualaikum

SEBENARNYA, saya, juga orang lain, berasa sangat terganggu dengan insiden ibu memukul anaknya sendiri itu. Dua hari warga FB menampi tajuk sensasi ini dengan segala macam komen dan kebanyakannya berbaur kemarahan, kebencian dan bengkak hati panasaran yang tak bersempadan. Sebenarnya, saya juga ada barisan ayat dan kata-kata yang sudah terakam di dada dek rasa sedih.

Tapi selepas ditimbang dan disukat, saya tak mahu menambah garam kat luka yang sudah koyak rabak itu. Walaupun ibu itu sah memukul bayinya sendiri, tapi ada sejalur kasihan juga untuknya kerana pasti ada hal yang sangat dahsyat sudah berlaku sehingga menyebabkan si ibu mengalami tekanan perasaan tahap dewa sampai meroyan.

Jadi, saya hanya 'berdiri atas pagar'. Sekadar membaca saja komen-komen yang ada sambil menahan cuak di dada.  Apapun, malam ini, perasaan semakin teduh setelah membaca laporan daripada wartawan profesional (yang menemuramah sendiri perakam kes dera ini kerana beliau juga turut menjadi mangsa amukan, umpat keji dan hinaan si pelayar laman maya. Tak cukup dengan hamburan kata-kata nista...ada yang mahu beramai-ramai mengganyangnya.


 Gambar ihsan laman blog www.nescafeais.com


Jadi, saya papar disini sedutan berita yang saya ambil dari laman blog nescafeais.com


Noor menjelaskan, ketika kejadian itu, dia berpura-pura memegang telefon bimbit kononnya untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), sebaliknya merakam kejadian itu untuk dijadikan bahan bukti kepada pihak polis.
Katanya, ketika itu, dia ada meminta anak perempuannya yang berusia 9 tahun agar mengambil bayi berkenaan, namun anaknya itu juga dipukul wanita berkenaan yang dikenali sebaga Ira.
Melihat keadaan itu kata Noor, selepas hampir lima minit dia menghentikan rakaman dan bergegas mengambil bayi Ira lalu membawanya masuk ke bilik lain sebelum menguncinya dari dalam.
Noor kemudiannya menghubungi seorang rakan dan memintanya membuat laporan polis. Kira-kira satu jam selepas itu, polis tiba di rumahnya dan menahan Ira.
Noor menjelaskan, dia telah berulang kali menasihatkan Ira sebelum kejadian berkenaan agar jangan menjadikan anaknya sebagai tempat untuk melepaskan geram.




Read more: http://www.nescafeais.com/video-pengakuan-perakam-kejadian-kes-ibu-dera-bayi/#ixzz1uZZIdpxQ


Begitulah lebih kurang intipati pengakuan si perakam yang kini sudah pun kita tahu namanya -- Puan Noor. Apapun, jika mahu cerita selanjutnya sila ke laman asal cerita ini disiarkan ya.

Akhir kalam, ingin saya tegaskan di sini bahawa tujuan saya mencoret semula cerita yang sudah pun disiarkan www.nescafeais.com itu bukan bertujuan untuk mencari publisti dan menarik lebih ramai pengunjung ke blog saya. Tidak sama sekali.

Sebaliknya ini sebagai penegasan kepada sebuah insiden yang perlu dilihat dengan mata hati bukan mata emosi.

Bak kata orang tua-tua, kalau baca novel jangan baca `Bab Awal ' dan `Bab Akhir' saja, kemudian membuat kesimpulan sendiri -- sesedap lidah merasa dengan menokok nambah segala macam bumbu. Ingat tak hikayat purba nenek moyang kita dulu mengenai `sang kucing dan bayi'. Al-kisahnya, si ibu mengamanahkan si kucing menjaga bayinya yang lena dalam buaian. Tak lama kemudian si ibu kembali dan sangat terkejut melihat buaian kosong dan mulut si kucing berlumuran darah.

Lantas si ibu terus naik hantu lantas terus memukul si kucing dengan penuh kemarahan yang tak terbendung, sampai si kucing mati. Tragisnya sebuah kematian kerana sesaat insiden itu berakhir, tiba-tiba si bayi yang tadi entah di mana menyoroknya, datang merangkak-rangkak ke arah si ibu. Elok saja, sihat walafiat tanpa sebarang cacat celanya. Satu kesan cakaran kucing pun tak ada.

Si ibu terkesima.
 
Dan ketika itu juga si ibu terpandang bangkai seekor ular di sudut bilik itu yang jelas sekali mati akibat akibat luka parah.....dibelasah sang kucing.

Menangis pun tak guna. Meraung pun tak memberi sebarang makna. Si kucing yang sepatutnya didendang sebagai 'hero' kini sudah pun kaku tak bernyawa.

Jadi, jangan jadi pemberita atau penceceh telur separuh masak ya.

Maaf jika ada yang tersinggung. Berdoalah semoga sebelum tidur malam ini, Puan Noor akan memaafkan semua pencacai dan pencacinya. Timbangan pahala Puan Noor sudah berat tu tapi... (...yang buat dosa kering macam mana? Termasuk saya??! 

;-0

2 comments:

MimieRara said...

Semoga bayi itu sentiasa selamat berada di bawah lindungan Allah. Amin.

Aza/Rin/Na said...

Assalamualaikum Kak June ... di fb rin pun penuh dgn berita sensasi ni tapi sampai sudah saya tak tengok pun rakaman video tu ...:-( pertamanya saya takut saya yg meroyan nanti - tak tidur malam menayang balik rakaman dalam otak ini lantas saya tak komen2 apa cuma menyatakan saya tak sanggup nak melihatnya ... kedua sebagai ibu saya faham perasaan ibu yang mengalami tekanan hidup hingga kekadang si ibu hilang pertimbangan dan anak2 menjadi mangsa ... jadi saya tak komen lansung apa2 - cuba kita lihat diri kita ini .. sempurna ke? sbgai ibu saya tak sempurna tapi saya cuba terbaik utk kelangsungan hidup mereka sementara saya masih ada ... HARI2 adalah HARI IBU bagi saya ... senakal macamana pun mereka dan segarang macamana pun saya - susah senang sakit luka - ibu ini juga yang mereka cari :-) itu sudah cukup bagi saya, sekurang-kurangnya 'kemarahan' saya atas kenakalan mereka - mereka tahu itu tanda kasih sayang seorang MAMA ... wasalam ... have a blast Mother's Day KAk June...

Me & Mom

Me & Mom

Nur Mukmin Home Spa

Nur Mukmin Home Spa
Body Massage, Khas untuk Muslimah. Call Sobah 017-3768549

SALAM

SALAM
Hong Kong Fashion Week 2007