AssalamualaikumALHAMDULLAH, hari ini saya masih bernyawa. Malam tadi tidur dengan penuh kepenatan tapi puas hati sebab saya sangat yakin mesin penimbang berat badan dah semakin ringan. Maklumlah, genap seminggu saya maidless dan sekarang secara rasmi saya dan adik saya di Kuantan, Dr N sedang bertanding, siapa mampu bertahan maidless yang paling lama.
Kalau nak tahu, dia pun baru saja hangus RM6 ribu kerana maid yang baru saja dipakai beberapa bulan itu juga sudah dihantar balik Indon. Manakan tidak, boss pergi kerja, dia pun keluar pintu belakang, menjadi PR tak bertauliah kat kawasan perumahan tu, bertandang dari pintu ke pintu. Entah apa yang nak disembangkan sangat tu entah ler. kalau saya pun cuak juga sebab pernah dapat maid macam ni. Habis cerita dalam rumah kita dijajanya kat maid jiran tetangga. Rasa macam tak berbaju tau. Malu!
Jadi, dipendekkan cerita, selepas seminggu adikku itu maidless, saya pula tertimpa musibah sama. Jadi kami pun bersetujulah untuk bertanding - Hidup Tanpa Pembantu - siapa yang paling tegar bertahan :-))
Ada sesiapa nak join? Jom!
Dan kita orang pun memandai-mandai membuat beberapa syarat dan kalau menang, our Big Sista, Kak Ida 1001 Resepi menyediakan hadiahnya, yang paling gadang. Mungkin hadiahnya berupa set Potmeiron yang dihangkut dari UK tempoh hari, ataupun coffee maker canggih baru dibelinya kat Sydney baru baru ini. Betui dak Kak Da??! LOL!
Jadi, sebagai membuktikan kepada Dr N di Kuantan, yang kakaknya ini masih mampu tegak bertahan.....maka saya pun dengan senang hati kongsi gambor roti yang saya beri nama Roti Pintalan Hati.

Kalau nak tau kenapa saya bagi nama tu? ....sebab nak menggambarkan betapa hatiku begitu berpintal-pintal, ketika menguli dan mengadun roti ini. Wah! Emosi sangat tu.
Maklumlah, kena adun dekat 5 kilo tepung seorang diri, untuk menyiapkan lebih 200 biji bun bersosej yang sedap ini. Inilah tugasan pertama yang saya ladeni seorang diri selepas menjatuhkan 'talak' kepada pembantuku tempuh hari. Hah, macam mana berpintalnya roti ni, begitu jugalah hatiku. Walaupun bengkak sudah surut, trauma masih berkabut. Mbak Sumarmi pun saya sudah pos ke Surabaya. Berbahagialah kau di sana! :-(
Berbalik cerita bun ni, memang penat mengadun sensorang weh! Sebenarnya sewaktu berjanji dengan Ustazah Rum, saya masih belum 'yatim piatu' sebab usul datang lebih tiga minggu sebelum itu. Dah tentu saya setuju!
:-))
Ustazah minta 200 bun bersosej ini untuk dijamu anak yatim yang dijaganya (keluarga ustazah membuka rumah kebajikan anak yatim di Puchong) bersempenan majlis sambutan Maulidul Rasul.

Terlanjur berjanji, saya tolak campur bahagilah masa dan tenaga yang ada untuk menyediakan bun ini sambil kaki dan tangan ligat mengadun kerja rumah. Alhamdulillah, dalam tempuh 5 jam, siap juga semua bun yang diminta dan saya terduduk sekejap selepas itu untuk mengumpul semula tenaga yang bersisa.

Cantikkan doh ni!? Naik menggebu selepas 30 minit direhatkan. Diputar dipintal pula sehingga bertukar rupa menjadi seperti ulat bulu tak berkaki ini.

Mujurlah mesin saya ini sangat setia.....menguli doh tanpa banyak cerita. Mulai dari selepas Subuh sampai menjelang Zohor, baru mesin ni dapat rehat. Berbaloi juga teman membelinya!

Cantikkan doh ni!? Naik menggebu selepas 30 minit direhatkan. Diputar dipintal pula sehingga bertukar rupa menjadi seperti ulat bulu tak berkaki ini.

Apabila semua sudah siap.....sejuk, kita pack comel comel gini. Puas hati akak apabila Ustazah Rum kata semua anak yatim tu sukaaaaa dengan bun ku yang cantik ayu menggebu.
Oklah, setakat ini dulu. Akhir kalam, selamat bekerja dengan penuh semangat. Ingat, tak ada kerja takda gaji. Jangan dilayan bosan dalam hati sebab saat ini masih ramai yang mengeluh kerana tak ada kerja.

8 comments:
Tabik spring saya kat Jun sebab boleh buat roti tu dgn jayanya. Saya pun maidless jgk tp sejak azali. Tu pasal bila dah byk buat keje rasa nak melepek je... lenguh kaki2...
Cantik nyer Bun akak, secantik idea untuk dapatkan hadiah dari Kak Ida ... hahahaha. Cantikkkkkkkkk
hilang tak stress bila memintal roti tu KJ??? Hik hik hik
cantik rupanya roti mbak jun...macam rupa ulat bulu naik daun...lol...
sian...kembang kaki berdiri lama menggentel roti...nak tolong kita pun ala-ala semput gitu...takpa lepas ni jangan ambik order dah...relax je...tengok sapa menang kita bagi hadian istimiwa...hua hua...teman...tak mampu le kalau takda bibiks...leput pun leput le...asal ada tukang buat kopi...:)
goodluck to both of my sista...
dah hampir 10 tahun tak ber maid...bertekad tak nak ambil selepas hantar maid terakhir pulang ke kampung kerana nak kahwin...
Salam Kak jun, comelnyer bun bun tu duk bergentel gentel, nak satuuu...
Kak jun, join the club, the maidless club, Zue dah maidless sejak 2009! jiwa bahagia tapi badannya letih sikitlah....
enjoy your Tuesday morning dear! Take care don't over stress yourself ya, which I know you won't....
As salam Kak Jun. Selamat pagi.. Semoga dipermudahkan urusan harian Kak Jun, Amin.
Bun gebu + mayo + cili sos = yummyyy!
Take care ya Kak Jun :)
Salam rindu pada Kak JUn
Comey dan gebus bun ini...kak jun awat tak cakap awai2 leh saya, Permata Sari dan OhOeya tolong pintal bun yg gebus nih!!
Post a Comment