Followers

Wednesday, April 4, 2012

Projek Dalam Botol



Assalamualaikum

SEBELUM tidur malam ni, saya nak kongsi cerita terbaru dari ceruk dapur saya. Mungkin projek dalam botol ini tidak asing lagi di kalangan kawan-kawan baker. Dan saya pun tahu mengenai teknik baking cake in the jar ini juga melalui kawan baker saya, Dr Yati di Johor. Dah lama juga dia cerita kat saya, tapi baru sekarang saya berkesempatan mencuba konsep baru ini. Mungkin ada di kalangan pembaca juga tak pernah tahu mengenai cake in the jar ini. Comel tak?



Bagi percubaan pertama ini, saya cipta rasa cake dengan filling blueberry + chocolate ganache + cream cheese frosting. Arina dan Kasih yang paling tidak sabar hendak merasa hasil karya si emak. Saya cuma buat suku adunan sahaja, jadi dapatlah tujuh botol (setiap satu seberat lebih kurang 100 g). Memang sesuai untuk seorang, dimakan tanpa berbaki. Dikawankan pula dengan secawan kopi panas...! Cuba bayangkan nikmatnya.


Macam mana nak makan? Dah tentu bersudu. Dan yang paling best, cake in the jar ni lebih 'tahan lasak' berbanding cupcakes, kerana cream tidak mudah bersememeh. Jadi sangat sesuai untuk perjalanan jauh merentasi sempadan. Kalau cake berlapis aiskrim, bolehlah diletakkan dalam bekas berais supaya kekal fresh walaupun sehari suntuk. Betul tak?


Kalau nak tahu, cake in the jar ini boleh dibuat berbagai-bagai saiz, tapi saya suka botol comel ini. Rambang mata memborong botol ni semalam. Ada bentuk empat segi, hexagon dan sebesar botol kicap. Tapi selepas saya timbang tara, rasa-rasanya inilah size paling cute dan kalau untuk hantaran, sedozen dah cukup. Ngam-ngam untuk sedulang.




Bab hias menghias cake ni pun berbeza juga sebab tak perlu fondant dengan bunga gum paste berkelopak-kelopak tu. Sebaliknya, kita boleh meriasnya sehabis gamat dengan saknika benda yang terlintas di jiwa. Bayangkan kalau suka bling-bling. Maka bolehlah dilekatkan segala semi precious stone dan diamante di sekeliling botol dan penutupnya. Boleh juga print nama pengantin kat label dan tampal comel comel. Pendek kata, tepuk dada, tanya dompet....dekorasi yang macam mana sesuai dengan selera kita. Apapun, jangan sampai tertutup seluruh isi dalam botol tu sudahlah, nanti hilang seri cake in the jar.




Akhir kalam, selain menempah cake in the jar ini, sesiapa berminat membeli botol ni secara borong pun boleh email saya. Harga ikut saiz. Ada RM1.50 sebotol, RM1.80 sebotol, RM2.00.....dan paling mahal dalam RM2.80.

Jadi sampai bertemu lagi di lembaran cerita lain, wassalam.

19 comments:

Gee® said...

hmmm...1st time tgk kek dlm botol... menarik & menggoda...

HyRoSSa aNniE said...

kak...kalo nk tempah kek in the jar ni boleyh???? akak kire bape ye kalo boleyh???

Sari Yusa Ibrahim said...

Aduh! Saya sudah jatuh hati... KJ, botol ni memang khas ke, tak boleh pakai sebarang botol?? Hehehe.. Agak2 kalau saya nak order botol tu disertakan resepi percuma tak???

;-))))

Faiz said...

nice kak..bole saya try nanti

izyantyPersonalTaste said...

kek dalam balang kaca tu buat camna, kukus sekali balang ka?

MUMMY CHOP MINT said...

MMG SEDAPPPP....

Oh Oeya said...

Saya memang belum pernah tau.. hihi.. Cubaan terbaru Kak Jun yang memikat saya :-))

Oh Oeya said...

MUMMY CHOP MINT dapat rasa ya?! :-)

Fiza Amran said...

boleh buat tutorial step by step.saya sgt berminat.

Aza/Rin/Na said...

saya pernah dengar dan pernah lihat dulu kak Jun ... tempting juga nak mencubanya cuma susah nak dapatkan botol2 cute-mute macam tu ... jelajah blog & website omputih pun saya ada lihat ... cantik2 belaka ...

My Life My World said...

Wah! comel sangat sangat. Pertama kali tengok kek serupa ini. Macam mana nak buat ni?

Mrs & Miss Vanilla said...

Botol ni boleh bake ke Jun. Jenuh cari jar yg boleh bake, x jumpa2. Jar ni boleh beli loose ke or ada min order, tq.

Tyra Lens said...

hye nak tnya beli balang ni kat mana? :)

Anonymous said...

Salam kalau saya nak tempah mcm mana?

Anonymous said...

Sis...leh watsapp sy tak harga amd size botol tu??

Chong Yun Chen said...

Sis...leh watsapp sy x???harga botol and size...law leh sy nak yg kecik tu...

Chong Yun Chen said...

Hi sis...watsapp sy harga and size botol paling kecik tu ya... 0198076048

Cik Zyra said...

kakak kita nak beli botol tu ada lagi tak ? whatsapp kita 0177206765

jannah jamalludin said...

salam..boleh whatapp sy jugak x..0192502270