DI MANAKAH kedudukan kita hari ini? Pada hari kedua, bulan ketiga untuk tahun 2012. Dua bulan pertama tahun ini sudah pun kita guna pakai secara percuma. Bak kata Ustaz Zawawi, Allah tak pernah pun kirim bil kat kita kerana menggunakan mata, hidung, mulut, telinga, masa dan segala-galanya yang dipinjamkan oleh Nya.
Ketika itu saya dan Abby Fana pun saling berpandangan. Sama-sama faham.
Ketika itu saya dan Abby Fana pun saling berpandangan. Sama-sama faham.
Maklumlah, baru beberapa detik sebelum itu, dalam perjalanan menuju ke restoran Puteri, kami bercerita tentang soal hati. Segala suka duka, sepi dan gelora. Sejak sejak akhir-akhir ini selalu sangat melanda jiwa.
"Agaknya, dalam umuq-umuq macam ni, memang kita senang rasa sedih. Kan Jun?!"
Dan saya mengiyakan kenyataan Abby Fana itu. Tanda setuju. Tidak terluak walaupun sesudu.
Ya! Memang kadang-kadang saya pun diserang libang-libu. Tiba-tiba saja rasa sayu tak menentu. Angin tak ada, ribut tak ada. Rasa sebak jer. Tebiat kot!? :-((Dan saya mengiyakan kenyataan Abby Fana itu. Tanda setuju. Tidak terluak walaupun sesudu.
Jadi kerana itulah saya suka menyibukkan diri dengan segala macam aktiviti. Macam minggu lepas, dalam kalut dok sediakan itu ini untuk birthday Arina, sempat juga saya dan Abby Fana menghadiri majlis tahlil di Restoran Puteri Sungai Penchala, anjuran kak Chah, a.k.a Habsah Hassan, untuk arwah kawan baiknya, Sudirman Haji Arshad.
"dulu sama-sama muda....sekarang sama-sama meniti usia...selepas 30 tahun bersama...agaknya antara kita ni, sapa yang 'pergi' dulu ya Abby Fana?"
Bergambar kenangan selepas majlis tahlil...kak Rubiah Suparman, Kak Chah, Datin Rodziah (kakak arwah Sudirman), Ziela Jalil dan editor besar Karangkraf, Intan Zabidin.Selain bacaan Yassin, Ustaz Zawawi Yusuh bertazkirah. Sapa terasa, terasalah ya. Tapi memang apa yang Ustaz cakap tu betul. Saya dan Abby Fana pun asyik tersenyum sumbing. Terkena tempias kiri kanan.....kita telan. Hi hi hi...!
Bak kata Ustaz Zawawi, kalau tahun ini kita sambut ulang tahun ke-40 (contoh saja ya), ingatlah bahawa kita sudah pun ada 40 buku (orang Arab sebut kitab). Buku apa? Sendiri mau ingat. Setiap buku itu mewakili umur kita ler. Sejak setahun, sampai ler kita 'qolu' misalnya at 40 (maybe?). Maka.... kata Ustaz Zawawi, cuba congak bahagi sendiri. "Kalau satu buku ada 365 mukasurat, dan setiap halaman ada 24 kotak kosong (jam) dan setiap jam ada 60 garisan minit, dibahagi pula 60 garisan saat."
Tak ada satu pun yang tertinggal. Dosa...pahala. Sebesar tahi gigi, tahi mata. Semua akan dihisab, akan dikira.
Alamak, sekali lagi saya dan Abby Fana tersengih sumbing (serta-merta rasa kecut dalam perut dan sesak dada). Dan hadirin pun ramai yang tertunduk....(ngantuk?) atau sedang mengira jumlah buku amalan sendiri. Kalau saya ada berapa ya? tak berapa nak ingat. Tahun ni birthday ke-27 or 30?
:-))
"Abby, kau agak, kitab tahun berapa yang paling tebal? Paling lama kena soal?" Ha! Soalan cepu emas saya kepada Abby Fana, hanya dijawab dengan sepulas cubit di paha kiri.
Ya....Sari.... Oeya... Zuwaidah....! Agak-agaknya, buku mana paling tebal catatannya?
Soalan macam ni memang boleh buat selera kita mati (....nak menghabiskan baki kek harijadi Arina ni). Tapi, memang bagus tazkirah macam ni. Sesuai untuk orang tua, yang masih tegar...tegap berdiri. Sekurang-kurangnya mengingatkan kita -- hidup lawannya mati. Siapa yang tak takut mati? Haih! Kalau tanya saya, rasa macam nak masuk balik dalam perut emak. Takutnya dengan sempit lubang kubur, yang panas dan gelap itu. Kata Ustaz Zawawi, dia selalu juga buat sesi `merasai macam mana menghayati mati' dalam ceramah motiavasi. Oh! Kata kawan saya, dia pernah menghadiri sesi motivasi macam ini. Ditaja syarikatnya.
"Memang serik dibuatnya Jun!"
"Kawan opis aku, tegap sasa tau. Tapi bila lepas sesi kena 'kapan dan masuk keranda', dia boleh muntah gila-gila. Lembik gedebek dibuatnya. Hilang macho tu. Muka pucat lesi. Aku sendiri menangis tak mau buat sesi macam tu. Tapi mana boleh lepaskan diri."
Oh! Kau menambahkan ketakutan akulah Gee.
Hai, akhir kalam, jangan ambil hati dengan celoteh hari ini. Kalau cerita satu nada, satu warna saja, tak best juga. Apapun, selamat berhujung minggu, dan kalau ada yang nak sambut harijadi, cuba buat kek berwarna-warni macam ni. Secantik pelangi. Inilah kek harijadi Arina. Kek Rainbow. Senang saja buat kek ni. Dan menghias pun, main sesuka hati saja. Janji sedap dah budak-budak guarantee suka.
Happy Birthday Arina....semoga buku Nana nanti, bersih dan markahnya baik-baik saja ya. Sekarang ni dah 12 tahun....maknanya dahy ada 12 `buku' ler jawabnya.
Wasalam

12 comments:
kak abby fana nmpk sangat comel.
kak jun pun comelll .
*belek jari kira kitab*
kkda dah rasa camtu sejak setahun yang lalu...ni turn wati pulak...angin takda ribut takda tetiba rasa sedih dan sayu....tak tau apa sebabnya...kekadang rasa nak marah tanpa sebab juga...simptom menuju era 50an...:)
As salam Kak Jun. Selamat pagi..
Semoga tangan kanan kita semua yang menerima kitab nanti, Amin.
Thx Kak Jun :)
Oh...kak jun pergi ya tahlil tu... takde rezeki kita nak berjumpa. Ereen tak pergi sebab balik JB ikut mak and abah balik sekejap. Banyak pengisian juga cermah ustaz zawawi malam tu ya... Thank you for sharing.
Semakin brtambah usia semakin sedikit usia yang dipinjamkan-Nya, t.ksh atas pkongsian ini KJ.
Kek yang cantik utk Arina yg manis ;-)
salam kak Jun,
Kak jun amik order x rainbow cake?
rs dia bkn mcm butter cake kan?
Price brp?
Tq.
- Naliza
tersedak nama disebut..buku saya lagilah tebal...memang insaf dan terasa kerdilnya diri, masih lagi memperbaiki diri dan menambahkan amalan utk kemudian hari.
untungnya Arina dapat kek buatan air tangan mama sendiri.
Kak Jun, terima kasih atas perkongsian yang diberi....Sayang Kak Jun.
salam
dalam lucu,ada tegasnya...dalam berlawak,ada amanatnya...seronok membaca omelan kak jun..
salam ukhuwah
Jiejah...kak Abby memang lebih comel sejak bertudung ni. :-))
Kak Da....sekejap jer dah nak 50? :-((
Kak Da....sekejap jer dah nak 50? :-((
Oeya..memang takut mengenang azab di padang Mahsyar
Post a Comment