Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Friday, February 10, 2012

Cerita Hati: Usah lagi Berombak Tsunami

Assalamualaikum

DAH makan tengah hari? Saya baru selesai menikmati gulai tempoyak ikan patin, hasil 'tangkapan' di Restoran Akasia. Memang sedap, tapi tidak sesedap hasil masakan emak saya. Terbaik dalam dunia. Memang kempunan nak makan hasil masakan emak, hem.....entah ler bila agaknya dapat merasa. Dua tiga hari lepas, teringin makan gulai jantung, jadi kita masak sendiri sebab senang jer menyiapkan gulai yang satu ini. Dikawankan pula dengan jelatah dan nasi panas, maka bertambah ler nasi jawabnya.

Apapaun, bab resepi, minta mahap ya. Saya sudi kongsi tapi untuk menaipnya mengikut kronologi agak malas sikit. Lagipun saya ni kalau masak main campak-campak jer, jadi saya main sebutlah dan kepada yang berminat bolehlah masak dengan cara tersendiri ya. Janji ada segala bumbunya -- cili api dalam 15-20 biji, bawang besar, bawang kecil, sedikit lengkuas, bawang putih seulas dua dan buah keras (kemiri) 2, 3 butir. Semuanya ditumbuk lumat dan masukkan dalam santan pekat anggaran 2 cawan. Masak sampai berkuap dan masukkan udang. Masak lagi sampai udang kemerah-merahan dan barulah dimasukkan jantung pisang yang sudah dihiris dan direbus lembut. Maukkan garam dan sedikit gula (kalau suka) dan juga daun kunyit dicarik-carik. Ada juga yang suka serai...suka hatilah. Campak jer sebatang. Titik dulu. Masukkan juga setengah cawan pati santan (kalau rasa belum cukup pekat kuah tu) dan masak sampai puas hati. Hidangkan dengan nasi panas. Sedap sekali. Dan lebih sedap kalau sambil makan kita meneruskan sambungan cerita hati.



Apapun, sebelum saya meneruskan sambungan kisah Puan Anonymous, saya ingin kongsi email daripada Pijah, nun jauh dari Utara. Sebenarnya saya terima email Pijah ni Subuh semalam. Masa tu belum azan pun. Eluk-eluk jer saya bangun, handphone berbunyi, tanda ada email masuk. Dalam pukul 5.30 am. Oh! Rupa-rupanya Puan Pijah ni jenis 'early bird'. Kisah Puan Anonymous begitu terkesan di hati Puan Pijah, sampai tergerak untuk mengirimkan email ini buat meneduhkan sebuah hati yang sedang lara. Saya copy paste saja email Puan Pijah ini untuk tatapan semua.
Assalamualaikum

Selama ini saya merupakan pembaca tidak aktif blog kak jun, tetapi kisah Puan Anonymous begitu mengamit saya untuk jot down some comments. Untuk pengetahuan Kak Jun saya tiada blog atau seangkatan dgnnya utk saya lontarkan komen melalui blog kak jun..tetapi hati ini melonjak2 utk berbuat demikian. Saya merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak perempuan kembar (1 dah meninggal), usia lewat 30-an.Dah berkahwin selama 13tahun dan merupakan seorg penjawat awam. Minta kak Jun sampaikan pesanan ini buat Puan Anonymous...
"Buat Puan Anonymous, Tahniah kerana move forward, usah ditangisi lara hati itu kerana anda tidak berseorangan ramai lagi wanita diluar sana senasib dengan mu malah ada yg lebih teruk dari itu..Berpatah selangkah ke belakang untuk bergerak beberapa tapak ke hadapan..insyallah ada bahagia yang menanti dihadapan..beliau telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik2nya..bila terjadi mcm ni means that Tuhan dah flush out his husband from her life, he don't deserved her..tetapi ada yang lebih baik dari itu, iaitu ALLAH..ubatlah hati luka itu dgn mendekatkan diri dgn ALLAH insyallah beliau akan menemui kebahagiaan yang hakiki...kerana tuhan tidak pernah menjanjikan tiada kesusahan dalam hidup ini...itu mmg pasti..."
Mmg kadang2 kita tertanya-tanya kenapa kaum sejenis kita sendiri yg sanggup merosakkan kebahagiaan kita..sehingga kini saya juga tiada jawapan yang pasti tentang itu...I've to agree with you kak Jun, dlm 10 tu pasti 8 akan terkena kes seumpama ini...100% agree. Itulah syaitan ni kalau yang tak halal akan dimake upnya supaya nampak cantik dimata sang lelaki, akhirnya yg menderita wanita yang halal disisi.
Saya tahu, can forgive but cannnot forget...itu saya tak salahkan puan anonymous...org akan kata sabar hakikatnya utk mempraktikkan kesabaran itu adalah sesuatu yg memerlukan istiqamah yang maha tinggi...
Kisah ini bukan setakat ombak rindu....tapi ombak tsunami...
Semoga tuhan terus merahmati dan memelihara puan anonymous.
wallahualam,
-Pijah, Penang-


Akhir kalam, dek kerana dah panjang lebar menulis ni, saya minta diri dulu. Sebelah petang nanti saya sambung lagi ya. Terima kasih Puan Pijah kerana sudi kirim email ini. Kepada pengirim lain, jika beri kebenaran saya akan siar email di laman ini buat tatapan Puan Anonymous juga.....

Sampai berjumpa lagi...di sini

Wassalam

4 comments:

zuwaidah said...

Kak Jun...sedap nengok masak lemak jantung pisang tu..kalau dpt rasa apatah lagi keenakan masakan kakak ku ini.

Tepat sekali kata semangat Puan Pijah. Sememangnya semangat dan sokongan dari kita yang mengerti sengsara yang dialami oleh Puan anoymous tu amatlah diperlukan agar ombak tsunami kembali tedoh walaupun kesannya amat mendalam.

Sari Yusa Ibrahim said...

Resepi tu walaupun tak berkronologi lazatnya dah terasa sampai ke sini, apatah lagi elok saja Cik Udang berposing sekaki, dah macam boleh kait-kait pulak dengan kisah Puan Anonymous ni, ada lemak manis dan masinnya, ada pedas dan pahitnya penghujungnya hanya yang empunya diri sahaja yang bakal menanggung. Orang kata, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, seperti kata Puan Pijah, org akan kata sabar... hakikatnya utk mempraktikkan kesabaran itu adalah sesuatu yg memerlukan istiqamah yang maha tinggi... semoga langit yang mendung akan kembali cerah, selebat manapun hujan turun pasti akan berhenti... kan KJ.... :-)))

NenetPenne (NP) said...

tu lah i pun pelik, jantina sejenis kita juga yang sanggup melukakan hati kita...

but for me, forgiven pun tidak, forgotten lagi laa tidak sama sekali

Oh Oeya said...

Semoga kebahagian kita semua hingga ke syurga, Amin.

Tidak ingin luka lagi :-)