Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, February 23, 2012

Ribut Secawan Kopi

Assalamualaikum

Tarikh yang perlu diingati kerana malapetakanya!

.........gempabumi 6.1 magnitud mengoyak dada Christchurch >>> 22 Feb 2011.
.........tsunami menenggelamkan Sendai, Jepun >>>> 11 March 2011

>>>>>Dan tanggal 22 Feb 2012,

MJ Sumarmi menginjak-injak kepercayaan saya terhadapnya dengan bermain gila dengan berpuluh-puluh lelaki. Begitu saya terlalu percaya, apatah lagi saat melihatnya yang sangat patuh menyahut panggilan azan. Tanpa lewat seminit, sebaik azan selesai, segera dia berwuduk dan bersolat. Tapi sesaat saya berpaling, menguruskan hal dunia....mencari rezeki dan mencari segala-gala....dia bermain gila...dengan Jawa, Madura, Banjar, Pakistan dan Bangla.

Sumarmi...kamu membuatkan aku betul-betul terkesima.

Diberi susu, dibalas tuba
diberi kehidupan, kau tabur racun segala

Malas, degil, attitude...boleh dimaafi
Manusia...mana ada yang sempurna
tapi kalau sampai main gila sama lelaki...demi lelaki...demi lelaki
sedang kamu itu masih berstatus isteri

tak mungkin aku maafi

Kepercayaan sudah roboh
kewarasan sudah lebuh

Semua keburukan yang tersorok
sudah semakin membusuk
baunya begitu kuat menusuk-nusuk


tak mampu lagi dibasuh, disimpan
kamu dimaafkan tapi tidak akan dilupakan segala perbuatan




jadi, saat ini sayalah yang kehilangan kata-kata
kekecuhan dalam rumahtangga sering dianggap sebagai ribut secawan kopi sahaja

tapi ini kopi yang beracun, tak mungkin dapat ditawar
walau dengan seguni gula


tiada akhir kalam
aku kehilangan kata-kata

8 comments:

Oh Oeya said...

Speechless! Speechless! Speechless!
Kepercayaan sudah tidak berbaki..

NBK said...

el nina? so pertandingan masih berjalan..;)

Sari Yusa Ibrahim said...

Sangat2 simpati, mujur kesabaran masih brbaki, kalau tidak tak tahulah nasib Sumarmi...

ummiaisyah said...

ni bibik yg mana pulak Kak Jun?

cupcakekasih said...

NBK: pertandingan tetap berlangsung, walaupun pada hari ke-2 anak peserta tertinggal tudung! :-))

cupcakekasih said...

oh Oeya...sisa pun tak berjejak

hashanim said...

aishhh kak jun.. mmg geram kan! teringat bekas maid adik saya pun lebih kurang juga.. senyap2 dah mengandung! tak tau sapa bapaknya.. ikutkan cerita dia lelaki indon juga. Tgk perangai mcm pijak semut tak mati.. dah bersuami tp sedang bekerja di Arab Saudi. Akhirnya, walau tak sampai sebulan kontrak nak tamat, adik saya hantar terus balik. Tak sanggup nak simpan lama-lama..

Jasmeen Home Delight said...

lorrrr...
maid buat hal ker kakjun? penin2..bkn sng nk tuko2 maid nih..kasik basuh ngan clorox la kak...heheh